Selasa, 7 Mac 2017

ADA DUA SUASANA BERBEZA





ADA DUA SUASANA BERBEZA

Di Mutiara
Rasa kegembiraan
Buat keluarga En. Faiz Sabri
Dia mendapat insentif RM200,000
Hasil kejayaan bola sepak tanpa di sedari
Telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia
Dengan satu sepak kan bola ajaib yang telah pun di hadiahkannya.

Di Kenyalang
Ada rasa kesedihan
Buat  warga rakyat Sarawak
Tan Sri Adenan Satem Ketua Menteri
Apabila menghempuskan nafas terakhirnya
Dalam usia 72 tahun akibat komplikasi degupan jantung
Meninggal kan tugas besar dalam pemergiannya di arus zaman.

Di Dalam
Kehidupan di dunia
Ada episod yang perlu kita lalui
Rasa suka dan duka rencah kehidupan
Kita yang masih hidup hidung menyedut udara
Perlu  insaf dan bersyukur dalam meneruskan kehidupan
Bersiap siagalah sebelum kita dijemput kembali ke pangkuan Ilahi.


Oleh : Pena Utara
Catatan jam 9 .00 pagi
Khamis Tanggal 12hb Januari 2017.

Tiada ulasan: