Ahad, 2 September 2012

KEMRDEKAAN JIWA PERLU DIUTAMAKAN






Buat mereka yang mengerti

Kemerdekaan
Satu kebebasan jiwa
Dari cengkaman hawa nafsu
Jika anda masih mengejar emas dan dinar
Kedudukan, pangkat dan harta dan kuasa
Ternyata kebebasan dan kemerdekaan belum sempurna
Jika di hati jiwa hawa nafksu kita  masih gagal dikawal
Meronta, malah dikuasai rasa tamak haloba di dunia fana ini

Kemerdekaan
Juga diistilahkan sebenarnya
Bukan Sekadar bebas dari cengkaman penjajah
Atau ekonomi, pendidikan, kesejahteraan dan keamanan
Tetapi kebebasan yang diharapkan dari jiwanurani kitasendiri
Yang sring dirasuk oleh syaitan dan hasutan hawa nafsu
Yang lebih dahsat ditakuti dan ngeri
Perlulah kita bebebaskan diri.

Jika kita dipenjara,
Setelah dibebaskan kita pun bebas dan merdeka
Tetapi kebebasan dan kemerdekaan hati dan jiwa terlalu sukar
Malah ramai orang yang gagal dan tersungkur untuk menentangnya.


Oleh: Nurimanja
2hb September, 2012
Cuma buat renungan gambar hiasan.




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

Selamat menyambut merdeka!
Salam sejantera buat anda yang mengerti dan yang masih belum mengerti arti sebuah kemerdekaan.
Atau yang masih suka dan minat mempertikaikan arti sebuah kemerdekaan.

Apa pun perlu menjadikan diri kita sebagai hati: Dari sudut manakita menilainya? Adakah kita benar–benar sudah merdeka? Jika hati dan jiwa kita masih gemar bersekognkol melakukan perkar-pekara yang agak negetif dan menyusahkan orang lain , sengaja suka menjadikan suasana huru hara. Ternyata kemerdekaan anda Cuma diluar atau zahir sahaja menekmati apa yang anda lihat dan rasa.

Tetapi dalam hati dan jiwa anda masih terbelengu dan dicengkam kuasa penjajahan di hati yang belum lepas bebas dari rasa kecelaruan minda yang mungkin dikuasai oleh orang atau pihak tertntu, sehingga anda tidak bebas dan buntu.Kalau begitulah keadaannya,anda saudara sIlam yang kami kasihi sekelian masih belum bebas dan merdeka. Harap kmbalilah ke pangkal jalan. Nabi juga sering berdoa kepada musuh-musuh Islamnya , dan tidak membalas dendam dengan apa yang mereka lalukan terhadap dirinya. Amin.

Qalam Mutiara.

Tinta Azimad berkata...

cerpen bersiri ke 4
bertajuk;Matahari Merah Dirembang Petang .
Oleh Nurimanja


Ini mungkin saki baki komunis yang tinggal di hulu sungai semak ini telah melarikan diri Kerana diburu pasukan keselamatan membuat operasi pembersihan kawasan hitam.

“Tetapi bagaimana kau dapat pulang ini?”

“Setelah aku sakit mereka menyuruh aku pulang,”

“Keparatttt!!.. Jahanam sungguh pengganas komunis ini.”

Tiba-tiba perasaan marah dan geramku timbul di hati, jika aku ikutkan perasaan marah Ini mahu sahaja aku pergi mencari dan membunuh pengganas komunis itu.

Waktu tubuhku bergementar, jari-jari tanganku pula menjadi keras, urat-urat tanganku naik tegang, aku tidak sabar lagi dinding pondok itu tempat aku melepaskan geram. Bila aku sedar, baru aku terasa gengaman penumbuk sebelah kanan terasa sakit dan pedih.

“Sandin, aku berjanji , demi mata hari merah dirembang petang ini, aku akan bertindak Sandin,aku akan bertindak, kau lihatlah nanti,” marahku terasa meruap-ruap tidak seperti dua tiga hari yang lalu, aku menjadi kecut dan takut.

“Apa yang hendak kau lakukan? Kita tidak dapat keluar dari kawasan ini Nurin,” celah Sandin pula ingin mengingatkan aku.

“Aku tahu itu semua, tetapi kawasan ini mesti diselamatkan daripada ancaman pengganas komunis itu”, aku seperti tidak sabar lagi, kalau ada sayap sudah lama aku terbang.

“Jangan Nurin, jangan kau buat satu tindakan yang membahayakan dirimu, pengganas itu tidak kira siapa Nurin, dia akan membunuh siapa saja,” Kata Sandin, dia seperti mahu menahan aku dari meninggalkan tempat itu.

“Aku tahu Sandin, tetapi aku tidak boleh membiarkan kau dalam keadaan bigini, kau tentu diserang malaria,kau perlu diubati segera,”kataku pada Sandin.

“Biarlah aku disini, sakit atau mati,”
“Tidak Sandin,”kataku memotong,
“Jadi kau hendak pergi juga?”
“Ya, biar aku pergi meluluskan diri, aku tak mahu penduduk disini fikiran mereka telah diracuni pihak komunis bedebah itu” Aku perlu bersiap sedia untuk meninggalkan tempat itu Sandin menggeling-gelingkan kepalanya.


BERSAMBUNG ……..5

Qalam Mutiara berkata...



Ali Conan berkata...

98.TIAP SUJUDKU SIANG DAN MALAM (P)-1

kucoba mencari di langit malam,
diantara gugusan terang bintang
antara tanda fajar menyinsing
seberkas sinar mentari pagi.
dari subuh hingga ke issasemula
aku kembali melihat alam semesta
terlalu besar untuk dijelajahi
ternyata aku menemukan cahayaMU
dalam tiap sujudku siang dan malam
Ya Rabbi wahai Tuhanku ……


Oleh: Ali Conan
sajak ketuhanan/1 September 2012 2:52 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.

Sdra Ali Conan ganti Ku Diana kembali lagi dengan sajak bertajuk: TIAP SUJUDKU SIANG DAN MALAM.Tema saja ketuhanan nampaknya. Pengucapannya mengelirukan tapi punyai artinya yang tersembunyi. Mesejnya menyentuh tentang kehidupan yang dialaminya, munkin sadikit kurang senang dengan apa yang berlaku nampaknya.Apa pun diberi peluang dan Apa pun diberi peluang dan terpilih ke final akhir untuk tempat pertama (LT1)

Qalam Mutiara berkata...



Dam Catur berkata...

100.LEPAS DARI BUSUR (P) -2

Aku ingin lepas dari busur
lebih pantas menembus angin
setepat menuju ke tempat sasaran
Tidak akan kubiar waktu mengalahkan
di ketika aku terus berlari mengejar
tidak kubiarkan secuit harapan terkulai
Aku telah meniti pelangiku sekian lama
menyebrangi lautan menembus angkasa
semua itu demi cita-cita yangmengunung
mencari sebuah kemenangan peribadi
buat merangkul kerinduan kejayaan

Oleh: Dam Catur
sajak demi mencapai cita-cita dah 3tahun sy simpan sajak ni
1 September 2012 2:57 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.

Sdra Dam Catur kembali lagi dengan sajak bertajuk: LEPASKAN BUSUR Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannyaada sadikit pembetulan tapi punyai artinya yang penuh berarti. Mesejnya menyentuh tentang semangat memburu cita yang sekian lama diidamkannya demi memburu kejayaan..Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 2 (LT2)

Qalam Mutiara berkata...



Tetamu Malam berkata...

99. MELINTAS DI KAKI WAKTU (P)-3

kotak rindu dihujung takungan jalan
tatkala senjakala aku gementar
mencuba melintas di kaki waktu.
bersama jembatan tua dan anak kecil
tidak siapa yang mahu megetahui
semua hanya diam tak merangkai,
menyusup di rahang kemarau.
laut yang menggelembung
mendengung menyepi kembali.

Oleh: Tetamu Malam
sajak simbolik sy sendiri pun xpaham pinjam
dari rakan yg lebih tua dari sy/1 September 2012 2:54 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.

Sdra Tetamu Mala ganti Tengku Zuber kembali lagi dengan sajak bertajuk: MELINTAS DI KAKI WAKTU Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya semacam mengelirukan tapi punyai artinya yang tersembunyi. Mesejnya menyentuh tentang kehidupan yang dialaminya, munkin sadikit kurang senang dengan apa yang berlaku nampaknya.Apa pun diberi peluang dan Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 3 (LT3)

Qalam Mutiara berkata...


Capricorn berkata...

97.TERGANTUNG DOA (P)-4

tanganku menggantung di segenap doa
namun hati terucap rasa tak percaya
akan adanya keadilan di dunia ini
sejenak hujan mendinginkan diri
tapi kembali terluka kehilangan
biarkan langit menangis semahunya
biarkan nafas terhenti buat kematian
agar selamanya tak ada lagi
cinta membunuh seorang pecundang
seperti aku yang kini dalam kekecewaan.

Oleh: Capricorn
sajak putus tunang pada malam raya/1 September 2012 2:50 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.

Sdra Capricorn kembali lagi dengan sajak bertajuk: TERJERUMUS Tema sajak kecewa nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan tapi punyai artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang kehidupan yang dialaminya, munkin sadikit kurang senang dengan sebab putus tuning dan kini dilanda kekecewaan. Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 4 (LT4)

Qalam Mutiara berkata...


Saudagar Emas berkata...

101.BENGIS (P)-5

Detek malam bersudut takut
Rupa waktu terus terhanyut
Dalam sangkar Sang Kelam
Sang Bulan sembunyi entah kemana
Riuh angin berperang dijalanan
Hujan mengeluh di padang kegelapan
Mereka melukis mengais
tetapi dalam wajah bengis
Tanpa syair syahdu mereka berbaris
Menyatu dalam pelangi malam…

Oleh:Saudagar Emas
sajak dari org tua sy sbb sy mmg dh hajat kalau dpt ke 16 terakhir sy nk bagi sajak dari org tua sy sy politik klu x salah/1 September 2012 3:00 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.

Sdra Saudagar Emas ganti Putera Damen kembali lagi dengan sajak bertajuk: BENGIS Tema sajak berbau politik katanya. Pengucapannyaada bersahaja dan bersimbolik tapi punyai artinya yang tersembunyi. Mesejnya menyentuh soal isu semasa tanah air munkin ada yang kurang menyenangkan hati nampaknya. Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 5 (LT5)

Qalam Mutiara berkata...




Malik Wariya berkata...

111.SECUIT DERITA (P) - 6

Sepertinya aku sudah kalah
Menatap langit membuta
Lantasku sela nafas yang tersisa
Meskipun terkucil dari dunia
Namun entah berdosakah aku ini
Sebentartadi nadiku mengalun lambat
Sesekali tertahan tetapi
engganku mengalah didepan pencipta
Sekiranya perjalananku ada arti
Setidaknya hidupku bermakna
walau hanya secuit derita

Malik Wariya
sajak simbolik derita/1 September 2012 3:32 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.

Sdra Malik Wariya kembali lagi dengan sajak bertajuk:SECUIT DERITA Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya ada bersahaja punyai artinya yang tersembunyi. Mesejnya menyentuh tentang kehidupan yang masih dihimpit sadikit penderitaan tapi demi memburu kejayaan usaha tetap diteruskan...Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 6 (LT6)

Qalam Mutiara berkata...




Pagok Lana berkata...

110.LETIH BERTATIH (P)-7

Letih aku tertatih
Sedang kaki enggan menjejak lagi
Di atas tanah yang kupercaya
Pikiranku bergegas ingin berlari
Walaupun sementara
tak mahu lagi aku bersabar
aku sungguh letih
tersungkur di sudut bumi
Terkapar memeluk semangat yang mati
Seketika kudekap mimpi tak berarti yang tak berarti.

Pagok Lana
sajak mengenang nasib yang menimpa diri sendiri/1 September 2012 3:28 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.

Sdra PAGOK LANA ganti Puteri Lilin kembali lagi dengan sajak bertajuk:LETIH BERTATIH Tema sajak mengenang nasib nampaknya. Pengucapannyabersahaja tapi punyai artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh soal peribadi mungkin nasib malang atau musibah yang sering dating bertandang . Apa pun ini semua ujian dalam kehiupan yang penuh dengan cabaran...Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 7 (LT7)

Qalam Mutiara berkata...


Petualang Tiga berkata...

104.LEMAH BERSUARA (P) - 8

Lemah suara bernada getir
bertabur benih tumbuh berjajar
seketika hati terasa sendu dan pilu
melayan hati jauh melayang
ibarat gugur tumbuh kembali
bertunas daun berbunga merah
jangan biarkan hilang wangi kasturi
menatap jauh hingga tak berujung
biarkanlah berlalu lepaskan pergi
kerana kisah masa lalu terasa perit
untuk kembali dikenang dilipatan hati.

Oleh: Petualang Tiga
sajak kekecewaan ditinggal kekasih/1 September 2012 3:07 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN SEPARUH AKHIR DAN AKHIR.

Sdra Petualang Tiga kembali lagi dengan sajak bertajuk:LEMAH BERSUARA Tema sajak simbolik kekecewaan nampaknya. Pengucapannyaada sadikit pembetulan tapi punyai artinya yang tersembunyi. Mesejnya menyentuh tentang kisah peribadi kehidupan sesuatu yang berlaku dan telah berlalu amat perit untuk dikenang. Apa pun diberi peluang dan Terpilih ke final untuk tempat ke 8 (LT8)

Tinta Azimad berkata...

CERPEN BERSIRI
MATAHARI MERAH DIREMBANG PETANG.
SIRI 6 OLEH : NURIMANJA.


Malam itu aku memang tidak ada jalan lagi, di sungai aku lihat air sedang surut ke kuala, dengan tidak membuang masa lagi aku berenang ke tengah sungai mengikut arus air, nasib aku baik, ada sebatang balak hanyut aku terkapuk di atas batang balak sebesar dua pemeluk itu. Kemudian aku pun hanyut bersama sampah sarap mengikut putaran arus sungai menuju ke kuala.

Setelah melewati dua tiga teluk, aku ternapak sebuah bot peronda pihak pengganas komunis, sesekali lampu suluhnya menyelinap ke permukaan air, dalam hatiku mula cemas dan bimbang serta mencurigainya.

Sesekali aku terpaksa menyelam ke dalam air bila cahaya lampu suluh itu hamper menyelinap di atas permukaan air mengenai tubuhku.Nasib aku baik, jika tidak habislah riwarat hidupku, malah musnahlah segala harapan untuk menyelamatkan Sandin dan daerah Sungai Semak dengan penduduknya yang sadikit ini.

Semangatku berkobar-kobar untuk membantu, sesekali aku terfikir juga musuhku bukan sahaja pengganas komunis tetapi terpaksa menghadapi dengan musuh yang lain pula, seperti ular dan buaya, semoga aku terselamat.

Dalam kesejukan malam aku tetap bersabar, perkara ini mesti aku laporkan segera, jika tidak segala-galanya akan musnah, pembekalan kayu bakau juga tidak dapat dijalankan, penghuni kampung Sungai Semak juga akan dipengaruhi oleh fahaman komunis, Sandin pula akan mati diserang deman malaria.

Akhirnya aku sampai juga ke Kuala Sungai Semak, dengan tidak membuang masa aku segera berenang ke tebing sungai, waktu itu air sungai telah pun tenang, dalam keadaan sejuk menggigil, aku berjalan menyusuli tebing sungai itu segera ke pekan kecil. Beberapa ekor memerang terkejut bertempiaran lari bila melihat aku.

Setelah aku naik ke darat , hatiku pun merasa lapang dan bertekat mencari Balai Polis, kesejukan masih menguasai tubuhku, sesekali bibirku mengeletar, air sungai dari tubuhku berperecekkan, kesejukan kian mencengkam tubuhku..

Aku membatalkan untuk menemui Tauke Ah Teek yang belum tahu ada atau tiada dirumahnya.aku segera mencari pondok polis kemudian aku di bawa ke balai polis, seketika kemudian aku pun berjumpa dengan ketua Balai Polis Kuala Sungai Semak.

BERSAMBUNG…..6

Tinta Azimad berkata...

CERPEN BERSIRI
MATAHARI MERAH DIREMBANG PETANG.
SIRI 6 AKHIR
OLEH : NURIMANJA.



Setelah membuat laporan kepada pihk polis . Akhrnya tuan inseptor bersama dua buat bot Polis telah mengetuai pasukan selamatan bergerak menuju ke hulu sungai tempat aku dan Sandin bekerja.

Lewat petang , barulah aku dan kompolan itu sampai. Tuan inseptor mengarahkan dimana tempat penganas komunis itu berada, tetapi belum pun sempat aku member tahu, dari jauh kelihatan sebuah bot sedang behenti di sebuah rumah panjang di pinggir sungai.

Pelahan-lahan kami mengapiri bot itu , kelihatan mereka seang memungut barang-barang makanan daripada penduduk-penduk tempataSungai Semak itu. Seketika kemudian Tuan Inpektor Razi mengarah anak buahnya mengepung bot tersebut.

Mujurlah kami mempunyai dua buah bot, sebuah bot lagi diketuai oleh Sarjan Nuing anak Ngambab, sebuah lagi di ketui oleh Tuan Inseptor Razi sendiri. Bila bot kami hamphampiri pada bot musuh itu. Tuan Inseptor Razi member perentah kepada pihak
Musuh itu.

“Menyerah! Jangan melawan, kamu semua telah dikepung!!” Sergah tuan Inseptor Razi.Beberapa orang yang berpakaina bercelorong celoring cuba menghidupkan enjin, Ttapi malang mereka sudah pun terkepung.

“Tidakk!!”Pekek seorang daripadanya, mungkinketua daripada kumpulan penganas komunis itu. Seketika kemudian mereka melepaskan tembakkan bertalu-talu kearah kami.
“Balas tembakankk!!” Inseptor Razi bertempek kuat kepada anak-anak buahnya.



Kira-kira dua puluh minit tembak menembak berlaku. Aku lihat dari jendela bot Polis itu. Beberapa orang pihak penganas komunis telah terjun ke dalam air Sungai Semak, suasana kelihatan menjadi sepi.

Air Sungai Smak menjadi merah, Sarjan Ning segra melompat ke dalam bot penganas komunis itu,tembak menembak tiada lagi kedengaran , hatiku pun merasa lapang.Tiba-tia aku terdengar suara jeritan,

“Tuann!! Ada seorang lelaki terikat kaki dan tangan,dia telah mati ditembak tuan,”Pekek Sarjan Nuing dari dalam bot penganas komunis itu. Aku menjadi cemas mendengarnya.

Seketika kemudian lelaki itu diangkat bersama dengan beberapa orang penganas komunis yang terbnuh, Alangkah terkejutnya aku bila melihat wajah lelaki yang terikat kaki dan tangan itu. Tetiba aku telah memekek sekuat hatiku. “Sandinnnn!!!”.

Perasaan aku menjadi kacau dan sedih sekali. Sandin yang aku tinggalkan telah dibunuh Begitu kejam. “Maafkan aku Sandin, kerana terlewat memberi bantuan kepada kau..” Aku memeluk tubuh Sandin .Tuan Ïnseptor mumujuk aku, Waktu itu tepat matahari merah dirembang petang. Sahabatku Sandin pergi meninggalkan dunia fana ini dengan penuh tragedi menyanyat hati..

T A MA T.

Gibran AGi berkata...

chatbox rosak hrp2 en nuri tolong perbaiki

Saizul Maizav berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Lukiee berkata...

MAHLIGAI MALAM

kilau cahaya gemerlap diluar sana…
kudisini terdiam di kegelapan jiwa
riuh ramai suara jauh disana..
tapi kudisini termenung dikesepian
gelak tawa di kehidupan mereka..
tapiku makin terpuruk kesedihan
nurani yang tak kunjung henti
mahligai menari dikeheningan malam.

Lukiee
sajak sedih percubaan buat sajak tanpa bantuan sesiapa setelah 5 bulan sy mengikuti khusus bahasa

Nabil QUldi berkata...

ONAK

terdiam sepiku dimulut waktu
tenggelam dalam lamunan pudar
deburan ombak deru angin
malam temani sepiku
penat ku ingin teriak…
jeritan hati tak henti jadi onak..

Nabil QUldi
sajak simbolik

Ungku Zubir berkata...

TIUPAN ANGIN

walau tiupan angin bak menari..
namun tak ubati hati yang sepi
bosan tampak sang bulan tersenyum
tipis bercahaya sejenak ubati
sepi yang tak reda
jutaan bintang gemerlap dari derita
sunyi kian terasa sesakkan dada
hembusan nafas lukiskan duka
kilau lautan pantulkan cahaya

Ungku Zubir
sajak pasrah

Julia berkata...

AKHIR CERITA

Sekuntum angan tertiup pergi
luruh hanyut melayang
pupus dari ujung ingatan
seiring waktu menjemput
singgah di mimpi bayangan
memeluk masa lalu memberi coretan
langkah yang melaju jauh
menyiksakan cinta yang telah usai
kurelakan sepotong kasih
pergi di tepi akhir cerita.

Julia
sajak sedih

Badrolshah berkata...

HUJAN TURUN LEPASKAN DUKA

Aku turun bersama hujan halilintar
betapa perkasa gagahnya hidupku
Namun sayang takdirku manusia
rapuh ketika angin menerpa
murung jika langit berduka
hati mendung bak awan dimusim hujan
kerisauan halang surya sinari dunia
ketika semua telah tak berdaya
hujanku turun lepaskan duka..

Badrolshah
sajak simbolik

Ummu Akilah berkata...

NYAWAKU PERGI

Lelah sudah hati ini berlari..
kejar cahaya tak jua kuraih..
habis sudah air mata ini..
tangisi diri tak jua berarti..
kini aku sudah tak peduli
tak mau lagi ku berdiri
tunggu waktu nyawaku pergi

Ummu Akilah
sajak tekanan

Dayang berkata...

KERAGUAN

aku tak ingin teguk air kehidupan..
meski aku haus akan ketulusan..
kuterdiam di sisi gelap kesengsaraan
terombang ambing dalam kebimbangan
lalu kini aku putus harapan
kusandarkan sisa-sisa hidup kegelapan
hingga hati tertunduk dalam keraguan.

Dayang
sajak dlm dilema

Simsalabin berkata...

BERCERAMUK DAN RAPUH

gelap mendatangiku ketika sayap
keabadian menjauhi cinta ini
hanya perasaan sedih terasa klasik
menghinggapi relung hatiku…
aku menghamba pada malam
agar tak membawanya pergi
badai berceramuk memisahkan bahagia
sampai kini aku masih berharap sedikit kekuatan mempertahankan
hidup dari rapuh

Simsalabin
sajak tentang kehidupan

Qalam Mutiara berkata...


1.MAHLIGAI MALAM (TBD)

kilau cahaya gemerlap diluar sana…
kudisini terdiam di kegelapan jiwa
riuh ramai suara jauh disana..
tapi kudisini termenung dikesepian
gelak tawa di kehidupan mereka..
tapiku makin terpuruk kesedihan
nurani yang tak kunjung henti
mahligai menari dikeheningan malam.

Oleh: Lukiee
sajak sedih percubaan buat sajak tanpa bantuan sesiapa setelah 5 bulan sy mengikuti khusus bahasa/6 September 2012 2:06 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SPT 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Lukiee lama tidak muncul ? kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: MAHLIGAI MALAM Tema sajak bersedih pula nampaknya ? Pengucapannya sadikit mengelirukan tapi menarik dalam kenangan tersendiri Mesejnya menceritakan kehidupan yang dialaminya, mungkin terasa malam dalam kesepian ? dan serba tidak kena dan cuba cari dimana wujud permasalahannya? Harap maaf, cuma disini dahulu penyertaan anda, usaha lag.Terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

2.ONAK (TBD)

terdiam sepiku dimulut waktu
tenggelam dalam lamunan pudar
deburan ombak deru angin
malam temani sepiku
penat ku ingin teriak…
jeritan hati tak henti jadi onak..

Oleh: Nabil Quldi
sajak simbolik/6 September 2012 2:08 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SPT 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.


Sdra Nabil Quldi kini kembali lagi dengan sajak bertajuk; ONAK Tema sajak bersimbolik pula nampaknya ? Pengucapan pendek di awalnya sadikit mengelirukan tapi menarik dalam fantasi tersendiri Mesejnya menceritakan kehidupan yang dialami, mungkin terasa bagai rendah diri? Atau tekanan kehidupan keadaan seharian? Harap maaf, cuma disini dahulu penyertaan anda, usaha lag.Terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...


3.TIUPAN ANGIN (PDS)

walaupun tiupan angin bak menari..
namun tidak dapat mengubati hati yang sepi
terlalu bosan tampak sang bulan tersenyum
semacam tipis bercahaya sejenak diubati
namun hatiku tetap sepi yang tidak diredai
jutaan bintang bergemerlap dari derita
kesunyian kian terasa sesakkan dada
hembusan nafas bagaikan lukiskan duka
kilau lautan mengharap pantulan cahaya
semua menzahirkan pasrah rasa kekecewaan.

Oleh: Ungku Zubir
sajak pasrah/6 September 2012 2:10 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SPT 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Ungku Zubir dengan sajak bertajuk: TIUPAN ANGIN Tema pasrah nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan, namun bersahaja dan punya arti tersendiri Mesejnya semacam berserah segala mengharap tentang sesuatu kekecewaan , tapi apakah ia boleh tercapai atau diizin oleh Tuhan. Cuma dengan pasrah tanpa usaha.? Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk sayembara seterusnya (PDS)

Qalam Mutiara berkata...

4.AKHIR CERITA (PDS)

Sekuntum angan tertiup pergi
terus luruh hanyut melayang
pupus dari ujung ingatan
seiring waktu menjemput pergi
sesekali singgah di mimpi bayangan
memeluk masa lalu memberi coretan
langkah-langkah yang menghilang jauh
cuma menyiksakan cinta yang telah usai
kini aku relakan biarkan sepotong kasih
pergi dari ingatan lipatan hati di akhir cerita.

Oleh: Julia
sajak sedih/6 September 2012 2:12 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SPT 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri Julia dengan sajak bertajuk: AKHIR CERITA Tema sajak bersedih lagi nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun bersahaja dan punya arti tersendiri Mesejnya semacam tidak mahu lagi mengharap sebuah kasih sayang , mngkin yang dibena selama ini amat sedih dan mengecewakan,lantas ingin menamatkan ingatan hati di akhir cerita . Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk sayembara seterusnya (PDS)

Qalam Mutiara berkata...

5.HUJAN TURUN LEPASKAN DUKA (TBD)

Aku turun bersama hujan halilintar
betapa perkasa gagahnya hidupku
Namun sayang takdirku manusia
rapuh ketika angin menerpa
murung jika langit berduka
hati mendung bak awan dimusim hujan
kerisauan halang surya sinari dunia
ketika semua telah tak berdaya
hujanku turun lepaskan duka..

Oleh: Badrolshah
sajak simbolik/6 September 2012 2:14 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SPT 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Badrohah wah hbat Nampak berlakon dalam Tv Hijrah? kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: HUJAN TURUN LEPASKAN DUKA Tema sajak bersimbolik pula nampaknya ? Pengucapan awalnya sadikit mengelirukan tapi menarik dalam kenangan tersendiri Mesejnya menceritakan kehidupan yang dialami, mungkin terasa bagai rendah diri? mungkin ada yang tidak kena dan cuba cari dimana wujud permasalahannya? Harap maaf, cuma disini dahulu penyertaan anda, usaha lag.Terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

6.HINGGA AKHIR HAYAT (LSS)

Lelah sudah jiwaku ini berlari..
mengejar cahaya tak jua kukecapi..
habis sudah kering air mataku ini..
tangisan diriku tak jua berarti..
kini aku sudah tak peduli lagi
tak mau lagi ku berdiri menanti
tunggu sehingga akhir hayat nanti

Oleh: Ummu Akilah
sajak tekanan/6 September 2012 2:15 PTG


SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SPT 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri?Pn. Ummu Akilah dengan sajak bertajuk: HINGGA AKHIR HAYAT Tema sajak kerunsingan tidak berkesudahan nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan namun bersahaja dan penuh arti Mesejnya tentang keluhan menanti, mungkin ditinggal kekasih atau suami yang tidak kembali atau berdiam diri begitu sahaja tanpa berita.. Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

7.KERAGUAN (PSS)

aku tak ingin teguk air kehidupan..
meski pun aku haus akan ketulusan..
kuterdiam di sisi gelap kesengsaraan
terombang ambing dalam kebimbangan
segala harapan bagaikan terus berkecai
kusandarkan sisa-sisa hidup kegelapan
hingga hati sepi tertunduk dalam keraguan.

Oleh: Dayang
sajak dlm dilemma/6 September 2012 2:17 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SPT 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri/Pn. Dari Serawak Dayang dengan sajak bertajuk: KERAGUAN Tema sajak dalam dilemma nampaknya .Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri Mesejnya semacam mengharap tentang sesuatu namun masih meragukan. , tapi apakah harapan boleh tercapai atau masalah boleh dihendar jika diizin olehAllah swt.. Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (PSS)

Qalam Mutiara berkata...

8.BERCERAMUK DAN RAPUH (TBD)

gelap mendatangiku ketika sayap
keabadian menjauhi cinta ini
hanya perasaan sedih terasa klasik
menghinggapi relung hatiku…
aku menghamba pada malam sepi
agar segala cerita tak dibawanya pergi
badai berceramuk memisahkan bahagia
sampai kini aku masih berharap sedikit kekuatan
Mempertahankan hidup yang berkecamuk dari rapuh

Oleh: Simsalabin
sajak tentang kehidupan/6 September 2012 2:19 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG SPT 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Simsalabin kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: BERCERAMUK DAN RAPUH Tema sajak tentang kehidupan nampaknya ? .Pengucapan awalnya sadikit mengelirukan tapi menarik dalam kenangan tersendiri Mesejnya menceritakan kehidupan yang dialami, mungkin berkecamuk dan rapuh ?mungkin ada yang tidak kena dan cuba cari dimana kesilapannya? Harap maaf, cuma disini dahulu penyertaan anda, usaha lag.Terpaksa berhenti.di sini (TBD)