Ahad, 11 Januari 2015

FIRAUN MENEMPAH JALAN KE NERAKA



FIRAUN MENEMPAH JALAN KE NERAKA

Firun nama universal
Hidup ingin jadi pemimpin
Disanjung dikelilingi orang ramai
Kerana mahu  memerentah  dan berkuasa .

Orang inginkan ke Syurga
Tetapi Firun akan cuba memimpin
Pengikutnya ke jalan menuju api neraka
Baca gambaran kehadapan dalam surah Hud.

Firun ingin disanjung dan dipuja
Orang ramai mudah tunduk mengikutinya
Mengarah pengikutnya tanpa ragu dan bimbang
Maka jadilah seperti kebodohan yang cukup melampau .

Oleh: Suara Pulau,
Tanggal 4/05/2014 /6 ptg.

Sabtu, 10 Januari 2015

BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT ADA HIKMAHNYA


BERIBADAH KEPADA ALLAH SWT ADA HIKMAHNYA

Ibadah kita menilai keimanan
Sebelum  dapat pengiftirapan Allah SWT
Bagi mereka yang banyak bermuhasabah,
bermesyauwarah dalam menilai hikmahnya.

Setiap ujian yang berlaku itu
Hanya bagi orang yang beriman sahaja
Setelah kemanisan beribadat itu dirasainya
Maka segala nekmat yang dikecapi  cukup  hebat .

Kemurkaan  boleh berlaku jua
Kepada sesiapa yang dikehendakinya
Bila seorang itu yang kuat iman dan keyakinan
Cuma fasrah hati peribadatanya kepada Allah swt.

Siapa yang bertakwa dan beriman
Akan mendapat kelepasan dan kesusahan
Terkadang digantikan dengan rasa kemudahan
Dengan segala lempah rahmah dan nekmat rezikiNya.

Oleh: Nurimanja,
Catatan Tanggal 19 April, 2014.


Khamis, 8 Januari 2015

DUNIA INI CUMA TEMPAT PERSINGAHAN



DUNIA INI CUMA TEMPAT PERSINGAHAN


Di sinilah kita singgah buat seketika
bagikan ziarah melihat bulan dan matahari
bagi menekmati suasana siang dan malam
lalu mencari mengumpul akan segala bekalan
untuk dipunggut dibawa tanpa dibebani.

Di pelabuhan ini kita cuba menanam
sebanyak mana pokok benih zikirullah
dengan mengharap pepehon yang rendang
serta dapat menekmati buah yang manis
di bawahnya kita berjalan dengan teduh.

bukankah persingahan diperlabuhan ini
tiada siapa pun kekal cuma sementara
hitunglah berapa lagi baki usiamu kini
segera mencari bekalan sebanyak mungkin
buat merengankan kemudahan timbangan nanti.

usia sebaya nabi sudah amat memadai
nilai bonos bila menjangkau usia lebihan
pastinya lebih banyak kita memungut hasil
bukan dengan percuma usia terbuang begitu
kerana cinta di pelabuhan ini tidak abadi.

Bila singgah di pelabuhan sementara ini
jangan diperhitungkan akan usia yang ada
amal memetik ibadat dan mengumpul pahala
ambillah sebanyak mungkin yang boleh dapat
agar kita tidak menyesal di hari akhirat.


Oleh; Nurimanja,
Catatan malam hari, jam delapan .
tanggal 20 June, 2014.

Ahad, 4 Januari 2015

IMAM ITU YANG SEPATUTNYA DITAULADANI




IMAM  ITU YANG SEPATUTNYA DITAULADANI

Iman itulah sesatunya idola kita,
bagi para jemaah makmun mengikutinya
doanya masin dari seorang yang bertaqkua
biasanya mustajab mengharapkan keberkatan
itulah sorang imam sepatutnya menjadi tauladan
dan berbeza dengan makmun yang menjadi pengikutnya.

Imam juga sebagai ibubapak kepada kita,
orang yang tidak ada tolok bandingnya
contoh Abu Hanifah seorang iman yang mithali
ketika serbannya dicuri dia menghalalkan sahaja
walaupun si pengambil gantikan dengan serban buruk.

Imam semestinya seorang yang warak,
dan ada keistimewaannya yang tersendiri
barulah pengikuti terasa ada keyakinan diri
kerana dia membawa kearah keiklasan dan kebenaran
untuk menilai sebuah kehidupan di duniawi dan akhrawi.

Oleh; Nurimanja,
hujung senja jam sebelum maghrib.
catatan penceramah bebas muda 2hb,Julai 2010.

Sabtu, 3 Januari 2015

MUHAMAD YA RASULLULLAH


.MUHAMAD YA RASULLULLAH
Sempoena maulidurrasul hari ini

12 Rabiul awal tahun Gajah
Lahirnya Muhamad anak Abdullah
Di tengah  zamn keruntuhan akhlak
hidup cuma mepertuhankan kebendaan
lahir anak perempuan ditanam hidup-hidup,
Aqidah  menyembah berhala, bertenung nasib
perempuan, arak, zina, judi dan penjualan hamba,
Tarian gelek, berkasidah dan syaeir agenda utama mereka.
Hidup berdusta yang kaya menintas si miskin dan papa kedana

Telah datang lelaki pilihan
Al Amin namanya  yang diberi,
Utusan membawa rahmat seluruh alam
bersykurlah wahai insan  kepada Allah SWT
kerana memberi sinarnya ke seluruh alam maya
membela nasib wanita dan membebaskan hamba
dari cengkaman musuh pembesar Arab  durjana
hapuskan manusia  bertopengkan kepentingan dunia.
kini bebaslah sudah segala sangsara hamba yang terinanya.

Oleh ; Nurimanja,
12 Rabiulawal 1436 Hijrah
 Pulau Mutiara Salam rakyat Islam 1 Malaysia.