Isnin, 5 Julai 2021

KAKAK DAN ADIK!.

.











KAKAK DAN ADIK!.
 
Kakak dan Adik!,
Kita se darah se daging
Jangan bergaduh dan bertengkar
Ingatlah ayah dan ibu penjaga kita sekeluarga
Merekalah guru pertama yang mengasuh dan mendidik kita.
 
Kakak dan Adik!,
Kasihnya ayah dan ibu
Pastinya membawa kita ke syurga
Janganlah kita buat durhaka kepada keduanya
Asa pun neraka dan syurga itu dibawah tapak kaki mereka.
 
Kakak dan Adik!
Jangan lupa keduanya
Segala jasa dan budi tidak ternilai
Buat baiklah kepada mereka apabila sudah tua
Kerana kasih Ayah dan Ibu itulah membawa kita ke Syurga.

 
Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 3.00 pagi
Ahad Tarikh: 20hb Jun 2021
 


Tiada ulasan: