Khamis, 3 Mac 2011

WARNA YANG DITEMPAH



buat anak gadis yang memburu kehidupan di kotaraya.


Semalam ada burung putih terbang tinggi
terbangnya sengaja bermain angin kencang
tiba-tiba dia dipukul ribut ganas
lalu jatuh terdampar di laut kota

Hari ini burung putih tak kuasa terbang lagi
hatinya telah terpaku pada keindahan warna
jiwanya telah tertambat pada riak kota
dia ingin memilih emaginasi kehidupan

Esok burung putih memilih jalan sendiri
dilaluinya satu lorong begaris hitam
maka terpalitlah bulu putih kesayangannya
dalam satu kerelaan yang tiada bertepi...


Oleh: Nurimanja,
sajak lagenda pernah tersiar,
cuma buat contoh kepada ahli/Pb CR.
ditebitkan semula pada Tarikh 3hb/03/2011.






BUKAN SENANG NAK JADI AKU



sajak pilihan ahli Cr.


Menjadi aku kini
Sebenarnya bukan kerja mudah
Kalau orang biasa yang kerja
Memang kerja susah
Kami semua menjaga khazanah mereka
Tapi aku diarah pula pengarah kejam
Paling pedih bukan bila dimarahi
Tapi bila dipaksa kerja tanpa gaji.
Kami terpaksa memakai solekan tebal
Menyembunyikan perasaan kami
Sampai wajah ni tak kelihatan lagi
Jadi topeng tak boleh ditanggal
Jika ditoreh setitik darah sekalipun tak mengalir
Bila tersenyum pula
Dalam hati air mata mencucuri
Terlalu berat sehingga saraf sakit
Ingat menjadi aku kerja mudah
Semoga selamat untuk diri sendiri.

Oleh: Sufian Al Zahri
tertarik melihat maisarah, qulbai, zainal hantar sajak
sy pun ingin mencuba nasib harap en nurimanja x kisah.
serah kepada Qalam Mutiara mengulas..
(sajak ini ditulis selepas sahur)
Diterbitkan semula tarikh; 4/02/2011










Rabu, 2 Mac 2011

HIDUP MENGUMPUL HARTA



 sajak warna yg ditempah esok diterbitkan


Sesiapa yang menyimpan harta menimbun
dia akan diikut oleh ular berkepala botak
dengan dua taringnya yang panjang berbisa
kemana sahaja si pengumpul harta akan pergi
sehingga dia dapat mengigit tangan sampai patah.
buat pembesar dan raja-raja perentah negara


Begitu juga golongan rahid dan ulama jahat
dengan kedudukan mengumpulkan harta benda
mereka ini sebenar sedang dibakar api panas
pada dahi, perut mereka  dan pada buntut punggungnya
kerana gagal membelanjakan pada jalan kebajikan
dan mengeluarkan zakat harta kepada yang layak.


kata nabi: Celaka siapa menyempan emas dan perak
lalu ramai para sahabat nabi menjadi resah gelisah
Apakah yang sebaiknya daripada mengumpul harta?
Hati perlu bersyukur dan lidah sentiasa berzikir
jangan terlalu menyimpan harta benda berlebihan
ternyata menjadi haram dan memudaratkan dirisendiri
kecuali seniasa mengeluarkan zakat harta bendanya.

Oleh: Nurimanja,
Catatan ceramah bebas
tanggal sehari yang lalu /Feb,2011.





PARKING



sajak pilihan ahli Cr.


Tempat parking penuh keliling
mengapa sini kau pilih
mengapa di belakang si kecilku
mentang-mentang bawa mercedes
berlagak tinggikan hidung
terimalah hadiah ikhlas
dari hatiku yang panas
dua pucuk paku keramat
buat hiasan bunga tayarmu...

 
Oleh: Brader Joe
kerana berbalahan
dgn penduduk di perumahan
9pagi/2010 Julai 24 06:02
Diterbitkan semula 2hb  Mac, 2011





Selasa, 1 Mac 2011

BERKATA POKOK GETAH TUA





Dahulu aku tidak diperdulikannya
kini bila ada harga, aku dibanggakan
aku didekati saban hari pagi petang
malah batangku ditorehnya berkali-kali
sehingga ada tiga pot pada satu batang

Begitulah keadaannya dunia dini hari
jikalau tiada harga hidup kita dicerca
bila ada memfaatnya dibelai dan dipuja
kerana nilai susu getahku terlalu tinggi
 semuanya memuja aku seluruh dunia

Inilah gambaran kisah hidup kita di dunia
kata orang: Hina besi kerana berkaratnya
dan hina manusia pula kerana hidup melarat
tetapi, getah muda dijaga dan dipelihara rapi
 pokok getah tua di toreh  tiga kali sehari

 
Oleh: Nurimanja,
catatan  berita diudara
dua tiga hari lalu /Feb. 2011.