Ahad, 25 Julai 2021

BENDERA PUTIH DAN HITAM?










 BENDERA PUTIH DAN HITAM?


Kini soal bendera
Wujud bendera Putih dan hitam
Sudah menjadi penyakit  kecelaruan minda!
Selepas PRU14  timbul  issu menghuru harakan negara
Akibat para pemimpin ada yang gila, mabuk, tamak dan kemaruk kuasa.
 
Kini apabila rakyat
Tertekan dengan janji 100 hari
Kemudian datang  pula wabak covid 19/2021
Kini  kesusahan kian melanda kehidupan rakyat jelata
Lantas ada yang menamatkan kehidupan dengan membunuh diri mereka.
 
Menaikan bendera.
Bendera Putih tanda kecemasan
Bendera Hitam tanda protes pada kerajaan
Sebenar kerja itu semua tidak menyelesaikan masalah
Malah covid kian meningkat ekonomi negara merudum tercurut di dunia.

 
Oleh:Suara Pulau,
Catatan  6 petang
Hari Khamis Tanggal 14hb Julai 2021



Tiada ulasan: