Ahad, 25 Februari 2024

MALAM








MALAM
 
Pernahkah kau melihat
hantu syaitan berpesta
di waktu maghrib dan senja
bila orang mula berkumpul
ibuku pernah berpesan,
pada waktu kalut begitu
hantu syaitan berkliaran
terutamanya di pasar malam
tempat paling disukainya
kerana lelaki dan wanita
ramai bergesiran membeli belah
sehingga terlupa kerja solat
asyik meronda di celah perniaga
menilai tubuh anak bini siapa
ini yang membuat sesekali
kita menghimpun dosa.
 
Oleh Nurimanja,
Pasar Malam Telok Kumbar
Bandar Baru Prda, Pulau Pinang
Catatan selepas solat maghrib 22/12/2009

Tiada ulasan: