Jumaat, 31 Julai 2015

SESEKALI






SESEKALI

Sesekali
Aku jadi begung
Memikirkan hidup ini
Bila mati kita kemana ya?
Apa pula kesudahannya kita ?

Sesekali
Aku terasa ingin tahu
Tidak kah Tuhan itu bosan
Bila melihat tingkah laku kita
Kerana hidup penuh dengan dosa-dosa?

Oleh: Nuri manja
Catatan 30 Julai 2015,
USM Asrama Bakti . jam 10.45 pagi.

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Pb1: Blog kembali bergerak hampir tiga minggu tertutup , bukan salah apa cuma on dengan off masalahan. Aduh kena juga bayar RM40.00. kasi duit raya anak dia RM10 jadi RM50 juga.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kerana PC ini tertutup 27 Ramadan , maka silap yg sikit sangat, kerana kita tidak tahu menahu dengan ilmu memperbaiki PC ini , kita pun ingat rosak .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Apa pun itu satu pengajaran buat yang pandai main kompiter tak tahu soal baik pulih nya . Itu pun kira nasib baik orang melayu kita , selama ini bukan org kita bila bawa balik sahaja RM70 beloum lagi baik pulih. Itulah kelemahan kita.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Itu kira nasib baik , kalau tak sengaja dia kata rosak dan barang tak ada, atau mahal , nasib tak baik lagi , dia org tukar barang kita yang baru ke barang ganti lama . Kami dah biasa terkena ?

nurimanja49@gmail.com berkata...

Akhir sekali. Selamat hari raya adul fitri wa faizi, dan selamat menyambut raya puasa enam yang sedang mengamalkan teruskan..Maaf zahir batain.