Ahad, 4 Januari 2015

IMAM ITU YANG SEPATUTNYA DITAULADANI




IMAM  ITU YANG SEPATUTNYA DITAULADANI

Iman itulah sesatunya idola kita,
bagi para jemaah makmun mengikutinya
doanya masin dari seorang yang bertaqkua
biasanya mustajab mengharapkan keberkatan
itulah sorang imam sepatutnya menjadi tauladan
dan berbeza dengan makmun yang menjadi pengikutnya.

Imam juga sebagai ibubapak kepada kita,
orang yang tidak ada tolok bandingnya
contoh Abu Hanifah seorang iman yang mithali
ketika serbannya dicuri dia menghalalkan sahaja
walaupun si pengambil gantikan dengan serban buruk.

Imam semestinya seorang yang warak,
dan ada keistimewaannya yang tersendiri
barulah pengikuti terasa ada keyakinan diri
kerana dia membawa kearah keiklasan dan kebenaran
untuk menilai sebuah kehidupan di duniawi dan akhrawi.

Oleh; Nurimanja,
hujung senja jam sebelum maghrib.
catatan penceramah bebas muda 2hb,Julai 2010.

Sabtu, 3 Januari 2015

MUHAMAD YA RASULLULLAH


.MUHAMAD YA RASULLULLAH
Sempoena maulidurrasul hari ini

12 Rabiul awal tahun Gajah
Lahirnya Muhamad anak Abdullah
Di tengah  zamn keruntuhan akhlak
hidup cuma mepertuhankan kebendaan
lahir anak perempuan ditanam hidup-hidup,
Aqidah  menyembah berhala, bertenung nasib
perempuan, arak, zina, judi dan penjualan hamba,
Tarian gelek, berkasidah dan syaeir agenda utama mereka.
Hidup berdusta yang kaya menintas si miskin dan papa kedana

Telah datang lelaki pilihan
Al Amin namanya  yang diberi,
Utusan membawa rahmat seluruh alam
bersykurlah wahai insan  kepada Allah SWT
kerana memberi sinarnya ke seluruh alam maya
membela nasib wanita dan membebaskan hamba
dari cengkaman musuh pembesar Arab  durjana
hapuskan manusia  bertopengkan kepentingan dunia.
kini bebaslah sudah segala sangsara hamba yang terinanya.

Oleh ; Nurimanja,
12 Rabiulawal 1436 Hijrah
 Pulau Mutiara Salam rakyat Islam 1 Malaysia.



Rabu, 31 Disember 2014

DOA MAHA SUCI ALLAH SWT





Maha suci Allah SWT
Menjadikan langit dan bumi
Membenarkan aku menyedut udaramu
Dan melayakkan aku masih hidup dan bernafas

Maha suci Allah SWT
Segala ibadatku, hidupku dan matuku
Kepadamu yang berkuasa  memerentah sekelian alam
Tidak ada sekutu bagiMu dan aku sesungguhnya orang Islam .

Oleh:  Nurimanja
Tanggal 29. 12.2014
Catatan Pagi Isnin hari kelahiran.
  





Selasa, 30 Disember 2014

YA ALLAH AKU DAN PERJALANAN





Ya Allah!
Perbaikilah diriku
Dalam perjalanan yang sadikit
Berikan aku ikhlas dan istiqamah.

Ya Allah!
Aku ini lemah dan dhaif
Banyak melakukan noda dan dosa
Ampunkanlah segala kesalahanku ini.

Ya Allah!
Perjalananku ini hamper tamat
Biarkanlah aku berada di jalan lurus
Bukan jalan orang-orang yang menyesatkan.

Oleh: Qalam Mutiara,
tanggal 3 Mei, 2014. Jam 4.30 pagi
Gambar Cuma hiasan .