Ahad, 10 Mac 2024

HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK

 





HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK
 
Hati ini
Jangan dibiarkan
Berdolak dalik setiap hari
Jika kita ingin dipercayai selalu
Kerana orang ramai sering menilainya.
 
Hati ini
Suka berubah
Dan berdolak dalik saja
Ungapan hari ini esok berubah
Kerana tabiatnya suka berubah-ubah.
 
Hati ini
Tidak dikawal
Ianya akan menguasai
Segala kehendak hawa nafsu
Menjadikan diri kita ini leteh dan lesu.
 
Hati ini
Kena diawasi
Pada setiap tindakannya
Jikalau ikhlas baiklah jadinya
Jikalau jahat buruklah jadi padahnya.
 
 
Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .10 pagi
Sabtu Tanggal 28hb Januari 2017


Tiada ulasan: