BILA
DAH TUA BANYAK MASALAHNYA
Ramai
orang muda takut jadi tua
Walaupun
orang tua banyak pengalaman
Tetapi
bila menjadi orang tua banyak masalahnya
Terutama
bila berurusan dengan penyakit dan kesihatan.
Seorang
tua bila hendak keluar rumah
Semuanya
perlu disediakan untuk dirinya
Gigi
palsu, cermin mata, tongkat kayu, basikal roda
Tidak
termasuk bekalan ubat-ubatan dan pampers peribadi.
Itulah
cerita gaya kehidupan seorang tua
Jika
berasal dari keluarga berada tidak mengapa
Tetapi
jika keluarga berpendapatan sederhana dan rendah
Miskin
dan papa ke dana cuma mengharap kan bantuan kebajikan.
Oleh:
Nuri manja
Catatan
28/4/2015
11 ulasan:
Maaf Wak Catuk akan masuk blog ini bila keadaan tidak meriah dan sunyi sepi.
Wak Catuk ada beberapa orang anak buah yang bertugas di Fb Pena Runcing, dan Suara Pulau secara sukarela.
Kalau bahan tak ada Wak catuk akan minda bahan terbitan dari mereka, dan mereka juga banyak mengambil sedutan puisi dari Blog En Nuri ini.
Terutama puisi en nuri dan cerpen dan juga kisah peliporlara, seram , kisah dan tauladan.
Kini bulan Rejab tak lama lagi , Saaban dan Ramadan, sebaiknya di masukkan cerita Isra dan Mikraj
Diam-diam budak dua orang ini dah siar dulu ke Fb Suara Pulau , bagus punya ciplak.
Malah ada sajak yang belum lagi En Nuri siarkan dlm Blog ini, depa kebas dulu.Bagus punyak punakkan.
Ada puisi yg cik nuri tulis belum lagi puas hati baru duk lagang. dapat dekat kedua punakkan ini terus disiarkannya dalam Fb. kacau!
Apa nak kata punakkan kita , marah merajuk pula , nanti tak mahu pula tolong bapak saudara, Wak Catuk tak boleh nak kata apa .
Hari ini duk minta En nuri tulis sajak cinta yang ada bau orang muda punya cita rasa . Angau sungguh depa ni?
Maaf! ejaan tempat mengelirukan dalam puisi Nepal Kathmandu bukan Nepal Mogadishu .
RALAT . Harap maklum!
Catat Ulasan