Sabtu, 7 November 2015

AMANAH SATU NILAI KETAKWAAN ALLAH SWT





114 AMANAH SATU NILAI KETAKWAAN ALLAH S.W.T


Amanah Allah kepada kita
pada langit bumi dan alamnya
Allah telah memberi peranan amanah
kepada sekalian makhluk yang diamanahkannya
Setiap manusia pemimpin amanah di atas diri mereka
Gagal jadi pemimpin tanggung jawab di atas diri sendiri

Amanah itu kerjanya ibadat
memberkati segala rezeki yang halal
mendapat kebahagian kehidupan berkeluarga
Jangan sesekali  mencuri tulang dan mengelat kerja
kerana kerja diamanahkan mesti dipikul dengan saksama
 Jangan melaksanakan sebarangan atau lebih kurang saja.

Amanah juga satu ketakwaan
Perlulah melakukannya seikhlas hati
Mengikut dengan Kerjaya dari upah kita dapati
Perlu  kesamaan dan keseimbangan dalam bekerja
wahasil yang kita dapati dan perolehi menilai halal rezeki
Bagi  ketenangan  kebahagian hidup dari nilai ketakwaan.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 2.00 petang
Jumaat 6 hb November 2015.

NASIB SANG SELADANG


 

113.NASIB SANG SELADANG


Nasib Sang seladang
Berapa kali sudah main
Berapa kali sudah tumbang
Banyak kalah dari menang.

Biarpun tak pernah tersingkir
Dari perlawanan Liga Super
Kalau dibiarkan berterusan
Dikhuatiri terkeluar juga nanti

Perlu segera diperbaiki sekarang
Ada petanda nyata kelemahan
mudah sangat tersingkir awal
Penyakit parah buat Seladang.


Oleh Viger
catatan Jam 7 pagi
Tanggal 6hb November 2015.


Isnin, 2 November 2015

.SATU PETANDA BUAT KITA



109.SATU PETANDA BUAT  KITA

Satu petanda alam petaka akan bermula
apabila beburung lelayang terbang rendah
lari mencari pelindungan tidak tentu hala.
pasti  musim tengkujuh akan datang melanda.

Orang Pantai Timur perlulah bersiap siaga
banjir besar nampaknya akan bertandang
jauhkanlah  dari musibah  atau kemalangan
kami  ini lemah tidak terdaya menghadapinya.

Apa pun kami tetap berusaha dan berikhtiar
cuba mengelakkan diri daripada mala petaka
sebagai satu ujian dariMu  menilai keimanan
sehingga musim tengkujuh berhenti dan pergi

Oleh: Nuri Manja,
catatan jam 5.petang
Hari Isnin 2 November 2015.