Jumaat, 5 Mac 2010

PERJALANAN KERETAPI

 

Perjalanan kereta api baru,
si kepalanya mestilah lurus
semoga gerabak tidak gelincer
jika ada ketua gerabak menegur
si kepala sepatutnyalah mesti akur
agar prinsip si kepala  jangan  berubah
hati penumpang gerabak juga tidak gelisah
dimanakah perjalanan perjanjian kita selama ini?

Perjalanan kereta api baru,
jika ada gerabak yang gelincer
si kepala jangan ghairah melepas kata
gerabak yang lain tidak perlulah persenda
bagaimana pula jika gerabak kedua gelincer?
perjalanan si kepala kereta api  kelihatan kudung
penumpang pastinya kecewa melihat gerabak-gerabak
tertinggal di pertengahan jalan tidak sampai ke distinasinya.

Oleh ; Nurimanja,
Alor Star ke B ,worth, ke Kuala Lumpur,
kereta api malam singah jam 9.00
tarikh 19/6/1977.

Khamis, 4 Mac 2010

LIHATLAH KEKUASAAN ALLAH SWT INI


 
-Renungilah kebesaran Allah yang maha kuasa ini
telah membekalkan kita dengan beribu-ribu bilik
buat menyimpan segala khazanah untuk ingatan
bagai laptop yang menyimpan data pengisiannya.

-Saban hari kita melihat diri di depan cermin muka
bayangkanlah wajah kita cuma tengkorak kering
tidak punya isi urat darah tulang  kulit dan daging
juga tanpa nyawa otak dan pancaindera yang lima?

-Bolehkah kita bergerak bebas tanpa keizinannya
pasti kita susah untuk mengenal kita sesama kita
merakam segala peristiwa yang lalu sebagai ingatan
mengenal jalan pulang ke rumah jumpa anak isteri.

-Sepatutnya kita Insaflah  kelemahan kita selama ini
bahawa kehidupan ini ada tempat pergantungannya
yang perlu kita nilai akan kebaikan dan keburukanya.
sebelum kita dijemput kembali kepangkuan Ilahi......

-Oleh : Nurimanja,
pagi hari, sebelum sunat dhuha, mentari sebak,
melihat serangan tanpa sempadan tsunami 2008.

Rabu, 3 Mac 2010

DIMANA ARAH SINAR MENTARI

 
Dalam perjalanan hidup ini
aku sering kali terlewat
dalam usaha memburu cita
kini aku dalam kegelapan malam
dan kesesakkan mencari nafas
dimana arah sinar mentari pagi
yang dahulunya  aku kira ada.

Kini mungkinkah aku terlantar
di pertengahan perjalanan ini
atau aku terus meraba mencari
ditengah  kegelapan malam hitam
yang kini aku sendiri telah lelah
lantaran keletihan terus mencari
dimana arah sinar mentari ........

Oleh ; Nurimanja,
Sek. Men. Shamshul Maarif Al Wataniah,

Selasa, 2 Mac 2010

BUAT SAHABAT

 
 Sahabatku!
kalau kau marah
marahlah pada senyumu
kalau kau menangis
menangislah pada ketawamu
kerana marah dan menangis
adalah luahan perasaan
senyum dan ketawa
adalah satu kemesraan
perlu diminta perhatian.

Oleh; Nurimanja,
malam isnin, jam 8./10/9/1973
di asrama al mashoor, pulau pinang.

Isnin, 1 Mac 2010

PESTA GILA_GILA

 
 HARI INI
Di tepi pantai Batu Ferenggi
aku lihat dan mengerti sendiri
ada temasya  pesta gila-gila
kepunyaan dan rekaan manusia.

IMAN AKU
Hampir hancur dibuatnya
dari tarian ala gila-gila
hampir ditipu budaya iblis
jika tidak aku, nama , hancur.

PESTA GILA
Membunuh akan citaku
kini aku terpaksa melarikan diri
melihat terbuka luas jalan  maksiat
boleh mengenelamkan segala makrifat.

KAWANKU
hentikan pesta gilamu itu
pemusnah segala masa hadapan
jadi pembunuh anak bangsa sendiri
dalam usaha kita memburu cita-cita.

Oleh ; Nurimanja,
Sajak lahir Batu Ferenggi,
8/9/1974.