Jumaat, 9 Oktober 2015

AWAS! IMAN KITA JUGA BOLEH TERCABUT





86.AWAS! IMAN KITA JUGA BOLEH TERCABUT

Iman seorang juga boleh tercabut bila kita menolak
Bila tidak bersyahadah kepada dua syahadahtain
Malah iman juga boleh tercabut bila kita beritiqat
Terutama pada hati, perbuatan dan ungkapan kata
Contoh paling mudah berniat dalam hati kita terasa
Karut Islam buat apa solat puasa, zakat dan kerja haji
Pada perbuatan pula kita menyangka kita perlu sujud
Pada pokok, busut, sungai gunung, hantu jin, syaitan,
Lalu kita pun meminta pada dukun, bomoh atau pawang
Mereka boleh bantu menyelesaikan masalah kita seharian.
Pada ungkapan kata pula kita sering terlupa atau sengaja
Alamak, Ya Rabbi budak ini?, Tok Pawang ini ada kuasa
Kalau bukan kerana doktor merawat kami dah lama mati
tiga perkara yang perlu kita jaga dan pelihara setiap masa
Agar iman kita tidak mudah tercabut dari hati kita semua
Maka waspada lah pada niat, perbuatan dan ungkapan kata kita


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.40 pagi
Hari Jumaat 9 Oktober 2015.

Rabu, 7 Oktober 2015

KITA BERENTAB KETIKA ILHAM PUN DATANG





KITA BERENTAB KETIKA ILHAM PUN DATANG


Bukankah kita cuma makhluk biasa sahaja
Lahir dari perkongsian titisan air putih najis
Lalu diberi organ isi kulit dan tulang belulang
Membesar lah kita dari alam rahim ke alam fana

Bila dewasa telah diberi akal fikiran
Bagi menilai erti se buah kehidupan di dunia
Kemudian di masukkan ilmu  dan tawakkal di hati
Maka jadilah kita seorang yang beriman dan bertaqwa

Dalam minda kita dimasukkan berbagai ilham
Segala cerita baik dan buruk sering digambarkan
Kekadang di antara hati dan nafsu sering memberontak,
Bila Berjaya di hasut oleh makhluk bernama syaitan

Jika iman seorang kita masih kental dan kukuh
Gambaran dan hasutan syaitan dapat ditewaskan
Jika hati ditawan hawa nafsu segala dorongan diikuti
Maka ilham yang Allah berikan hilang begitu sahaja.

Ilham itu datang melalui taufik dan hidayah Allah
Sedangkan kerja onar dan mungkar bisikan syaitan
Berentap lah kita di antara dua persempangan ini
Jika Berjaya selamat jika gagal kecundang akhirnya.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan Jumaat 3,00 petang
Tanggal 25 September 2015.


Selasa, 6 Oktober 2015

KEINDAHAN YANG TELAH DICEMARI



85. KEINDAHAN YANG TELAH DICEMARI

Bagaikan ada satu cerita simbolik
Pada suasana tanah tumpahnya darahku
Pemandangan yang indah yang mesra alam
Kini telah dicemari dengan kabus panas kemarau

Segala  aktiviti kita bagaikan terhenti
Pengurusan harian juga tidak berjalan lancar
Kanak-kanak dan orang tua menjadi mangsa
Kerana alahan sesak nafas dan penyakit asma

Bila jerebu menghalang pergerakan kita
Segala perancangan banyak yang tergendala
Perjalanan penerbangan di udara juga terhalang
Elok kita menjauhkan diri dari apa yang tidak diingini

Oleh: Nuri Manja,
Catatan Ahad jam 10 35 pagi
Tanggal 4hb  September 2015.

Sabtu, 3 Oktober 2015

BILA ISTERI KURANG PENDIDIKAN AGAMA




BILA ISTERI KURANG PENDIDIKAN AGAMA

Begitulah jadinya keadaan sekarang
Bila isteri terlalu kurang pendidikan agama
Banyak perkara yang dilarang Islam isteri lakukan
Berpakaian lah menutup aurat jangan nampak bentuk badan

Tetapi nasihat itu tidak diamalkan
Malah berani mendedah pakaian sendat ketat
Ada juga yang meminta arah suami beli pakaian seksi
Itulah yang telah terjadi kini bila isteri mengongkong suami.

Bila si isteri tidak menjaga maruah
Hak suami ke atas isterinya dikira berdosa
Malah jangan mengharap kan menjadi isteri solehah
Apabila mati orang angkat kerandanya mayat menjadi berat.

Justeru itu sebaiknya ikut lah nasihat
Setiap panduan ajaran Islam jangan dilupakan
Maka si suami jika pilihlah isteri perlu ada ke imanan
Mestilah kuat pegangan agama, keturunan harta dan rupanya.

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.30 pagi sebelum subuh
Tanggal 29 September 2015.

ILHAM ITU BAGAIKAN KURNIAAN ALLAH




84, ILHAM ITU BAGAIKAN KURNIAAN ALLAH


Ilham itu datang bagaikan kurniaan Allah
Tidak diundang tidak akan datang dengan mudah
Jika kita tidak nampak sesuatu permasalahan
dalam perjalanan kehidupan kita seharian
Biasanya aku  mula berfikir dan mencari sebab
Walaupun aku menulis bukan kerana nama
Sekadar suka-suka mengisi usia meniti senja
Apa yang aku tulis bila ilham itu telah datang
Lantas  mengajak aku untuk menulis melahirkannya
Sebuah puisi aku sendiri tidak tahu di mana puitisnya?

Kekadang berbulan dan bertahun lamanya
Bila Ilham itu datang aku gagal melahirkannya
Bukan lah sesuatu yang mudah bagi kita mencatat
setiap ilham yang datang secara mendadak atau pelahan
ada juga yang datang tidak tentu masa dan keadaannya
Kekadang sedang membaca akhbar atau mendengar radio
Atau pun menonton Tv atau melihat peristiwa di depan mata
Bila kita gagal mencatat terasa terlepas satu peluang
Untuk menunggu peluang yang kedua entah bila masa
Ilham yang Allah S.W.T kurnia kan bukan untuk semua orang.

Oleh: Nuri manja
Catatan jam 7.30 pagi
Jumaat 2hb September 2015