Sabtu, 16 Mei 2015

PERISTIWA ISRAK WAL MIKRAJ




PERISTIWA ISRAK  WAL MIKRAJ


Peristiwa Israk dan Mikraj
Satu cerita samiyat
Perjalanan rasullullah S.A.W
Dari masjid haram Ke Masjid Al Aqsar
Hingga ke Sedratulmuttaha
pada satu malam dengan izinNya.
 
Peristiwa penuh simbolik
Dan pengajaran untuk umat sejagat
Berbagai insiden telah terakam
Tentang ketauhidankepada Allah S.W.T.
Tentang keibadatan insan
Tentang keperibadian kehidupan
duniawi dan Akhrawi.

Perentah menerima solat 
dari 50 kepada sehari semalam 5 waktu
Bagi membersihkan diri
sebagai pengabedian hambaMu
Yang bernama manusia .


Oleh; Nurimanja,
Bandar Baru  FERDA,
Catatan Citranuri  Telok Kumbar  29\9\2001

Khamis, 14 Mei 2015

SELAMAT HARI IBU



SELAMAT HARI IBU


Buat semua
selamat hari ibu!
dengan rasa bangga kami berdoakan
semoga Allah merastui kehidupan ibu
semoga panjang umur murah rezeki
baktimu  tetap dikenang  hingga ke mati.

Ibu kaulah jantung hati kami
bila kau sihat waafiat  kami gembira
bila kau sakit dan bersedeh kami kecewa
jika kau tiada hati kami pun berduka
hanya kaulah pujaan jiwaraga.

Ibu oh  ibu
Segala jasamu disanjung tinggi
tidak dapat rasa  kami membalasnya
tidak dapat juga kami membayarnya
dengan wang ringgit dan  harta benda
melaikan  tuhan saja yang dapat menilainya.

.
Oleh: Tinta Azimad
Percubaan Sajak Sempena Hari Ibu.
Ditulisan Tarikh: 10hb, Mei, 2015. petang hari

Rabu, 6 Mei 2015

P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH




 
P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH


Parlimen Permatang Pauh
Kini ada percaturan pengundi
Kawasan jadi rebutan yang diidamkan
Antara parti lawan dan kawan dalam pakatan
Walaupun digelar pakatan rakyat  pada zahirnya
Nampak mesra, Tetapi tidur dan lena mimpinya  tidak sama

Sesiapa pun boleh jadi Yb
Jika ada peluang untuk menang
Sama sahaja seperti  di DUN Chempaka
Kalah menang belakang kira kalau ingin mencuba
Yang ada selama ini kita sudah tahu cara dan gayanya
Kini cari pengantin yang boleh diharap dan boleh dipercayai.

Harap jangan dibiarkan lagi
Kawasan gawat ini terus ternoda
Tersisih dari arus  pembangunan desa dan kota
Pandai-pandai lah pengundi memilih dan menilainya
Pemimpin yang boleh membawa keamanan kehidupan
Untuk warga pengundi dahagakan kemakmuran yang nyata.

Oleh: Nuri manja
Catatan selepas solat Jumaat
Jam 3.30 ptg  Tanggal 3 / April /2015.
 Ulang siar kembali sempena PRK esok. 7 Mei, 2015.

Isnin, 4 Mei 2015

ROMPIN PAHANG







ROMPIN PAHANG

Rompin Pahang,
Sesuatu yang tidak diduga
Parlimenmu kini kosong pula
Bila tragedi menyayat hati melanda
Maka hilangnya pemimpin pejuang bangsa
Bersama enam rakan dan pengawal peribadinya.

Rompin Pahang,
Kini di kawasanmu ada pemilihan
Beberapa parti berentap cari pengaruh
Maka terserahlah kepada  warga pengundi
Melaksana kan tanggung jawab menentukan kedudukan
Dalam mencari pemimpin yang berwibawa dan berakhlak mulia.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan 20 April 2015.  5 ptg.
Ulang Siar kembali

Sabtu, 2 Mei 2015

NEPAL KATHMANDU



NEPAL KATHMANDU

Nepal Kathmandu
Satu Tragedi menyayat hati
Bila gempa bumi berlaku di bumimu
Bagaikan peristiwa tahun 1981 berulang kembali
Sehingga lebih 5.000 kematian dan 8,000 kecederaan.

Kini cerita sama
Gempa bumi berulang lagi April 2015
lebih 10,000 orang rakyatmu mangsa terkorban
berpuluh ribu lagi ditimpa kecederaan dan kecacatan
Ada jua yang hilang dan tertimbus belum ditemui mayatnya
Di bawah runtuhan bukit bukau, tanah dan rumah tempat kediaman.

Apakah petaka ini
Dapat mengajar kita selama ini
Dan boleh mengingat kan kita sebagai manusia
Bahawa segala perilaku yang kita amalkan selama ini
Tidak menganggu gugat alam atau dimurkai oleh Allah S.W.T’

Oleh: Nuri Manja,
Catatan 30 /4/2015