Ahad, 2 September 2012

KEMRDEKAAN JIWA PERLU DIUTAMAKAN






Buat mereka yang mengerti

Kemerdekaan
Satu kebebasan jiwa
Dari cengkaman hawa nafsu
Jika anda masih mengejar emas dan dinar
Kedudukan, pangkat dan harta dan kuasa
Ternyata kebebasan dan kemerdekaan belum sempurna
Jika di hati jiwa hawa nafksu kita  masih gagal dikawal
Meronta, malah dikuasai rasa tamak haloba di dunia fana ini

Kemerdekaan
Juga diistilahkan sebenarnya
Bukan Sekadar bebas dari cengkaman penjajah
Atau ekonomi, pendidikan, kesejahteraan dan keamanan
Tetapi kebebasan yang diharapkan dari jiwanurani kitasendiri
Yang sring dirasuk oleh syaitan dan hasutan hawa nafsu
Yang lebih dahsat ditakuti dan ngeri
Perlulah kita bebebaskan diri.

Jika kita dipenjara,
Setelah dibebaskan kita pun bebas dan merdeka
Tetapi kebebasan dan kemerdekaan hati dan jiwa terlalu sukar
Malah ramai orang yang gagal dan tersungkur untuk menentangnya.


Oleh: Nurimanja
2hb September, 2012
Cuma buat renungan gambar hiasan.




Sabtu, 1 September 2012

ANAK KECIL MENYAMBUT MERDEKA




Anak kecil menyambut merdeka
Ikat bendera di belakang basikal
Tempek sorak dan gegak gempita
Pusing taman dan masuk desa
Sambil melaung sebut MERDEKA.

Diraup wajah nampak riang  ber gimbira
Berarak  dan mengebar jalur gembilang
Biar tidak mengetahui arti kemedekaan
Asalkan aman damai selamat sejahtera
Hidup senang dan bebas kemana sahaja.

Kanak-kanak merderka satu Malaysia
Hidup jangan terlalu leka membuang masa
Kerana kamulah Genderasi warisan bangsa
Janganlah  tersalah membuat perhitungan
Masa depan negaradi tangan anda semua.


Oleh; Nurimanja,
Getak Sanggul, Penang.
29hb, Ogos, 2012.