BUAT YANG NGONG-NGONG KINI
Adakah
ternyata telahan ini benar ?
apa
yang telah kami lihat dan dengar
demi
menjayakan agenda yang tersembunyi
maka
tidak peduli lagi apa saja terjadi
pada
agama, bangsa dan Negara sendiri.
Kerjasama
dengan dua badan Yahudi
Cerita
biasa , bukan lagi luar biasa
Bagi
mengulingkan kerajaan yang ada
Jika
benar apa yang akan berlaku ini
Yang
pasti menderita adalah rakyat biasa.
Rakyat
jelata jangan jadi ngong-ngong
Fikir
dahulu sebelum ikut membuta tuli
Apa
yang ada selama ini akan punah ranah
Renungi lah
sebelum anda hancur dan musnah
Mengharap
janji belum tentu dapat di tepati
.
Oleh:
Nuri Manja,
Catatan
tanggal 27 Ogos 2015
Jam
5.20 pagi Khamis.
5 ulasan:
Perhatian buat mak dan bapak.
Awasi anak muda anda , jangan terjebak dengan hasutan dan beradu domba.
kerana agenda tohmah dan fitnah kurang lagi berkesan nampaknya.
Sebaiknya jangan turut serta dalam sesuatu perhimpunan yang bersiri pula kini. Sesuatu yang dikata baik suci dan putih belum tentu lagi
ada kebaikkannya sekadar propaganda melaksanakan agenda tersembunyi mereka.
Kita punya undang2 untuk selamat yang melanggar pemerentahan yang ada , sekadar dapat sadikit sahaja ganjaran tetapi nama baik kaum keluarga tercemar apa bila kita ditahan atau dipenjara.
Jauhkan segala musibah, jangan dekati kerja onar dan mungkar, yang boleh menghuruharakan keadaan negara yang aman damai. sedangkan ingin menyambut ulkang tahun kemerdekaan dalam keadaan sehati sejiwa telah ikhlas sesama kita .
Sebulat suara sehati dan sejiwa maknanya percaya mempercayai diantara satu sama yang lain . Sudah ternya hati dan jiwa kita sesama BERSIH tidak ada kekotoran lagi.
Kita tidak mahu berhimpun kononnya BERSIH tetapi dalam hati masih ada kekotoran lagi dengan agenda yang tersembunyi.
Catat Ulasan