Rabu, 30 Mac 2016

ORANG PATI SELALU DIBURU






25.. ORANG PATI SELALU DIBURU


Kehidupan warga orang pati
Masuk secara haram
Selalu sahaja di buru
Tidur kurang lena
Sentiasa dalam ketakutan
Di tempat rumah sementara
Di tapak pembinaan
Mereka menyambung hidup
Bekerja secara haram
Ada yang bawa anak bini
Membesar dalam ke haruan
Mereka akan alah kadar
Soalnya boleh hidup
Masih mampu bekerja
Masa depan belum tentu
Terpulang pada nasib
Jika kerja habis
Berpindah lagi mereka
Di mana saja mereka di bawa
Asalkan  ada tapak pembinaan
Perumahan untuk orang tempatan.


Oleh Pena Utara,
Catatan jam 7.30 pagi
Tanggal 20hb Januari 2016

5 ulasan:

nurimanja49@gmail.com berkata...

Begitulah keadaannya org pati yang hidup dalam ketakutan kerana datang secara haram.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Untuk mencari sedikit rezeki mereka sanggup datang dgn mengadai nyawa dan jiwa raga . Terutama yg datang secara haram sehingga ada yg tenggeam dalam lautan.

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kita sebagai rakyat Malaysia hidup amam makmur tidak perlu sampai tekorban nyawa sepatutnya banyak bersyukur dgn apa yg ada. Tetapi rakyat kita lebih ramai terkorban di jalan raya .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Kekadang kita sedih melihat pendatang asing ini. diburu pihak berkuasa. selalu dalam kecemasan dan ketakutan , namun tetap mahu berusaha mencari kerja .

nurimanja49@gmail.com berkata...

Itulah kehidupan warga pati yang masuk secara haram di negara orang atau pun jiran tertangga . Wallau aklam!