Khamis, 22 Mac 2012

SUNTUK (8)



 
Sayembara tempat ke 8

Mata mengantuk tangan ditekuk
kepala tertunduk hari sudah suntuk!
dingin ini juga terkutuk
Lebih baik kita takhluk kembali
Namun rasa ego tinggal sedikit
di dalam satu ceruk
Sementara batu di taman
masih belum juga begitu

 
Oleh: Nahul Hidzar
sajak simbolik /2 Mac 2012 4:13 PG




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Nahul Hidzar Kali pertama berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SUNTUK Tema sembolik tanpa penerangan Pengucapannya meragukan namun ada sinis tersendiri. Maksudnya sekadar andaian mungkin perlu ada kesedaran dalam masa yang terdesak dan singkat ini , ada semacam bau politik juga ke? PRU13. Layak diberi tempat yang ke lapan (8) dalam sayembara puisi Februari 2012 LSS)

Oleh: Qalam Mutiara.

Qalam Mutiara berkata...

ERPEN BERTAJUK : MENCARI KETENANGAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG.

Siri ke 6

“Siapa nama saudara ? “Tanya anak gadis itu,
“Jalill!!” Kata Mak belum pun sempat aku membuka mulut untuk menjawabnya,

Mak telebih dahulu menberitahu namaku

“Anak ini, nama apa?” Mak terlebih dahulu bertanya pula kepada anak gadis itu. , Belum pun sempat aku bertanya namanya

“Puteri, Puteri Syahadah,” kata anak gadis itu, aku rasa nama itu agak menarik juga dan sesusai dengan orangnya yang kecil molek rupanya, belum pun aku bertanya.

“Emm cantik nama tu, Makcik ini nama Syamsiah, Ha orang di sini panggil mak cik Syam ” Mak terus mempekenalkan namanya, kemudian dia berlalu ke dapur seperti memberi isyarat dan peluang kepadaku pula.

Aku mulamula memberanikan diri: Sebelum ini aku memang pemalu tidak pernah menegur siapa dengan anak gadis orang, lebih-lebih lagi duduk berduan begini pula.

“Saya ingin mencari ketenangan..” Tiba-tiba anak gadis itu bersuara bagai memberi jawaban, Aku bertambah terharu, berbagai andaian datang bermain di benak hatiku.

“Mencari ketenangan? Seorang diri di jalan sunyi di malam hari?”Soalku, bila mengenangkan waktu mula aku menemuinya tadi, Ah anih. Anak gadis ini, keloh hatiku.

“Ya! Disini saya menemui ketenangannya,” kata gadis itu, Aku menjadi bertambah terharu dan tidak mengerti, bila cuba menilai akan kata-katanya itu.

“Dirumah saya ini?” kataku sekali lagi, inginkan kepastian darinya seperti mendesak.

“Ya! Rumah ini dengan rumah saya berbeza.” Katanya tersenyum.

SAMBUNGAN SIRI 7

Salleh MUhamadon berkata...

RENDAM RINTIK HUJAN

kuredam rintik hujan
dalam senyap malam tak pernah
bisa membatasi angan
indah tak pernah habis
kuhitung tiap bulir waktu
di penuhi barisan membentuk kata rindu yang kian hari terpatri
di relung hati tak membohongi rasa
semakin menggeliat resah
ketika tak terkesima sekejap saja

Salleh MUhamadon
sajak simbolik

Ali COnan berkata...

MENYEDARI

Kau yang menyapu jejak mimpi kutanam bertahun-tahun lamanya
Kau yang mengajarkan aku
merajut bulir kesedihan,
menjadi rajutan berbentuk senyuman
Kau mencipta kristal rapuh dihati
Akankah aku berontak…???
Aku bengang seketika ketika menyedari

Ali COnan
sajak marah

Hafiz Zikrillah berkata...

GARIS TAKDIR

Sudahkah kau kabarkan pada pualam
tentang juntai kata-katamu itu
perlahan mereka cerita dalam diam
di tengah musim melambatkan langkah
Sudah sampaikah pada ranum cemara
tentang langit yang tak pernah
reda menghadirkan sengketa
di tiap garis takdir

Hafiz Zikrillah
sajak sinis

Mentari Senja berkata...

PINTAL TALI ITU

Sudahkahmu kalian pintalkan semula
tali kecelaruan yang dilakukan itu
kerana terlihat tali itu
semakin membelit kalian
hingga menutup segalanya
teguranku ini kerana
aku sudah tahu taktiknya
walauku berada di ujung bukit
kerana belakangan ini
dia gemar bercerita hingga larut,
hingga lupa sejarah sendiri!
Maaf aku tak bisa bersendawa duka.
Aku cuma mengingkatkan
buat yang masih terleka

Mentari Senja
sajak peringatan

Jalal Rafzee berkata...

sajak mentari senja sy tesilap tulis sepatutnya sajak Pintal Tali ni penglipur lara pnya.... nnt qalam tolong tukar

Qalam Mutiara berkata...

65.Salleh Muhamadon berkata...

RENDAM RINTIK HUJAN (TBD)

Aku redam rintik hujan
dalam senyap malam tak pernah
bisa membatasi angan
keindah tak pernah habis
kuhitung tiap bulir waktu
di penuhi barisan membentuk kata
rindu yang kian hari terpatri
di relung hati tak membohongi rasa
semakin menggeliat resah
ketika tak terkesima sekejap saja

Oleh: Salleh Muhamadon
sajak simbolik/22 Mac 2012 3:47 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Salleh Muhamadon kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: BERENDAM RINTIK HUJAN Tema simbolik nampaknya Pengucapannya menarik tetapi sakit berfantasi bunyinya. Maksudnya juga mengelirukan mungkin mengeloh pada keindahan yang diharap belum lagi tercapai agaknya. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

66.Ali Conan berkata...

MENYEDARI (TBD)

Kau yang menyapu jejak mimpi
kutanam bertahun-tahun lamanya
Kau yang mengajarkan aku
merajut bulir kesedihan,
menjadi rajutan berbentuk senyuman
Kau mencipta kristal rapuh dihati
Akankah aku berontak…???
Aku bengang seketika ketika menyedari

Oleh: Ali Conan
sajak marah/22 Mac 2012 3:49 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Ali Conan kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENYEDARI Tema marah nampaknya .Pengucapannya bersahaja tapi sakit mengelirukan. Maksudnya semacam ada kelohan rasa tidak puas hati yang telah dialaminya selama ini pada sesaorang. .. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

67. Hafiz Zikrillah berkata...

GARIS TAKDIR (LSS)

Sudahkah kau kabarkan pada pualam
tentang juntai kata-katamu itu
perlahan mereka cerita dalam diam
di tengah musim melambatkan langkah
Sudah sampaikah pada ranum cemara
tentang langit yang tak pernah pudar
dan reda menghadirkan sengketa
di tiap garis takdir yang dilalui …

Oleh: Hafiz Zikrillah
sajak sinis/22 Mac 2012 3:51 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Hafiz Zikrillah kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: GARIS TAKDIR Tema sinis nampaknya .Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima Maksudnya mengambarkan apakah segala sengketa dan kekalutan yang dilihat selama ini sebagai satu garis takir ketetapan Allah swt?.. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

68. Penglipur Lara berkata...

PINTAL TALI ITU (LSS)
Sudahkah kalian pintalkan semula
tali kecelaruan yang dilakukan itu
kerana terlihat tali temali itu
semakin membelit kalian
hingga menutup segalanya
teguranku ini kerana
aku sudah tahu taktiknya
walauku berada di ujung bukit
kerana kebelakangan ini
dia gemar bercerita kisah karut,
hingga lupa sejarah sendiri!
Maaf aku tak bisa bersandiwara
Aku cuma sekadar mengingkatkan
buat yang masih lalai lupa dan terleka

Oleh: Penglipur Lara
sajak peringatan/22 Mac 2012 4:00 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Penglipur Lara kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PINTAL TALI ITU Tema peringatan atau pesanan nampaknya Pengucapannya punya daya kreatif dan erti tersendiri. Maksudnya memberi pertingatan ikhlas dengan situasi yang kita alami ini (PTA) kesilapan kita memilih langkah , pastinya kita menerima padah. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).

Tanpa Nama berkata...

Sikap membisu NGO dipersoal

PULAU PINANG 23 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO negeri membidas sikap berdiam diri beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam isu pembinaan loji panel solar yang mengeluarkan toksik di Batu Kawan, di sini oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ketuanya, Shaik Hussein Mydin berkata, beliau keliru dengan NGO terbabit kerana selama ini mereka begitu lantang membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi, Lynas di Pahang.

Menurutnya, ia menunjukkan perjuangan mereka berteraskan ideologi pembangkang dan hanya berselindung di sebalik nama NGO.
"Pemuda UMNO keliru di manakah NGO yang gah mempertahankan anti-Lynas (Himpunan Hijau 2.0). Jelas mereka hanya bersuara apabila boleh menyalahkan Barisan Nasional dan bukannya DAP.

"Terbukti mereka hanya berat sebelah dan sebenarnya menyokong perjuangan dan ideologi DAP tetapi berselindung di sebalik nama NGO," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.



KOMENTAR:

TERNYATA ada setengah NGO dan segelinter manusia yang bekrja JPA ada yang menyokong pebngkang memababi buta, tanpa usul periksa untuk menjayakan agenda tersembunyi mereka.Sedangkan rakyat telah banyak belajar di atas kepercayaan yang mengelirukan minda.

gerakan senyap ini sebaiknya sepatutnya rakyat dapat menilai nawaitu mereka ... Hanya dengan satu cara menolak undi untuk mereka. di PRU ke 13 ini nanti, jika anda benar-benar sayangkan keamanan dan kenekmatan kemajuan yang sedang anda rasai kini untuk menuju nagara maju ke arah tahun 2020.

Irham Kesuma berkata...

MENYELINAP

Pada ambang sebelum membeku
menggariskan sesuatu terdengar kelu
menanda alpa adalah
waktu yang berhembus bisu.
barangkali samar dalam topeng
tertutup bayang matahari.
Tetap saja mereka menyelinap,
tak terungkap seperti misteri.

Irham Kesuma
sajak sinis

Ungku Zubir berkata...

TERTUNDUK

Pernahkah waktu menyampaikan tentang apa yang telah dititipkan
sepasang mata menyiratkan rasa
rapat tersembunyi di sudut jiwa
atau aku pergi membawa mimpi
bertandang pada putihnya pagi
ikhlas meninggalkanmu dalam lelap
bayang-bayang di sudut hati
mata yang kelam menyimpan
seribu sepi hingga redup tertunduk
meratapi segala kedukaan

Ungku Zubir
sajak sedih

Nurul Syahrirah berkata...

TAK TERARAH

Mengagumi membuatku tak Berdaya
Saat jantungku berdetak
perasaan itu semakin hebat
nalurikupun semakin kalut,
kusut segenggam dalam hidupku
tak pernah kurasa seperti ini,
semakin jauh terlarut tak berarah

Nurul Syahrirah
sajak sedih

Ayu Manja berkata...

JANGAN BIAR AIR ITU TERUS MELAJU

Aku tersedar kini bukanlah
rintik hujan menemani disini
tapi air yang mulai memguasai
bertambah membeku dan mengeras
Bahkan ia mula membasahi
sebahagian ditempat itu
Memang terlalu lama untukdiketahui
waktu berdetik seharusnya melaju
tapi semua disini hanya terdiam
menunggu sehingga air itu
melaju menenggelamkan semuanya

Ayu Manja
sajak sinis politik buat yang memahami sajak dari ayah sy sendiri ketika sy balik dari kampung ayah sy tu sy x pasti dia org mna mngkin tengah2 sbb dua2 pihak dia x kutuk...

Qalam Mutiara berkata...

69. Irham Kesuma berkata...

MENYELINAP (LSS)

Pada ambang sebelum membeku
menggariskan sesuatu terdengar kelu
menanda alpa adalah
waktu yang berhembus bisu.
barangkali samar dalam topeng
tertutup bayang matahari.
Tetap saja mereka menyelinap,
tak terungkap seperti misteri.

Oleh: Irham Kesuma
sajak sinis/24 Mac 2012 1:05 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra Irham Kesuma kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENYELINAP Tema peringatan atau sinis nampaknya Pengucapannya ada daya kreatif dan punya erti tersendiri. Maksudnya memberi peringatan sinis dengan (PTA) yang kita alami ini kesilapan kita memilih pmerintah pastinya kita menerima padah. Layak diberi peluang untuk sayembara ke final seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

70.Ungku Zubir berkata...

TERTUNDUK (TBD)-P

Pernahkah waktu menyampaikan
tentang apa yang telah dititipkan
sepasang mata menyiratkan rasa
rapat tersembunyi di sudut jiwa
atau aku pergi membawa mimpi
bertandang pada putihnya pagi
ikhlas meninggalkanmu dalam lelap
bayang-bayang di sudut hati
mata yang kelam menyimpan
seribu sepi hingga redup tertunduk
meratapi segala kedukaan

Oleh: Ungku Zubir
sajak sedih/24 Mac 2012 1:08 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Ungku Zubir kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:TERDTUNDUK Tema jiwa2 merayu sedih nampaknya .Pengucapannya bersahaja penuh dengan emonsi. Maksudnya semacam ada kelohan rasa mendayu sendu suara hati yang dialaminya selama ini bagaikan menyepi Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

72. Ayu Manja berkata...

JANGAN BIAR AIR ITU TERUS MELAJU (LSS)

Aku tersedar kini bukanlah
rintik hujan menemani disini
tapi air yang mulai memguasai
bertambah membeku dan mengeras
Bahkan ia mula membasahi
sebahagian ditempat itu
Memang terlalu lama untuk diketahui
waktu berdetik seharusnya melaju
tapi semua disini hanya terdiam
menunggu sehingga air itu
melaju menenggelamkan semuanya

Oleh: Ayu Manja
sajak sinis politik buat yang memahami sajak dari ayah sy sendiri ketika sy balik dari kampung ayah sy tu sy x pasti dia org mna mngkin tengah2 sbb dua2 pihak dia x kutuk...24 Mac 2012 1:20 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdr Ayu Manja kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: JANGAN BIARKAN AIR ITU TERUS MELAJU Tema sinis politik nampaknya Pengucapannya ada daya kreatif dan punya erti tersendiri. Maksudnya sebagai orang bersuara bebas , ianya memberi pertingatan ikhlas dengan situasi yang kita alami ini (PTA) jika dibiarkan tidak ditangani dengan serius pastinya akan menghururakan jadinya.. Layak diberi peluang untuk sayembara ke final seterusnya . (LSS).

Qalam Mutiara berkata...

71. Nurul Syahrirah berkata...

TAK TERARAH (TBD)

Mengagumi membuatku tak berdaya
Saat jantungku berdetak
perasaan itu semakin hebat
naluriku pun semakin kalut,
kusut segenggam dalam hidupku
tak pernah kurasa seperti ini,
semakin jauh terlarut tak berarah

Oleh: Nurul Syahrirah
sajak sedih/24 Mac 2012 1:10 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRANURI MAC S /AKHIR BUAT AHLI DAN P/ BLOG 2012

MENANGKAP MAKSUD

Sdri. Nurul Syahirah kembali lagi masuk pusingan suku akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:TAK TERARAH. Tema merayu sedih jiwa2 nampaknya .Pengucapannya bersahaja tapi penuh emonsi. Maksudnya semacam ada kesedihan melanda kemulut di hati yang mungkin dialaminya selama ini pada sesaorang bagai tidak terarah. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)

Zainal Arifin berkata...

sedap nama dia

Pagok Lana berkata...

syahada mcm nama isteri aku plak

Raja Muda berkata...

rumah org plak dia tenang?

Salina berkata...

bohsia ke apa pmpuan ni

Dam Catur berkata...

rumah dia kenapa x best ke

Atan Yahoo berkata...

alasan je kata rumah org best... hahaha

Nahul Hidzar berkata...

org mana pmpuan tu kmpung2 terdekat jgk ke

Emily Osman berkata...

family dia x risau ke

Jalil Janggut berkata...

nnt org tuduh dia culik anak dara org hbis la

Abang berkata...

baik repot polis kang dia dituduh bukan2 plak