Sabtu, 7 Oktober 2023

NGIN MENGUAK MENGKHABARKAN ?






ANGIN MENGUAK MENGKHABARKAN ? 

 
Benarkah!
Ada angin menguak
 Lalu mengkhabarkan kepada kita
Tentang derita hidup penghuni bumi tercita
Akibat gabas dari tangan-tangan petualang peribumi sendiri?
 
Ternyata!
Aku sendiri ini pun
Masih gagal menangkap citranya
Bergolaklah angin semuntal maling kuncang
Bertiup dan bergolak setiap pelusuk dan rantau di bumi ini?
 
Lihatkah!
Gaya pertualang kini
Berselimut di dalam kekaburan
Bermain sandiwara cetranya hikayat hitam
Demi untuk menawan dan berkuasa merebut segala kekayaan?
 
Justeru1
Penghuni pun lelah
Dihentam badai angin hitam
Banyak kerja yang gagal dan tergendala
Apakah kita menghayati semula citra lama hidup kebelakang ?
 
Oleh  Tnta Azimad
Catatan jam 11.30 pagi
Hari  isnin Tarikh  28/8/2023




Tiada ulasan: