sayembara tempat ke enam
Malamku bertukar siang
siangku berganti malam tapi bulan yang aku kasihi
tetap jua tidak muncul lagi
bulan biasa aku masih setia di situ
aku makin resah menanti
ketika mentari menunjuk diri
angin berhembus lembut
sekadar mengkhabarkan
bulan yang ku nanti selama ini
kini tiada lagi dihati
Malamku bertukar siang
siangku berganti malam tapi bulan yang aku kasihi
tetap jua tidak muncul lagi
bulan biasa aku masih setia di situ
aku makin resah menanti
ketika mentari menunjuk diri
angin berhembus lembut
sekadar mengkhabarkan
bulan yang ku nanti selama ini
kini tiada lagi dihati
Oleh: Pak Awang
sajak simbolik sinis politik /2 Mac 2012 4:06 PG
sajak simbolik sinis politik /2 Mac 2012 4:06 PG
30 ulasan:
SAYEMBARA PUISI CITRANURI AKHIR FEBRUARI AHLI DAN PENJAGA BLOG2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra. Pak Awang Kali ini berjaya melangkah ke akhir dengan sajaknya yang bertajuk: BULAN TIADA LAGI Tema sembolik sinis politik nampaknya .. Pengucapannya bersimbolik pada alam ada pengertiannya tersendiri. Maksudnya Apa yang diharapkan selama ini bagaikan musnah bila ada perasit dalam perjuangan yang tersasar dari landasan sebenar.. Layak diberi tempat ke enam sayembara puisi Februari 2012 LSS)
Ulasan Oleh: Qalam Mtiara.
ERPEN BERTAJUK : MENCARI KETENANGAN OLEH: NURIMANJA BROWN GARDEN. GELUGUR, PULAU PINANG.
Siri ke 4
“Mak , khuatir, nanti kau diangap mencolek anak gadis orang, bagaimana bila ibu bapaknya mendakwa kau di mahkamah nanti?” kata Mak
“Ataghfiruallah halazim … Tidak terlintas di hati saya untuk berbuat begitu Mak.”Kataku kepada Mak untuk memberi keyakinan.
“Tetapi Mak khuatir juga , nanti masyarakat taman ini tidak mahu menilai semua itu, Kau mesti faham Jalil,” Mak semacam mempertahankan pendapatnya
Aku menjadi serba salah untuk mencari jalan menenangkan fikiran Mak. “Mak jangan susah, saya sedia menerima sebarang tuduhan, saya cuma ingin menolong, bila saya lihat dia jatuh tadi,” Aku memberi pengakuan pada Mak. Akhirnya Mak memandang mukaku, kemudian menganggukkan kepalanya, walaupun aku tahu hati Mak tidak setuju dengan tindakan aku itu.
Malam itu aku tidur di kerusi malas di ruang tamu bersama mak , bagi mengawasi keadaan anak gadis itu, , semenangnya mak seorang yang kuat berjaga malam. Tiba-tiba anak gadis itu bersuara sambil bertanya.
“ Dimana saya berada ini ? Ohh! Sakitnya kepala saya ini.” Aku terdengar keluhan anak gadis itu, seperti orang dalam kerusingan.
“Anak ini berada di rumah Makcik, jangan takut, anak makcik yang telah menolong anak tadi,” kata Mak kepada anak gadis itu seperti memujuk untuk menenangkan fikirannya.
Dia memusingkan kepalanya lalu memicitkannya, sambil berkata dahinya turut berkerut, “Dimana anak makcik tadi, dia yang menolong saya tadi, saya ingin bercakap dengannya?” kata anak gadis itu, sayu bunyinya.
“Ada, nanti makcik panggil.” kata Mak, belum pun sempat Mak memanggil, aku terlebih dahulu bangun mendapatinya.
“Emm, kau dengar apa yang ia kata tadi?” Soal Mak padaku, sambil membeliakkan kedua biji matanya, bila melihat aku telah menhampirinya.
“Iya! Saya dengar Mak.” Jawabku.
“Apa yang dia mahu?” Tanya Mak, matanya memandang tepat kemukaku, aku pun bertambah serba salah untuk menentang mata Mak.
BERSAMBUNG ESOK.
Siri ke 5
SAMPAH SEGALA SUMPAH
ketika ucapkan selamat tinggal, kutanggalkan helai rambut memutih. bukan tanpa hati atau belati.
Sementara tiap tembok persimpangan,
nama terukir begitu saja.
entah siapa yang teriak,
serentak semua bergejolak.
meski akhirnya cuma kita
setia pada sampah segala sumpah.
Salina
sajak marah
PERCUMA SAJA
percuma saja kau bisa menyapa
lewat diFacebook aku
boleh saja aku tak endahkan kamu
tapi apa gunanya
kamu seperti tenaga dimusnahkan
keberadaan itu sendiri menghapusmu
dari ingatan sia-sia belaka
setiap ruas jalan ruang kota ini
telanjur menyimpan jejakmu
Mona
sajak kebencian
MENYELINAP
Pada ambang sebelum membeku
kau menggariskan sesuatu
terdengar kelu yang menanda
waktu yang berhembus bisu.
barangkali tersamar dalam topeng
tertutup bayang matahari.
Tetap saja mereka menyelinap,
tak terungkap seperti misteri.
Penglipur Lara
sajak sinis
MALAM SERIBU SEPI
Pernahkah waktu menyampaikan
apa yang telah dititipkan
sepasang mata menyiratkan rasa
rapat tersembunyi di sudut jiwa
atau aku yang pergi
membawa mimpi bertandang
pada putihnya pagi
berselimut bayang di sudut hati
pernahkah malam yang diam
mengajakmu tertawa
matanya kelam menyimpan sepi
ALi Conan
sajak simbolik
49. Salina berkata...
SAMPAH SEGALA SUMPAH (TBD)
ketika ucapkan selamat tinggal,
kutanggalkan helai rambut memutih.
bukan tanpa hati atau belati.
Sementara tiap tembok persimpangan,
nama terukir begitu saja.
entah siapa yang teriak,
serentak semua bergejolak.
meski akhirnya cuma kita
setia pada sampah segala sumpah.
Oleh: Salina
sajak marah/17 Mac 2012 12:27 PG
SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdri/Pn. Cikgu Salina kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk:SAMPAH SEGALA SUMPAH . Tema marah nampaknya .Pengucapannya biasa dan bersahaja. Maksudnya: menyentuh kisah setia pada sumpah akhirnya menjadi sampah pula Apa pun perlu muhasabah. Cuma andaian .. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)
50. Mona berkata...
PERCUMA SAJA (TBD)
percuma saja kau bisa menyapa
lewat diFacebook aku
boleh saja aku tak endahkan kamu
tapi apa gunanya
kamu seperti tenaga dimusnahkan
keberadaan itu sendiri menghapusmu
dari ingatan sia-sia belaka
setiap ruas jalan ruang kota ini
telanjur menyimpan jejakmu
Oleh: Mona
sajak kebencian/17 Mac 2012 12:32 PG
SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdri/Pn.Mona kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: PERCUMA SAJA. Tema kebencian nampaknya .Pengucapannya biasa dan bersahaja. Maksudnya: menyentuh tetang rasa kurang senang dengan apa yang diharapkan kisah peribadi agaknya. Kena banyak bersabar. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)
52. ALi Conan berkata...
MALAM SERIBU SEPI (LSS)
Pernahkah waktu menyampaikan
apa yang telah dititipkan
sepasang mata menyiratkan rasa
rapat tersembunyi di sudut jiwa
atau aku yang akan pergi
membawa mimpi bertandang
pada waktu putihnya pagi
berselimut bayang di sudut hati
pernahkah malam yang diam
mengajak kamu tertawa
matanya kelam menyimpan sepi
Oleh: Ali Conan
sajak simbolik/17 Mac 2012 12:37 PG
SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra Ali Conan kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MALAM SERIBU SEPI atau malam penuh sepi Tema bersembolik nampaknya Pengucapannya bersahaja namun punya erti tersendiri. Maksudnya sepi semacam ada sesuatu yang kurang menyenangkan hati, terasa ada berbau jiwa2 juga.. . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).
51.Penglipur Lara berkata...
MENYELINAP (LSS)
Pada ambang sebelum membeku
kau menggariskan sesuatu
terdengar kelu yang menanda
waktu yang berhembus bisu.
barangkali tersamar dalam topeng
malah tertutup bayang matahari.
tetap saja mereka menyelinap,
tak terungkap seperti misteri.
Oleh: Penglipur Lara
sajak sinis/17 Mac 2012 12:34 PG
SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra Penglipur Lara kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: MENYELINAP Tema sinis sembolik nampaknya Pengucapannya bersahaja namun punya erti tersendiri. Maksudnya semacam mencurigai sesuatu dalam perjalanan kehidupan ini bagaikan penuh misteri. . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).
HUJAN KASIH
bila malam tiba aku mengenal
Hujan yang tak mengerti kasih..
malam hanya membuka pintu hatiku..
entah sampai bila seperti ini
terasing disni saat istirahat..
aku mencoba berjalan di lapangan…
yang penuh dengan kekotoran
Dang Anum
sajak kenangan
HUJUNG PELANGI
Kemana harus mencari
adakah hingga ke hujung pelangi.
Mengapa? sepi tiada apakah
di hujung pelangi itu?
Bukannya disitu banyak onar ?
Satu dari mereka yang dicemoh
tidak cukup mengimbangi
berbeda arah lantas menyerah?
Tidak juga kemana lantas bagaimana
Jalani saja jalan ini terus.
Nanti mungkin akan ada sesuatu
Salleh Muhamadon
sajak simbolik kehidupan
REDUP TERTUNDUK
Mungkin sehingga
rembulan dan bintang redup tertunduk
meratapi segala kedukaan
setelah itu kita tersenyum
menghikmati segala keadaan
menyaksikan butiran embun gugur perlahan mengheningkan seribu impian
Hafiz Zikrillah
sajak simbolik sinis
DALAM TIDUR
Malam tadi kau ganggu aku
Dengan hadir dalam mimpi
Bagaimana aku bisa melupakan
Kalau kau selalu ada dalam tidur
Lama sudah berlalu masa tanpamu
Namun kini selalu hadir dalam tidur
Lama sudah ingin kubur dalam jauh
Namun kau selalu ada dalam tidur
Maisarah AN Nisa
sajak terkenang
53. Dang Anum berkata...
HUJAN KASIH (TBD)-P
bila malam tiba aku mengenal
Hujan yang tak mengerti kasih..
malam hanya membuka pintu hatiku..
entah sampai bila seperti ini
terasing disini saat istirahat..
aku mencoba berjalan di lapangan…
yang penuh dengan kekotoran
Oleh: Dang Anum
sajak kenangan/19 Mac 2012 12:22 PG
SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdri Dang Anum terpilih (P) kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HUJAN KASIH. Tema kenangan nampaknya .Pengucapannya biasa dan bersahaja. Maksudnya: Cuma mengenang nasib mungkin kisah peribadi agaknya. Kena banyak bersabar. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)
HUJUNG PELANGI (LSS)
Kemana harus aku mencari
adakah hingga ke hujung pelangi.?
setahuku di hujung pelangi banyak fantasi?
bukankah disitu juga banyak onar dan mungkar?
satu daripada mereka yang telah dicemoh
tidak cukup mengimbangi keadaan
berbeda arah lantas menyerah saja
tidak juga kemana lantas bagaimana?
perlu jalani saja atau mengikut terus.
mungkin nanti akan ada sesuatu keinsafan
atau hikmah tersembunyi disebaliknya…
Oleh: Salleh Muhamadon
sajak simbolik kehidupan/19 Mac 2012 12:26 PG
SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra Salleh Muhamadon terpilih kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: HUJUNG PELANGI Tema sembolik kehidupan nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun punya erti tersendiri. Maksudnya menyentuh isu semasa politik tanah air (PTA) yang begitu resah bila difikirkan mungkin ada hikmah disebaliknya. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).
55.Hafiz Zikrillah berkata...
REDUP TERTUNDUK (TBD)
Mungkin sehingga kini
rembulan dan bintang redup
Tertunduk menyalahi sinar
meratapi segala kedukaannya
setelah itu kita un tersenyum
mengnikmati segala keadaan
menyaksikan butiran embun
yang gugur perlahan membasahi
lalu mengheningkan seribu impian
Oleh: Hafiz Zikrillah
sajak simbolik sinis/19 Mac 2012 12:29 PG
SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdra Hafiz Zikrillah terpilih (P) kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: REDUP TERTUNDUK Tema sinis bersembolik nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun punya erti tersendiri. Maksudnya menyentuh isu semasa politik tanah air (PTA) yang meresahkan bila ada parti Islam yang menyokong pengganas komunis dan puak Zionis untuk tunduk demi agenda mereka . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya . (LSS).
56. Maisarah AN Nisa berkata...
DALAM TIDUR (TBD)
Malam tadi kau ganggu aku
Dengan hadir dalam mimpi
Bagaimana aku bisa melupakan
Kalau kau selalu ada dalam tidur
Lama sudah berlalu masa tanpamu
Namun kini selalu hadir dalam tidur
Lama sudah ingin kubur dalam jauh
Namun kau selalu ada dalam tidur
Oleh: Maisarah AN Nisa
sajak terkenang/19 Mac 2012 12:30 PG
SAYEMBARA PUISI MAC PUSINGAN KE 2 CITRANURI AHLI DAN P/ BLOG 2012
MENANGKAP MAKSUD
Sdri/Pn. Maisarah An Nisa terpilih (P) kembali lagi masuk pusingan ke dua dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: DALAM TIDUR Tema terkenang nampaknya .Pengucapannya biasa dan bersahaja. Maksudnya: menyentuh tetang rasa keresahan dan igauan seorang yang menganggu dalam mimpi, mungkin kisah lama agaknya.. Kerana ada persaingan hebat Maaf cuma disini sahaja anda terpaksa berhenti, usaha lagi lain kali (TBD)
MEREKA YANG TERPILIH KE FINAL
KUM 1
1 Pangeran Pertawa@
2.Hajhamdan@ 3 Syah inderapura@
4 Haji Khali@
KUM 2
1 Satria Juragan@
2 Tinta bayu@
3 Mentari Senja@
4 Putera Damien@
KUM 3
1. Ali Conan-@
2. Penglipur Lara-@
3. Salleh Muhamadon@
4. Hafiz Zikrillah@
KUM 4
1. Ayu Manja-P
2. Nurul Syahirah-P
3. Ungku Zubir-P
4. Irham Kesuma P
MEREKA YANG DUA KALI DAPAT PNILIAN (P)TIDAK TERPILIH LAGI. KUM5 DAN KUM6
KECUALI JIKA DATUK HASBI BERCADANG
HENDAK BERI HADIAH PADA 12 ORANG.
MAKA KUM 4 YANG MENDAPAT (P) ATAU PENILAIAN SEMULA AKAN DIBATALKAN.
ADA DUA PILIHAN CARA KE FINAL KALI INI. UNTUK AMBIL 4 ORANG ATAU 12 ORANG. DAPAT HADIAH (TERPULANG)
kwin saja la senang...
msti dia kena tuduh culik org ni
bini en nuri x jeles ke masa ni???
cerpen ni mcm kisah benar je
siapa aku dlm cerita ni en nuri sendiri ke
aku dlm cerpen ni x kwin lagi ke
apa jd kt pmpuan tu?
pmpuan tu nama apa
apa jd selepas ni?
rasanya lps ni dia kwin dgn pmpuan tu la
Catat Ulasan