Khamis, 8 Mac 2018

KL PUTERAJAYA


gedung tinggi.jpg


KL PUTERAJAYA

Kuala Lumpur Puterajaya!
Ternyata kehidupan penghunimu
Nampak semacam terlalu amat tertekan
dan tenat dihimpit dengan rasa keadaan semasa.

Aku yang hanya sesekali
Singgah di sini melihat kehidupan
Amat kalut dan sebuk manusia memburu
Pada tugas dan beban kehidupan demi kejayaan.

Aku juga turut bersimpati
Melihat pergerakkan urusan manusia
Tanpa mengenal  lelah keluar pagi pulang malam
Demi mencari rezeki dan kehidupan kesejahteraan keluarga.

Oleh Tinta Azimad,
Bilik 1223 Hotel Marriot  Putrajaya
Telah catatan tanggal 19 November 2014

Tiada ulasan: