Jumaat, 26 Disember 2014

BICARA PUISI TERKINI RERAKAN CITRANURI KELANTAN HAMPER LUMPUH





Kelantan  diakhir tahun
Masih lumpuh dicengkam banjir besar  2014
Kau melanda lagi dibumi cik siti wan kembang ini
Dulu 2004 Bandar kota baru terputus perhubungan.
Kini Bandar Gua Musang dan Kuala Krai paling teruk diserang.

Keadaan menjadi kelam kabut
Banyak kehilangan dan Kerosakan harta benda
Mencecah jutaan ribu ringgit permis peniagaan ditutup
Para pelancong juga  membatal kan segala perjalanan
Dimanakah silapnya kita? Atau menganggapnya sebagai ujian?

Kelantan Cik Siti Wan Kembang
Kedamaian daerahmu  kian tercabar dan resah
Bincana banjir  besar  menegelami  10 daerah lebih parah
Dari cemuhan kemelut politik dengan agenda hudud lamanya
Rakyat terseksa dengan musibah lepas kemarau banjir besar pula.

Oleh: Tinta Azimat
Bicara apa yang dilihat
Catatan Tanggal 24 Disember 2014




Isnin, 3 Jun 2013

JANGAN BIARKAN MELAYU MEREMPAT LAGI





Kata Atuk Aki
Aku dulu susah. Nak makan pun payah
Hidup kalian hari ini jangan lupa diri
Belajarlah berterima kasih sesame  manusia
Bersyukur kepada Allah   yang maha  berkuasa

Jika kamu pilih
Ketua berjiwa pengkianat. Negara akan lumpuh dan tenat
Jangan biarkan kemerdekaan ini hancur
Setelah datuk nenek kita bersusah payah
mengapa dibiarkan petualang meyebar dakyah

Ingat  PRU 13
Tentukan semangat juang. Jangan biarkan melayu merempat
Bersama pendurhaka yang mabuk kuasa
Pastikan murtabatkan  Ketuanan melayu terjaga
Agar  anak-anak  peribumi tidak hidup berputih mata


Oleh: Nurimanja,
5hb Disember, 2011. Ketika  jam delapan Malam.


Ahad, 21 April 2013

BIDADARI MENARI (7)

Sambara maha tempat ke tujuh 2012

Malaikat kecil bermain kecapi
bidadari menari riang
diatas tingkap langit
tanpa kelabu mereka sambut Nirwana
Tanpa sombong bagai merak
Mereka berpuisi hidup penuh damai
bunga bercahaya wangian
berasal dari tempat jahanam
Kini hanya menjadi sampah
Karena mereka semua sama
seperti pasir tanpa pemisah

Oleh; Hambali Maliki
Sajak Politik isu semasa
ketika berjalan-jalan di kuala selangor 8.1.2013/8 Januari 2013 4:26 PTG



Sabtu, 30 Mac 2013

PENINGGALAN YANG SUKAR DIKIKIS (6 )






Sayembara puisi maha tempat ke enam

suatu peninggalan
begitu sukar di kikis
membara pada tahap memilukan
mencerna sebuah biasan
hanyutan yang tiada bertepi
bergerak beredar menyayat hati
indah sebuah ilusi bias gambaran
menutup hati yang sedu-sedan
pada tangis tiada pernah ada hujung
kemampuan tiada terbatas
mengusik setiap sendu terhiris

Oleh: Irham Kesuma
sajak politik
ketika bercuti ke rumah rakan
di parit buntar 1.1.2013/8 Januari 2013 4:26 PTG