Selasa, 15 September 2015

MENGAPA KITA MESTI BERTELAGAH?






BIL 70. MENGAPA KITA MESTI BERTELAGAH?
Sempena hari Malaysia

Mengapa kita mesti ada bertelagah sesama kita rakyat 1 Malaysia?
Sedangkan kita hidup di bawah payung negara telah pun merdeka
Jika kita senang sesama dirasa, jika kita susah sesama tanggung derita
Jikalau hati gajah sesama kita dilapah jika hati kuman sesama dicecah
Mengapa mesti timbul sengketa ingin menjatuhkan kerajaan yang ada?
Apakah kita selama ini hidup susah sengsara tidak makan tidak bekerja?

Di mana semangat patriotik kita selama ini cintakan negara Malaysia?
Di mana hilangnya pula maruah jati diri untuk menjaga nama Negara?
Di mana rasa perpaduan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama?
Di mana janji taat setia di mana bumi dipijak dan di situ langit di junjung?
Di mana sikap hormat menghormati selama ini menjadi kebanggaan kita?
Di mana dasar demokrasi berparlimen jika kita sendiri melanggarkannya?

Kehilangan budaya sikap bertolak ansur, suka menghasut fitnah dan tohmah
Menjadikan kita semua hilang pegangan dan boleh musnah segala-galanya
Jadi berwaspada lah dan hentikan lah sikap hasad dengki, dendam dan ugutan
Kerana demonkerasi yang kita bina selama ini tidak akan kekal selamanya
Jika kita sesama kita 1 Malaysia hidup dalam berbagai kaum bangsa dan agama
Telah jauh daripada apa yang diharapkan oleh pemimpin terdahulu tidak dilaksana.

Oleh: Nuri manja,
Catatan 15 September 2015
Jam 5.45 petang Selasa


Ahad, 13 September 2015

.KETIKA ANGIN PETANG MENYAPA MUKA




                                   

KETIKA ANGIN PETANG MENYAPA MUKA  


Sesekali deruan angin petang
amat terasa ketika mengapa muka
Lalu hati pun teringat pada kekasih pujaan
Jiwa pula diragut resah kian terharu jadinya.

Ketika kerinduan melanda jiwa
Perasaan tidak dapat lagi dibendung
lambang cinta bagaikan bergayut di mana-mana
hati pun lantas bertasbih kerinduan berbisik pula.

Kaukah itu yang tersenyum ?
Melambai tangan di awan nan biru
Ingin aku lukis lambang cinta kita di awan biru
Tetapi apakah daya tanganku tidak tercapai melakukannya.


Oleh: Pena Utara.
Catatan 24 Ogos 2015

Sabtu, 12 September 2015

WAJAH WAJAH HARI MALAYSIA



WAJAH_WAJAH HARI MALAYSIA

Wajah-wajah hari Malaysia!
Kini rakyat 1 Malaysia telah banyak merubah corak
Anak muda jadi penghijrah membanjiri kota raya
Memburu pekerjaan dalam projek pembangunan negara
Bekerja sebagai pegawai am, perniagaan dan di  perindustrian.


Wajah-wajah hari Malaysia!
Kini arus kemajuan dan kemodenan telah lama meresap
Di daerah kota dan juga pendalaman dari Perlis sampai Sabah
Mengubah kehidupan petani, nelayan, penternak dan perusahaan
Untuk tidak ketinggalan menikmati kemajuan globasasi pembangunan.


Wajah-wajah hari  Malaysia!
kewujudanmu tiada sia-sia pada anak rumpun bangsa Malaysia
Kini mereka bertambah mengerti  menilai negara sedang menuju jaya
Membentuk kehidupan  yang penuh mencabar  budaya dan minda
Rakyat akan melalui zaman  IT siber jaya  dan teknologi digital terkini.

Oleh: Nuri manja,
Rajang, Sarikei 19, Ogos, 1982 Dikemas kini kembali
Catatan Semasa berada di bumi Kenyalang. Gambar hiasan.


Khamis, 10 September 2015

TIDAKKAH KALIAN TERASA?




TIDAKKAH KALIAN TERASA?


Di mana-mana pun kini
Perempuan lebih ramai
Daripada orang lelaki
Sama ada di jalan raya
atau pun minum kedai kopi

Dianatara mereka ini
Ada juga yang lebih berani
Menguasai meja kedai kopi
Bersembang hebat dari lelaki
Sehingga ada lelaki terus menyepi.

Tidak hairan gaya mereka
Boleh duduk di meja makan
Berbual ketawa sesama mereka
Dari jam 8 hingga jam 10 pagi
Entah cerita apa menggelikan hati.


Oleh: Nuri Manja,
Rabu jam  11.10 pagi
Catatan  tanggal 19 Ogos 2015.





Rabu, 9 September 2015

DRAMA BERSIRI BERULANG LAGI






DRAMA BERSIRI BERULANG LAGI


Sungguh hebat dan mempersonakan,
Bila drama bersiri masih berulang lagi
Malah beberapa pelakon baru telah diundang
Termasuk watak veteran yang sukar dipercayai
Begitulah liciknya pengarah drama bersiri kali ini

Pada mulanya ramai juga penonton kita jadi panik
Bila pementasan bermula dengan tema yang agak sama
Cuma adegan Tohmah dan fitnah dikurangkan sikit
Tetapi di ketengahkan agenda yang baru lebih berkesan
Iaitu dengan menghasut,menukar fakta dan beradu domba

Ramai juga penonton dalam dan luar negara
Kaget dan mempercayai drama bersiri kali ini hebat
Sehingga ada tokoh yang telah terperangkap dan terjerat
Kerana mudah mempercayai lakonan hasutan yang mengelirukan
Kini watak dan skrip asal telah diketahui umum drama tidak menjadi.


Oleh: Pena Runcing,
Catatan petang hari Selasa
Jam 4.20 ptg . Tanggal 8 September 2015