Ahad, 5 Ogos 2012

PUISI TENTANG AL QURAN






 
Sempena malam nuzulull Quran.

Al Quran bukanlah syaeir, puisi atau mentra jampi
Ianya satu mujizat yang diturunkan oleh Allh Swt
Kepada seorang nabi lagi rasul Muhamad Saw.

Padanya menyatakan perkara terang dan  tersembunyi
Mengajar manusia mengamalkan makrup nahi mungkar
Mengenal erti hidup dan kematian  dan ada hari kemudian

Mengingatkan bahawa hidup ini ada hari kebangkitan
Cerita tentang kehidupan dunia, akhirat di syurga dan neraka
Agar kamu menginsafkan diri sebelum kamu dijemput kmbali.


Oleh; Nurimanja,
BBTKBL, Taman Bernaung,
Pulau Mutiara



30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SEKADAR TAZKIRAH

KISAH : NABI MEMBAWA TETAMU
OLEH QALAM MUTIARA


Nabi Muhamad saw ada tetamu, para sahabat tidak sanggup menerima tetamu nabi itu, semuanya dalam kemiskinan,tetapi sorang sahabat sanggup menerimanya dan membawa tetamu nabi itu ke rumahnya untuk makan malam, isterinya terkejut kerana roti di rumahnya ada tiga keping sahaja, untuk anak, isteri dan suaminya.

Waktu dijamukan makan mereka makan dalam gelap agar tetamu tidak melihat tuan rumah makan atau tidak,tetap nabi tahu hal keadaanya.Malam itu nabi dan tuan rumah berpuasa sepanjang malam ertinya tidur dengan perut kosong.
Esok nabi memuji sikap sahabatnya itu kerana sudi memuliakan akan tetamunya.

Pengajaran;

-Muliakan tetamu adalah wajib, ada pun orang menziarahi rumah kita perlu dilayan biasanya membawa berkat,Allah
akan menganti rezekinya dengan lipat ganda.tetapi kenalah iklas hati

-Orang yang mengiratkan talisilaturrahim di antara saudara sesama Islam adik beradik dan sahabat handai akan
panjang umur, murah rekezi, dan para malaikat menadah tangan mendoakan kesejahteraanya kepada Allah SWT.

Tinta Azimad berkata...

CERPEN SIRI 1
BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA .____________________________________________________________________

LAMA dia termenung, setelah surat itu dibuka dan dibacanya. Bintik-bintik peluh halus tumbuh bergeregih di gigi rambutnya yang telah bercampur aduk hitam dan putih di selang seli rambut beruban itu.

Mukanya jadi merah. Giginya yang tinggal sebatang dua lagi itu memgigit bibir. Kening dan dahinya berkerut-kerut. Digengamnya surat itu sekuat hati hingga menjadi terperunyok seperti bola kertas.

Isterinya sedang membawa secawang kopi untuk minuman petang. Tiba-tiba terhenti, Kemudian pelahan-lahan dia meletakkan minuman itu di atas meja di sisi suaminya.
Dengan pelahan dia berkata.

“Kenapa Bang?” Tanya isterinya ingin tahu.

Dia tidak menjawab. Seolah-olah dia sedang berhadapan dengan anak lelakinya yang sedang dimarahi itu.

“Abang! Minumlah kopi ini dahulu.” Pujuk isterinya, sambil mengangkat kembali cawang kopi itu dengan penuh hormat menghulurkan kepada suaminya.

Dia menyambut cawan kopi itu, kemudian digagahinya menghirup barang sedeguk, untuk membasahi rengkongnya, ternyata keenakkannya tidak seperti hari-hari yang lalu sebelum dia menerima surat dari luar negara itu.

“Surat siapa itu bang?” Tanya isterinya lagi, kelembutan suara isterinya memang tidak pernah berubah sejak dia berkhawin lima puluh lima tahun dahulu. Suara itu selalu melemahkan hatinya. Kekadang cukup menyenangkan.

“Ya bang! Surat siapa tu bang?”
“Anak awak!” jawabnya
“Darimana bang?”
“London,”
“Taip ia bang?”
“Emmm!”

Dia membuka gemgaman, surat yang telah terperonyok menjadi bebola kertas itu lalu jatuh tergolek di atas lantai di hujung kaki suaminya. Isterinya mengambil dengan segera, dan memperbetulkan kembali surat yang telah terperoyok menjadi bola kertas itu.

“Surat Taip?”
“Ya Taip!”
“Apa katanya bang?” Tanya isterinya ingin tahu. Begitulah isterinya seorang perempuan dusun yang tidak pandai membaca dan menulis, selalu sahaja merendah diri.

BERSAMBUNG SIRI KE 2.
Sempena menyambut merdeka 31 Ogos 2012 ini.

Ambuyak berkata...

JANGAN PERNAH BERUBAH

menyisiri pantai yang penuh kerang
mengayunkan tubuh di antara pasir
membuat anganku melayang
Aku bahagia saat ini
merasa melayang dengan angan-angan
Aku merasa bahwa hari itu
bergulir tanpa henti
Jangan pernah berubah sedikitpun

Ambuyak
sajak sedih

Pedang Kesatria berkata...

BINTANG MEMBISU

aku di sini terduduk tiada teman
terlamun tiada kawan menatap hampa langit pekat bintang di angkasa
siapakah mahu menjadi
kawanku sunyi dan sepi
detak jam memecah sunyi
aku hanya dapat memandang
bintang bisu dalam kegelapan malam

Pedang Kesatria
sajak sedih

Ummu AKilah berkata...

MENARI DALAM IMAGINASI

terpejam mata menghayal..
terkenang saat bersama..
bercanda tertawa hanya berdua..
kini kau tinggalkan diriku sepi
hingga kini kumasih sendiri..
lelah memikirkan telah jauh
hingga kini bayang masih tertinggal
hadirlah kau di sisiku lagi
menarilah dalam imajinasiku kembali

Ummu AKilah
sajak terkenang

Ali Conan berkata...

DI SATU BINTANG

Menantikanmu di bawah bintang
bawah sinar rembulan aku menunggu
Menantikan kau datang kembali
Akankah terlalu lama kau datang
Aku tak bisa menahan perasaan rindu
Jemputlah aku di bawah bintang
aku mengatakan takkan
sanggup berpisah lagi
Di satu bintang ini aku menantimu

Ali Conan
sajak tentang menunggu tunang sy yg telah hilang sejak 2 bulan lalu hingga sekarang tak dijumpai ada kluar paper sebelum ni

Saudagar Emas berkata...

RUANG DAN WAKTU

Aku di sini merindukan kau di sana
jauh terbuai aku dengan khayal
terkenang masa saat bertemu ..
kau buai aku dengan sikap tulusmu …
menjadi sahabat dalam susah senang…
menjadi bagian lain dari jiwa ini…
kini kau di sana apakah
kau merindukan aku
walau ruang waktu memisahkan kita
namun persahabatan yang tulus takkan mampu memisahkan kita..

Saudagar Emas
sajak buat sahabat sy (perempuan) kami kawan sejak kecil tp skrg dia dh meninggal

Panglima Ketot berkata...

TELAH PERGI

semenjak pertama kali bertemu
Aku merasa dekat dihati jiwa ini
selalu dalam imajinasiku dan mimpi
Semoga kau juga begitu padaku
aku adalah lelaki yang kesepian
mencoba mencari apa patut aku cari
mendapat apa yang patut aku dapat
dimanakah aku harus mencari
dirimu yang telah pergi

Panglima Ketot
sajak cinta monyet di kelas sy.. hehe

Gelora Maya berkata...

BERSAMA DALAM DUNIA MIMPI

Saat kau hadir dalam dunia mimpiku…
Kau begitu indah menawan mempesona…
Aku hanya mampu tertunduk
Saat menatap indah wajahmu…
Aku hanya mampu membisu..
Saat mendengar engkau bersuara
Kau bagaikan bidadari khayalan..
Datang di setiap malam..
menghanyutkan aku dengan pesonamu
Semalaman engkau bersamaku…
Bersama dalam dunia mimpi..
Terbuai dalam imajinasi…

Gelora Maya
sajak jiwa2

Badrolshah berkata...

DIA DATANG LAGI

dia telah datang bangunkan
aku dari semua keasyikan
ratusan tahun terlelap…
mengusik hancurkan ribuan impian
buat terjaga jiwa ini…
terlena seribu harapan..
walau dia tak menginginkan
kuterus mencoba mendapatkan
aku kini lelah inginku tertidur.. lupa semua hingga dia datang lagi

Badrolshah
sajak khayalan

Tinta Azimad berkata...

Ambuyak berkata...

1.JANGAN PERNAH BERUBAH (TBD)

menyisiri pantai yang penuh kerang
mengayunkan tubuh di antara pasir
membuat anganku melayang
Aku bahagia saat ini
merasa melayang dengan angan-angan
Aku merasa bahwa hari itu
bergulir tanpa henti
Jangan pernah berubah sedikitpun

Oleh: Ambuyak
sajak sedih/7 Ogos 2012 8:44 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Ambuyak kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:JANGAN PERNAH BERUBAH . Tema sedih juga nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan antara tema dan mesejnya namun ada cerita tersembunyi Mesejnya pun semacam fantasi sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Pedang Kesatria berkata...

2. BINTANG MEMBISU (LSS)

Di sini aku terduduk tiada teman
mengelamun tiada siapa untuk berbicara
cuma langit pekat bintang di angkasa
siapakah yang mahu dan sudi mendengar
keluhan hati sedih dan ratapan jiwa sepi
melaiankan bertemankan kesunyian
bersama detak jam memecah sunyi
kini aku hanya dapat memandang
bintang bisu dalam kegelapan malam

Oleh: Pedang Kesatria
sajak sedih/7 Ogos 2012 8:47 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.


Sdra. Pedang Kesatria dengan sajak bertajuk: TERLUKIS WAJAHMU Tema sedih katanya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan bersahaja punya luahanjiwa2. Mesejnya tentang kesedihan dan kesepian atau pun penyakit tenat yang melanda orang muda punya biasa .Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Ummu AKilah berkata...

3.MENARI DALAM IMAGINASI (P)

terpejam mata menghayal..
terkenang saat bersama..
bercanda tertawa hanya berdua..
kini kau tinggalkan diriku sepi
hingga kini kumasih sendiri..
lelah memikirkan telah jauh
hingga kini bayang masih tertinggal
hadirlah kau di sisiku lagi
menarilah dalam imajinasiku kembali

Oleh: Ummu AKilah
sajak terkenang/7 Ogos 2012 8:50 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.


Sdri. Ummu Akilah kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: MENARI DALAM IMAGINASI Tema terkenang katanya. Pengucapannya bersahaja tapi punyai arti tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang terkenang seorang bersama kisah lama yang dialaminya Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

Qalam Mutiara berkata...

Ali Conan berkata...

4.MENANTIMU DI BAWAH BINTANG (LSS)

Menantimu di bawah bintang
bersama redupnya sinar rembulan
berharap agar kau datang kembali
membawa padaku se buah harapan
Aku tak bisa menahan perasaan
Tenatnya rindu yang mencengkam
Jemputlah datang menjengukku disini
kerana aku tidak sanggup berpisah lagi
Di bawah bintang ini aku menantimu

Oleh: Ali Conan
sajak tentang menunggu tunang sy yg telah hilang sejak 2 bulan lalu hingga sekarang tak dijumpai ada kluar paper sebelum ni/7 Ogos 2012 8:53 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.


Sdra.Ali Conan dengan sajak bertajuk: MENANTIMU DIBAWAH BINTANG Tema kehilangan tuning pula nampaknya Pengucapannya ada sadikit pembetulan punya luahan hati resah. Mesejnya tentang keluhan jiwa resah melanda orang muda punya biasa bila tuning pula menhilangkan diri. Diberi peluang untuk anda layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Saudagar Emas berkata...

5.RUANG DAN WAKTU (P)

Aku di sini merindukan kau di sana
jauh terbuai aku dengan khayal
terkenang masa saat bertemu ..
kau buai aku dengan sikap tulusmu …
menjadi sahabat dalam susah senang…
menjadi bagian lain dari jiwa ini…
kini kau di sana apakah
kau merindukan aku
walau ruang waktu memisahkan kita
namun persahabatan yang tulus ikhlas
takkan mampu memisahkan kita..

Oleh: Saudagar Emas
sajak buat sahabat sy (perempuan) kami kawan sejak kecil tp skrg dia dh meninggal/7 Ogos 2012 8:56 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.


Sdra. Saudagar Emas kini kembali dengan sajak bertajuk: RUANG DAN WAKTU Tema terkenang katanya.Pengucapannya bersahaja tapi punyai arti tersendiri. Mesejnya samacam mengenang tentang seorang sahabat lama yang telah kembali kepangkuan Ilahi.Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

Qalam Mutiara berkata...

Panglima Ketot berkata...

6.TELAH PERGI (TBD)

semenjak pertama kali bertemu
Aku merasa dekat dihati jiwa ini
selalu dalam imajinasiku dan mimpi
Semoga kau juga begitu padaku
aku adalah lelaki yang kesepian
mencoba mencari apa patut aku cari
mendapat apa yang patut aku dapat
dimanakah aku harus mencari
dirimu yang telah pergi

Panglima Ketot
sajak cinta monyet di kelas sy.. hehe/7 Ogos 2012 9:00 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Panglima Ketot kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: TELAH PERGI . Tema cinta moyet nampaknya ? .Pengucapannya semacam melayani perasaan, namun ada cerita tersembunyi Mesejnya pun semacam mengikut rasa fantasi sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Gelora Maya berkata...

7.BERSAMA DALAM DUNIA MIMPI (P)

Saat kau hadir dalam dunia mimpiku…
Kau begitu indah menawan mempesona…
Aku hanya mampu tertunduk
Saat menatap indah wajahmu…
Aku hanya mampu membisu..
Saat mendengar engkau bersuara
Kau bagaikan bidadari khayalan..
Datang bermain di setiap malam..
menghanyutkan aku dengan pesonamu
Semalaman engkau bersamaku…
Bersama dalam dunia mimpi..
Terbuai dalam imajinasi…

Oleh: Gelora Maya
sajak jiwa2

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.


Sdra. Gelora Maya kini kembali dengan sajak bertajuk: BERSAMA DALAM DUNIA MIMPI Tema kisah jiwa2 katanya. Pengucapannya bersahaja tapi punyai fantasi tersendiri. Mesejnya samacam diserang penyakit jiwa2 yang tenat bila seorang bidadari yang sering dating dan bermain dalam mimpi fantasinya. Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

Qalam Mutiara berkata...

Badrolshah berkata...

8.DIA DATANG LAGI (TBD)

dia telah datang bangunkan
aku dari semua keasyikan
ratusan tahun terlelap…
mengusik hancurkan ribuan impian
buat terjaga jiwa ini…
terlena seribu harapan..
walau dia tak menginginkan
kuterus mencoba mendapatkan
aku kini lelah inginku tertidur..
lupa semua hingga dia datang lagi

Badrolshah
sajak khayalan/7 Ogos 2012 9:07 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG OGOS 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Badrolshah kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:DIA DATANG LAGI . Tema ternyata Khayalan nampaknya ? .Pengucapannya mengelirukan antara tema dan ceritanya namun ada cerita tersembunyi Mesejnya ternyata jiwa melayani rasa fantasi sahaja .Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Tinta Azimad berkata...

kerana sajak tema ketuhanan kurang maka puisi jiwa2 pula terpaksa di ambil 4 daripada 8 untuk diketengahkan.

Ada juga yang ada kemampuan , QM terpaksa memperbetulkan sadikit, asalkan tidak lari masuknya.

Tinta Azimad berkata...

CERITA-CERITA PARA AMBIAK

1. WALADUL SOLEHON
Pada zaman nabi Allah Sulaiman ada seorang anak muda yang Allah SWT meletakannya di tengah laut dalam, di dalam sebuah kulit lokat yang besar seperti istana.

Melihat keadaan itu nabi Sulaiman terkejut macam mana boleh ada Istana di dalam laut ini dan diami pula seorang anak muda yang kacak di dalam sebuah kulit lokan bersila seperti sedang bertafakur
Apabila nabi Sulaiman bertanya kepada malaikat, hal keadaan anak muda itu, Malaikat menjawab, “Anak muda ini seorang yang amat taat kepada kedua ibu bapanya.dan sangat kuat beribadat dengan solat malam.

Kebetulan pada zaman itu hanya dia seorang anak muda yang ada kelebihannya daripada anak muda yang lain, lalu Allah SWT mengurniakannya bertafakur di dalam laut dalam dengan sebuah istana berkilau emas tempayan. TAMAT.

Ulasan: Anak yang soleh dapat membela nasib kedua orang tuanya di akhirat kelak,Malah ganjaran yang ALLah kurniakan lebih berganda.

Oleh Nurimanja, susunsemulacarabebas
13/8/07 8.00malam

Guest berkata...

GUEST

Aku melihat pintu
diketuk berulang kali
menolak spanar dan paku yang kuguna
aku mendengar tajam setiap derap langkah yang melewati pintuku
Aku harap bukan itu datang ke sini
tapi sekian lama aku menunggu,
tak satupun manusia yang ada
sehingga kini ku biarkan ia
terus menjadi misteri
Hingga saat ini ku terbayang
siapakah yang datang waktu itu

Guest
sajak pengalaman misteri apabila ada tetamu yang dtg mahu membaiki kereta tetapi bila sy buka pintu bengkel dia hilang begitu saja

Siti Hajar berkata...

SEHARI LAGI

wahai matahari betapa
terang nyalaanmu itu
betapa ceria senyummu
bangunkan aku terlelap di pagi hari
bunga di tepi jalan mulai mekar, semekar senyuman gadis dari surga
betapa indahnya dunia ini,
ketika semua telah terbangun
aku mulai tersenyum
betapa bahagianya aku
untuk hidup sehari lagi

Siti Hajar
sajak cerita

Nabil Quldi berkata...

BIDADARI DARI LANGIT

langit telah menurunkan utusannya
membahagiakan aku yang malang ini
mengutus seorang bidadari
teramat jelita dan anggun
nyanyian ia mampu
menyembuhkan hatiku yang sakit
sentuhan tangannya
mampu menidurkan aku
betapa beruntungnya
jika aku memilikinya

Nabil Quldi
sajak khayalan kalau dpt berkwhin dgn bidadari hehe

Puteri Lilin berkata...

MENGHILANGKAN DIRI DARI DUNIA

sentuh aku dengan senyummu
saat aku terlelap nyanyikan suaramu
agar jiwaku damai dan tenang
aku telah lelah dan penat
jiwaku telah rapuh
tidurkanlah aku hingga
tak mampu terbangun kembali
aku ingin damai dan tenang , menghilang dari dunia yang telah melukai diriku ini lagi

Puteri Lilin
sajak tekanan

Ustaz rahman berkata...

KAKI BERAT

mencoba dekati sejuknya hati
di setiap saat kekosongan melanda
berkelana mencari yang telah pergi
dalam desir mimpi kuterus terbayang
di saat bisikan angin melelapkan
tak ingin membiarkan kekosongan ini
akupun masih berharap..
hanya keajaibanlah yang bisa..
kulangkahkan kaki yang terasa berat

Ustaz rahman
sajak simbolik

Petualang Tiga berkata...

GUGUP MENDEKATI

ingin kuperdengarkan sesuatu..
di daun telinga kata ingin
terlontar dari bisikan jiwa
tertimbun di hati ini
namun aku penakut yang pengecut
kerana aku terlalu gugup
walau hanya mendekati

Petualang Tiga
sajak kenangan yang telah lama berlalu

Pak Hussin berkata...

LUKISANMU

Kusandarkan penat dan letihku
di sudut tembok kamarku
Perlahan kelopak mataku terutup, kedua belah mataku rasanya
tak kuat menahan semua ini
Saatku pandangi fotomu lagi
Seakan telah membangunkan jiwaku
walau hanya menatap foto lama itu

Pak Hussin
sajak terkenang isteri yang meninggal thn lps akibat kemalangan sewaktu ke bank utk menukar cek diberi oleh tuan haji (makcik senah)

Putera Damien berkata...

KEKASIH DI SEBERANG

ku ingin menari-nari
Menikmati alam damai dan tenang ini
Ku ingin bernyanyi dengan keras, agar engkau mendengar suaraku
Ku ingin melambaikan tangan
harap engkau melihat kerinduanku
Betapa perasaan rindu menyeksa
Kubisikkan kepada angin sampaikan salam pada kekasihku di seberang

Putera Damien
sajak keriangan menunggu tunang yang berada di indonesia pulang raya ni

Tinta Azimad berkata...

Buat mereka yang belum ke final amat digalakan menghantar hasil karya puisi-puisi mereka. Tidak kira tema jika sesuai dan ada kemampuan, mesej nya menarik akan kami perbetulkan,asalkan tidak lari dari isi tujuan sebenarnya. Insyaallah. .

Tinta Azimad berkata...

1.Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

2.Harap maaf kerana diberi peluang muka baru ke final, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Ada dua perbezaan 1 dan 2. jika dua
ternyta puisi-puisi baik dan boleh diterima tetapi sengaja diberi laluan atau peluang kepada muka baru.

Apa pun mereka tetap dihargai puisi mereka untuk terus berkarya.
Cuma sebagai renungan. Dan Qalam Tetap juga mengulas. Jangan kecil hati.Anda boleh buat ANTOLOGI bersama atau sendiri jika ada 50 buah puisi. Harap maklum.Selamat menjalankan ibadat berpuasa..