Selasa, 9 Ogos 2011

KEDAMAIAN



sajak pilihan warga Cr.

Berguling di bahasa sunyi
tiada seloka ombak
cuma darat menyendiri
tergolek bergolek
tak siapa yang tahu

Gelumang skrin terukir
kita pun berlayar
kemudi terolah
nun pinggir lubuk diri
berdebat sendiri
mungkin terpa suka
mungkin jelma duka

Patah layar bertongkat jemu
perahu luncur jua
timur barat ke mana hala
tergalau di jiwa
jari terketik bicara berdetik
ungkap rasa ke udara
moga ada jiwa sudi mendengar

 
Oleh: Ustaz Sahzan
percubaan sajak pertama saya
11pagi/2010 Ogos 8 12:44
setakat ini ustaz sahzan ada 18 sajak.



Sabtu, 6 Ogos 2011

PUJA NAJIS DADAH






Apa mahu kesah
usia masih mentah
badan masih bergetah
habis semua diredah
redah sampai rebah
terngadah habis datang musibah
bawa sejuta masalah
peningkan mak ayah
cakap pantang dibantah
terus cepat memangkah
mata tak nampak rumah
jadi tempat singgah
badan makin lemah
kaki tak daya melangkah
hidup sudah musnah
puja najis dadah jadi sampah…


Oleh; Ustaz saad
sedih melihat anak melayu bergelumang najis dadah
2010 Disember 21 11:06




Khamis, 4 Ogos 2011

TUA DI KAKI LAUT (2)




sajak sayembara lelaki utama


Seorang tua di kaki laut
tatkala tirai siang mula tertutup
di saat tabir malam mula berlabuh
di waktu sang camar mula berteduh
bilal mula melaungkan panggilan
kakinya masih terasa kaku
tiada daya mengatur langkah
sudah hilang upaya dirinya
tongkat peneman tergenggam erat
terbayang sejenak waktu dahulu
waktu sebegini lincah
kaki mengorak langkah
menggalas beban rezeki laut
pantas mengejar 27 pahala
ke sana ke sini tiada halangan
namun itulah ketentuan kehidupan
usianya kini sudah di lewat senja
kudrat tua jelas membatasi diri
cuma hanya mampu berserah
agar perjalanannya dipermudah

 
Oleh: Orang lama
sajak mengenang nasib diri sendiri,
/28 Julai 2011 2:18 PM




Selasa, 2 Ogos 2011

TUGU (1)




 sajak terutama

Tugu itu terjemur lamanya disitu,
banyak mencatatkan orang terkubur
tapi masihkah ia seperti kelmarin,
bersama letusan yang hingga kini
masih belum merdeka
di jalanan yang ada seribu pasir
Ibu Tiwi bersenandung
dalam linangan air mata berkaca
mengenang apa yang dicuri
orang tetangga tak tahu
cara mengenang budi walau
dia menjaga untuk mereka
tapi keangkuhan kuasa menguasainya
tapi sebelum bangkai saudara kami
kelihatan enak ketimbang warung
jadi kita harus bangkit!
sebelum pemimpin kita
dijadikan tugu di kemudian hari!

 
Oleh: Pak Bostamam
sajak pejuangan politik/28 Julai 2011 2:09 PM
sempena hari angkatan tentera.






Isnin, 1 Ogos 2011

KHUTBAH DI RUMAH IBADAH (2)




sajak utama
 
Ada khutbah di rumah ibadah itu
tapi ada kata-katanya
yang menyerap didalam jiwa
tapi ia kehilangan bahasa
ada juga kata-katanya
berkembang didalam dada
tapi kehilangan warna dan makna
hidup terus berlalu tanpa resah
sungai mengalir arus dalam riaknya
muara menghitung jarak dengan senyap
tapi apa yang sedang
si pencerita itu lantunkan
dalam khutbahnya?

 
Oleh: Emily Osman
ketika tunggu kekasih sy solat jumaat terdengar org berkhutbah 
tp mcm bukan cerita psl agama 29 Julai 2011 1:08 PM