PARLIMEN PERMATANG PAUH
- buat P44
Parlimen Pematang Pauh
Kini ada percaturan pengundi
Kawasan jadi rebutan yang diidamkan
Antara parti lawan dan kawan dalam
pakatan
Walaupun digelar pakatan rakyat pada zahirnya
Nampak mesra, Tetapi tidur dan lena
mimpinya tidak sama
Sesiapa pun boleh jadi Yb
Jika ada peluang untuk menang
Sama sahaja seperti di DUN Chempaka
Kalah menang belakang kira kalau
hati ingin mencuba
Yang ada selama ini kita sudah tahu
cara dan gayanya
Kini cari pengganti yang boleh
diharap dan boleh dipercayai.
Harap jangan dibiarkan lagi
Kawasan gawat ini terus ternoda
Tersisih dari arus pembangunan desa dan kota
Pandai-pandai lah pengundi memilih
dan menilainya
Pemimpin yang boleh membawa keamanan
kehidupan
Untuk warga pengundi dahagakan
kemakmuran yang nyata.
Oleh: Nuri manja
Catatan selepas solat Jumaat
Jam 3.30 ptg Tanggal 24/ April /2015.
10 ulasan:
Sebaik pemimpin mampu melaksanakan tugas , jangan satu kawasan pun belum mampu memuaskan hati ? inikan pula dua, nanti jadi bercempera.
Contohilah Yb BN satu orang satu kawasan. Itu pun masih banyak lagi rugutan.
Ingat Dr Hassan Ali bila dua kawasan dikuasai.
Bila ditanya Mana Yb? Sebuk di Parlimen Parit Buntar? Bila org Parit Buntar tanya pula Mana pi Yb? Sebuk di DUN Sungai Burung...
Kini dua-dua melepas...
Itu masa elaun dan gaji kecil .Ini kalau dilaksanakan kenaikkan gaji baru boleh tahan. kalau dua kawasan boleh mengalahkan kalah MB
Apa pun semua itu terpulang kepada kebijak sanaan warga pengundi di Permatang Pauh menilai dan memilih wakil mereka di kawasan mereka . Harap jangan biarkan hatinurani anda terlalu lama dibelenggu kecelaruan minda ?
SEMBANG PAGI NGIRUP SECAWAN KOPI
Asalamualaikum sahabat Fb
BUDAYA MELAYU DENGAN MAKI HAMUN
Org Melayu yg memaki hamun bangsa sediri sama seperti anai2 yg sedang bersarang di tiang dan mengeritkan atau memakan sadikit demi sadikit untuk meruntuhkan sebuah rumah warisan bangsa sendiri
Orang Balik Pulau bukan tak ada yang bijak pandai ada yang menjadi pemimpiartis dan lain2 lagi , tetapi berapa anak muda yang tersasar disebabkan budaya luar yang masuk mereka ada
yang menjadi liar dan kurang ajar sikap budaya ketimuran ternyata banyak yangelah hilang.
Kita boleh lihat penyakit berdengung , gam, dadah, lepak , rempek, kapek, zina ,bunting dan buang anak luar nikah. Kalau mereka bercakap banyaki hamun, anak haram, muka pelak, jubuk hang, Sial, tajai termasuk menyebut hak sulit lelaki dan perempuan. Cukup memalukan.
Harap ibu bapak dan guru ustaz diekolah I perhatian pada perkara ini demelahierkan bangsa yang beradap dan dipandang mulia oleh bangsa asing yang datang melawat atau melangcong Ke Negara atau Pulau Mutiara ini
Fikir-fikirlah perlukan sadikit pedulian.
SEMBANG PAGI NGIRUP SECAWAN KOPI
Asalamualaikum sahabat Fb
SELAMAT HARI GURU sELURUH DUNIA
Sebaiknya Guru kami mengajar dan mendidik kami bagi mencukupi apa sahaja yang kurang Sebaik guru mengajar kami yang boleh memberi manfaat untuk dunia dan akhirat. Makan dan minumlah di muka bumi Allah ini, tetapi jangan melakukan kerosakan dan kemungkaran .
Pesan Pak Ustaz
NGOMEN-NGOMEN PAGI INI
Assalamualaikum! Teman blog
Buat Renungan
Cuti-cuti sekolah yang lalu, ramainya rombongan dari negeri ini pergi ke Wang Kalian dan Padang Besar di sempadan negara Thailand. Apa yang menjadi persoalan dan tanda tanya barang-barang jualannya terdapat lebih mahal dari di tempat negeri kita sendiri.
Semua 1kg RM10.Contohnya , anggor, mata kuching, tembikai , durian atau lempok. Begitu juga dengan Kueh taradisional. Dekat tabung haji 4 bungkuis RM10 berbeza di sana 3 bungkus RM10
Setelah didapati sebenarnya ada semacam satu penipuan dari pembantu atau juru jual, Tauke kedai suruh jual buah-buahan RM8 mereka penaiknya sendiri . Dua kali dapat bila tauke tak ada: Pertama gaji yang dibayar, kedua komesen kenaikan RM2. Tadi ...
Peringatan dari rerakan yang terkena.
Catat Ulasan