Ahad, 28 Disember 2014

SERIBULASIKAN




Sabar itu
amat mulia dan baik
akan merasa ketenangan pada dirinya.

Seribulasi
Sikap mendekatkan
Semangat berdampingan diri pada Allah.

Demi ujian
Lalu ditaati semua ibadat
Semuanya dilakukan  kerana Allah SWT

KepadaNya
Kita merasai kemanisan
Ketika madu kita dapat dalam ibadat zahiriah.

Oleh: Nurimanja,
Catatan Tanggal 18  April 2014.

BICARA KITA SESAMA KITA DI BLOG SAHAJA






Maaf rakan!
Kami Cuma suka berseloka
Khasnya buat kita sesama kita
Jangan rasa ragu dan bimbang
Kita sekadar cuma sembang-sembang?

Cerita yang baik
jadikanlah tauladan
cerit yang buruk jadikalah sempadan
Kita sesama kita bagaikan air
Mana mungkin jika dicincang boleh putus?

Justeruitu ingat!
Lapangkanlah dada
Terimalah  dengan seikhlas hati
Bahawa hidup ini cuma sementara sahaja
Berbicaralah sebelum kita meninggalkan dunia fana in….

Oleh Pena Utara
Sajak Percubaan anak muda kita
Catatan 22hb Mei, 2014. 

Jumaat, 26 Disember 2014

BICARA PUISI TERKINI RERAKAN CITRANURI KELANTAN HAMPER LUMPUH





Kelantan  diakhir tahun
Masih lumpuh dicengkam banjir besar  2014
Kau melanda lagi dibumi cik siti wan kembang ini
Dulu 2004 Bandar kota baru terputus perhubungan.
Kini Bandar Gua Musang dan Kuala Krai paling teruk diserang.

Keadaan menjadi kelam kabut
Banyak kehilangan dan Kerosakan harta benda
Mencecah jutaan ribu ringgit permis peniagaan ditutup
Para pelancong juga  membatal kan segala perjalanan
Dimanakah silapnya kita? Atau menganggapnya sebagai ujian?

Kelantan Cik Siti Wan Kembang
Kedamaian daerahmu  kian tercabar dan resah
Bincana banjir  besar  menegelami  10 daerah lebih parah
Dari cemuhan kemelut politik dengan agenda hudud lamanya
Rakyat terseksa dengan musibah lepas kemarau banjir besar pula.

Oleh: Tinta Azimat
Bicara apa yang dilihat
Catatan Tanggal 24 Disember 2014