Isnin, 31 Ogos 2015

DI MANAKAH SILAPNYA KITA SEMUA?








DI MANAKAH   SILAPNYA  KITA  SEMUA?


Di mana silapnya kita semua?
kerana ada di antara kita telah teperdaya
dengan cerita seloka nyanyian puisi tari dera
proposional, cendewakan,, doktor,pensyarah,
guru, kerani, polis, tentera, ahli koprat, sasterawan,
para alim ulamak, ustaz, mahasiswa, peniaga
petani dan nelayan serta rakyat jelata.

Di mana silapnya kita semua?
Semuanya dibantu dari dalam rahim ibu,
dijaga, diasuh, dididik, dari sekolah rendah
kepringkat menengah dan pengajian tinggi
diberi biasiswa, bantuan, hadiah,  pingat
pangkat, gelaran YB, datuk, Tan Sri serta
dianugerah kan tanah, tapak kediaman,
pencen, atas jasa perkdimatan mereka.

Di mana silapnya kita semua?
tiba-tiba diserang penyakit kecelaruan minda
membakar batu api dengan tohmah dan fitnah
lantas dilanda tiupan angin kencang tsunami
yang menikam dari  arah depan  dan belakang
maka berlakulah arus penyokong berpaling tadah
maka berjaya lah segala musuh-musuh pemerintah
kononnya negara tidak Islamik dan berlaku zalim.

Di mana silapnya kita semua?
sekadar mendengar promokasi tohmah dan fitnah
atau ingin mencari kedudukan pangkat darjat
atau ingin membuat kacau bilau porak peranda
atau ingin menukar pemimpin atau pemerintah
atau tidak mengerti menilai kenikmatan  kemewahan
atau tidak mengerti mengenang budi  pada pemerintah
atau tidak mengerti berterima kasih dan bersyukur

Di mana silapnya kita semua?
perlukah  kembali kepada keinsafan dan muhasabah diri
menilai di mana kita menjadi pejuang atau penderhaka
mengapa di antara kita sedang sakit dilanda kecelaruan minda
apakah ini semuanya cuma satu retorik terlalu sukar dinilai
sehingga kini tenat diserang kuman viares penyakit unit
menjadikan kita semua digelar rasa ke tidak ketenangan jiwa
bagaimana mungkin  kita dapat untuk  masuk ke syurga Allah?


Oleh; Nuri manja,
11hb, Oktober, 2009. Malam hari.
Ketika hati mula marah tetapi tidak menjadi …

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Sedutan Perlu dibaca


6. Selama lima tahun Mohd Najib memacu pertumbuhan ekonomi negara yang begitu cemerlang. Sudah lupakah rakyat Malaysia bahawa sejak pentadbiran Mohd Najib, jumlah pelaburan asing langsung meningkat dari RM 5.1 Bilion pada 2009 (tahun beliau mengangkat sumpah) meningkat kepada RM 29.183 B (2010), RM 37, 325 B (2011), RM 31,118 B (2012), RM 38.8 B (2013) dan RM 39.6B pada 2014.

nurimanja49@gmail.com berkata...

RENUNGAN PAGI INI

Apa yang pelit dan menyakitkan hati ! Bersih Cekap dan Amanah sudah pun diamalkan zaman Tun Dr M dulu. Tetapi kini sudah terbalik pula . Bersih hendak dikotorkan, Cekap udah jadi lembab ,Amanah yang diharapkan ada juga nak jadi Pengkianat pula pada Negara ... Harubiru dibuatnya.,

OLEH: GELETEK PAGI

nurimanja49@gmail.com berkata...


UNGAPAN KATA PAGI INI
Sebaik percakapan itu diam , seorang ahli sofi sentiasa menjaga hati dan lidahnya.

Qalam Mutiara

nurimanja49@gmail.com berkata...

RENUNGAN CUMA
Jangan jadi sebuah parti yg hidup dengan bohong tohmah dan fitnah, nanti sampai mati org usung masuk dalam tanah masih nak buat fitnah .

Pensel Kontot.

nurimanja49@gmail.com berkata...

PANTUN SINIS
Kalau melayu suka bersubahat, harta berkarung habis dilipat, jangan melayu jadi bangsat, duduk melopong mulut masuk lalat ..