Ahad, 10 Mac 2024

KITA PUN MEMBISU

 





KITA PUN MEMBISU
 
Sudahku bilang dahulu
Kita jangan terburu-buru
Jangan cuba menjatuhkan
Seorang yang tertentu
Nanti kita sendiri yang malu
Ini bukan kerja mainan
Soal hal maruah seorang
Terlibat agama bangsa dan Negara
Kini dimana mahu letak muka?
Jika semuanya pakat membisu
Mengapa kita mesti menindakkan
Soal kebenaran tugas seorang
Daya keikhlasan perkhidmatannya
Boleh menundukan melemahkan
Setiap musuh kawan dan lawan
Sepatutnya kita perlu muhasabah
Dan bersabar menilai kebaikkan
Buang yang keruh ambil yang jerneh
Supaya tugasan senang dijalankan

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 8.45. pagi
Tanggal 23hb Januari 2016.


Tiada ulasan: