Khamis, 8 Mac 2018

BICARA BUAT TUHAN






maafkan.jpg

BICARA BUAT TUHAN

Tuhanku!
Akukah ini?
Yang tiba-tiba ada
Lalu menunggu hari
Untuk tidak ada kembali
Kemudian aku menunggu lagi
Untuk hidup yamg ke dua kali pula.


Tuhanku!
Tidakkah kau jemu
Mencipta aku yang kerdil
Kemudian dibicarakan pula
Di Yaumal mahsyar
Aku pun tidak tahu
Apa yang Engkau mahu?


Tuhanku!
Apa masakah
Yang telah memaksaku
Melempar aku di dunia ini
Menghitong dosa dan pahala
Dengan kuasa qada dan qadarmu
Menentukan aku ke Syurga atau Neraka ?


Oleh: Nurimanja,
Catatan jam 5.50 petang
Khamis Tanggal 8hb/ Mac/ 2018.

Tiada ulasan: