Jumaat, 17 Mac 2017

PERINGATAN MENUJU JALAN ALLAH






 PERINGATAN MENUJU JALAN ALLAH

Inilah peringatan
Bagi mereka yang beringat
Bagi sesiapa yang ingin menuju jalan Allah
Dengan beramal dan ketaatannya kepada Allah S.W.T
Sesungguhnya Allah itu akan menunaikan segala janji-janjiNya .

Mereka perlu ingat
Sesiapa yang ingin mencari
Jalan dari kegelapan ke jalan yang cerah
Ambilah peringatan untuk mendapat keredhaan Allah
Ada dua pilihan jalan satu penyeksaan dan satu lagi kenikmatan.

Kita perlu ingat
Kerana gambaran nikmat
Keadaan syurga dan penyeksaan api neraka
Siapa yang ingin mengambil menuju jalan Allah S.W.T
Terpulang pada kemahuan dan keinginan setiap individu sendiri.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 5.50 pagi
Hari Khamis 9hb  Mac  2017.

Tiada ulasan: