Jumaat, 17 Mac 2017

BILA MUSIBAH MENIMPA







BILA MUSIBAH MENIMPA

Sakit itu musibah
Walaupun demam selsema
Bagi menyucikan dosa-dosa kita
Apa yang telah kita lakukan tanpa disedari

Musibah pada harta
Berlaku kerosakan atau
Rumah terbakar, kereta rosak
Kehilangan dan kecurian barang keperluan.

Musibah kematian
satu ujian lebih dahsyat
Berlaku  ke atas kaum keluarga
Datuk nenek, Ibu, bapa , isteri atau suami.

Setiap musibah itu
Satu ujian daripada Allah
Untuk menilai keimanan seorang
Buat mengambil pengajaran dan keinsafan.

Oleh : Nuri Manja,
Catatan jam 5.50 pagi
Hari Khamis 9hb  Mac  2017.

Tiada ulasan: