Rabu, 26 Ogos 2015

AGAK ANIH DAN MENGHAIRANKAN?





 AGAK ANEH DAN MENGHAIRANKAN?  


Agak aneh dan menghairankan juga?
Mungkinkah kerana minda telah dicelarukan
Akibat mabuk kuasa dan menyokong agenda gila-gila
Mangsanya orang melayu sendiri dan bertelagah sesama kita.

Angkara cuma seekor lembu tua
yang gemar membawa lumpur dan najis
maka sesiapa yang terkena palit terima lah baunya
sebagai bersubahat untuk menjayakan agenda nawaitu jahatnya.

Kini saban hari kian tenat nampaknya
Ramai orang kita yang siuman terperangkap sama
Untuk melangsungkan agenda mabuk dan merampas kuasa
 Berlakukanlah hasutan beradu domba dan demontrasi dijalanraya.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 pagi Rabu
Tanggal 26 Ogos 2015 Teluk Kumbar.


Selasa, 25 Ogos 2015

DUNIA DI AKHIR ZAMAN





DUNIA DI AKHIR ZAMAN


Kata nabi akan berlaku
Perkara luar biasa di satu masa
Di mana ketua bagi orang Islam bukan seagama
Lalu umat Islam mudah mengikut arahan telunjuk mereka
Sehingga yang tenat dicelarukan minda sanggup melakukannya
Walaupun di arah dan diminta ikut masuk ke lubang biawak tidak mengapa.

Disebabkan pengaruh wang
Dan kebendaan hidup di dunia ini
Orang Islam yang tipis iman lupa segala-galanya
Cuma membeli dengan janji, ada gelaran, pangkat dan harta
Maka orang-orang kita yang beragama Islam terus terperangkap
Lalai dan lena dibuai mimpi-mimpi indah yang di umpamakan syurga dalam dunia.



Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7 .15 pagi Isnin
Tanggal 16 Ogos 2015 Teluk Kumbar.


Isnin, 24 Ogos 2015

MENILAI WATAK DIRI SENDIRI






 MENILAI WATAK DIRI SENDIRI


Dalam kehidupan ini watak memainkan peranan penting
Pada hati, jiwa, hajat dan tujuan memburu kehidupan
Jika seorang pelakon wataknya menghidupkan cerita
Untuk menyakinkan penonton pelakon banyak berpura-pura.

Tetapi bagi watak dalang yang tidak mempunyai skrip ini
Terlalu mudah buat siapa sahaja untuk melakukannya
Kerana dia terlalu mudah buat sahaja asalkan orang marah
Dan boleh menyakinkan dan dapat menghidupkan jalan cerita

Untuk sesiapa mengetahui watak yang anda lakon kan hari ini
Nilai lah kembali apa kejayaan anda dan dari mana hasil usahanya?
Sebagai seorang boss atau buruh kasar atau kerja apa sahaja
Berjaya atau tidak Berjaya itulah watak sebenar yang anda lakon kan ..


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 5.05 pagi jumaat
Tanggal 21 Ogos 2015 di kamar sepi.

Jumaat, 31 Julai 2015

SESEKALI






SESEKALI

Sesekali
Aku jadi begung
Memikirkan hidup ini
Bila mati kita kemana ya?
Apa pula kesudahannya kita ?

Sesekali
Aku terasa ingin tahu
Tidak kah Tuhan itu bosan
Bila melihat tingkah laku kita
Kerana hidup penuh dengan dosa-dosa?

Oleh: Nuri manja
Catatan 30 Julai 2015,
USM Asrama Bakti . jam 10.45 pagi.

Isnin, 13 Julai 2015

BICARA PUISI RAMADAN



AKHIR 10 RAMADAN


Ada suara
di hujung sepi
terdengar sayu sedu
seorang Shaiful soleh
air mata jatuh berjujuran
di dua pertiga malam syahdu
kerana enggan melepaskan
ramadan malam seribu bulan
yang datang setahun cuma sekali
setia menziarahinya di kamar sepi …...

Oleh; Nuri manja,
seorang ahli sufi di malam sepi,
26, Ramadan, 1436H