Kupu-kupu itu kini sayapnya
menjadi kaku dalam senyap
menyaksikan detak jantung mengiring
tarian waktu yang berjinjit
perlahan wajahnya menjadi tipuan
jika itu hanyalah cara mengingati
keraguan adalah cara melupakan
terbakar semuanya menjadi abu
berterabur di danau keheningan
Oleh: Gibran Agi
sajak tentang tidak puas hati sesuatu .
/2 Julai 2012 2:50 PTG
30 ulasan:
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN AKHIR
Sdra.Gibran Agi buat petama anda kini layak juga kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk:SAYAP KUPU-KUPU.Tema rasa kurang menyenangkan nampaknya. Pengucapannya semacm ada sinis juga tapi sidikit meragukan . Mesejnya menyentuh tentang kisah peribadi dengan apa yang berlaku dan yang sedang dialami, munkin ketidak puasan hati berlaku jika kita sering menilai kedudukan kita dengan orang lain, terutama bila kita baru mengenal dunia pekerjaan yang kita belum alami selama ini. semoga nilai kembali agar lebih selamat .Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ke lapan (8)
Ulasan Qalam Mutiara.
(FB)
SADIKIT TAZKIRAH RAMADAN '
BERTAJUK: SELAWAT KE ATAS NABI
OLEH; QALAM MUTIARA
Seorang hamba allah diseksa hingga hampir mati,mukanya menjadi hitam, lalu dia pun berkata Ya Allah aku banyak selawat keatas nabi seratus kali sehari semalam sebelum tidur. Allah mengutuskan saekor burung, datang burung itu menyapumukanya, lalu menjadi putih kembali seperti bulan purnama.
Seorang hamba allah yang kuat bertahujud malam , bila berdoa dia tidak berselawat kepada nabi. pada permulaan doa ataupun di akhir doa ,Lalu nabi berkata kepadanya sesiapa yang tidak berselawat ke atasku doa-doanya akan terhenti, tidaklah sampai segala hajatnya.
Seorang hamba Allah babanya mati mukanya bertukar menjadi kaldai, dalam mimpi datang seorang pemuda kacak dia menyapu muka babanya, kemudian bertukar menjadi putih seperti bulan purnama. Bila aku bertanya apakah rahsianya. Dia menjawab aku selalu berselawat ke atas nabi seratus kali sebelum tidur .
Seratus kali selawat seratus kali juga hajatnya untuk dicapai; biasanya 30 hajat kita di dunia dan 70 kali hajat kita di akhirat. Insyallah akan di kurniakan.
Pengajarana;
Setiap kali berdoa mulakan denngan selawat di awalnya dan penutupnya.
sesiapa inginkan safaat nabi banyakan selawat ke atasnya. sessungguhnya malaikat pun selawat ke atas nabi. bagaimana kita manusia?
AKU BUKAN DEWA
Aku bukan dewa melakukan
semuanya seorang diri,
ku tak punya sayap bagai rajawali
mengepakan sayapnya di tengah badai
Hadirku tak slalu laksana pelangi
kian menoreh keindahan
Kuat ku tak sebanding kaktus
yang pasti tumbuh dalam kekeringan
Asyar Mujid
sajak simbolik
TEMPANG PADA ANGIN
Apakah hadir ku sperti angin?
hanya seketika berlalu,
Apakah jejak ku bagai
dipinggir pantaiyang mudah terhapus
keraguan menghampiri ku…
adakah hasrat senyum ini
dapat menyinari kegelapan
Ku ucapkan doa kecil ku berharap
aku manusia yang sarat kelemahan
jangan biar ku tempang pada angin,
berikanlah tangan untuk kugenggam,
Sadaqallah Azim
sajak penyesalan
TERSELEBUNG
ketika ada rasa
tidak pernah kurasakan
rasa yang belum pernah ada
seperi bunga…yang tiba waktunya
untuk mekar…semerbak wangi…
rasa sayang walau ditutup …
tetap mempesona resah gelisah
jika tak bersama saling menampilkan
aura cinata kasih yang terselubung …
Petualang Tiga
sajak memuja seseorang
CINTA SERIBU DUKA
saat akhirnya harus kutelan
hujan juga tak padam
jalan setapak tak kunjung datang
kau hempaskan jua rasa malang
di ragaku dirimu hilang…
dalam pekat bintang…
kudendang senyuman bertahan….
tetap menatap walau
menangis di gerimis
walau aku cerita seribu duka
walau cinta tak jua menyapa
Ungku Zubir
sajak sedih
9. Asyar Mujid berkata...
105 AKU BUKAN DEWA (LSS)
Aku bukan dewa melakukan
semuanya seorang diri,
aku tak punya sayap bagai rajawali
mengepakan sayapnya di tengah badai
Hadirku tak selalu laksana pelangi
kian mengoreh keindahan
Kuat ku tak sebanding kaktus
yang pasti tumbuh dalam kekeringan
Oleh: Asyar Mujid
sajak simbolik/29 Julai 2012 5:52 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Sdra.Asyar Mujid buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan separuh akhir dengan sajaknya yang bertajuk: AKU BUKAN DEWA Tema sajak sembolik nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatanna dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada pengakuan ikhlas dengan apa yang dialaminya mungkin tidak mampu dilakukan keseorangan Apa pun perlu bantuan .kini Cuma pasrah kepadaNya Amin Layak diberi peluang sayembara seterusnya (LSS)
10.Sadaqallah Azim berkata...
106.TEMPANG PADA ANGIN
Apakah hadir ku sperti angin?
hanya seketika berlalu,
Apakah jejak ku bagai
dipinggir pantaiyang mudah terhapus
keraguan menghampiri ku…
adakah hasrat senyumku ini
dapat menyinari kegelapan
Ku ucapkan doa kudus penuh berharap
aku manusia yang sarat kelemahan
jangan biar ku tempang pada angin,
berikanlah tangan untuk kugenggam,
Oleh: Sadaqallah Azim
sajak penyesalan/29 Julai 2012 5:57 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Sdra. Sadaqallah Azim kini berjaya melangkah kepusingan separuh akhir dengan sajak bertajuk TEMPANG PADA ANGIN Tema sajak penyesalan katanya Pengucapannya bersahaja dan punya artinya yang tersendiri. Mesejnya membicarakan.bebanan berat dan terasa lemah yang ditanggung cuma mengharap agar dapat perhatian majikan agaknya. Apa pun diberi peluang dan perhatian untuk seterusnya (P)
11. Petualang Tiga berkata...
107.TERSELEBUNG (TBD)
ketika ada rasa
tidak pernah kurasakan
sebuah rasa yang belum pernah ada
seperi bunga…yang tiba waktunya
untuk mekar…semerbak wangi…
rasa sayang walau ditutup …
tetap mempesona resah gelisah
jika tak bersama saling menampilkan
aura cinata kasih yang terselubung …
Oleh: Petualang Tiga
sajak memuja seseorang/29 Julai 2012 6:00 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Sdra.Petualang Tiga dua kali berjaya terpilih ke pusingan separuh akhir dulu tarik diri kini dengan sajaknya yang bertajuk: TERSELUBUNG Tema sajak semacam kerinduan nampaknya Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri. Mesejnya menyentuh kisaj jiwa2 juga yang dialaminya mungkin mengharap sesuatu yang terselindung untuk dicapai . Nasib belum menyebelahi anda ke final .Harap maaf setakat ini saja penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD).
12. Ungku Zubir berkata...
108.CINTA SERIBU DUKA (TBD)
saat akhirnya harus kutelan
hujan juga tak padam
jalan setapak tak kunjung datang
kau hempaskan jua rasa malang
di ragaku dirimu hilang…
dalam pekat bintang…
kudendang senyuman bertahan….
tetap menatap walau
menangis di gerimis
walau aku cerita seribu duka
walau cinta tak jua menyapa
Oleh: Ungku Zubir
sajak sedih
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Sdra.Ungku Zubir kini berjaya melangkah kepusingan separuh akhir dengan sajak yang bertajuk CINTA SERIBU DUKA Tema sajak jiwa2 juga nampaknya Pengucapannya bersahaja dan masih tercari kekuatan tapi punya artinya tersendiri. Mesejnya membicarakan kisah orang muda punya biasa mengharap cintanya tidak terjawab. .Nasib belum menyebelahi anda ke final .Harap maaf setakat ini saja penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD).
SUASANA BARU
embun pagi hari ini
bersama ribuan bunga rumput liar
desir angin membawa perkhabaran
rumahku menyimpan sejuta asa…
sinar mentari kicau burung…
menyimpan sejuta khayalan
kekosongan hati menanti tiada jemu…
janji jutaaan embun
mencipta suasana dan semangat baru
Hamba Allah
sajak fantasy
URAI SYAIR
akhirnyaku dalam satu garis yang sama
kesabaran teruji waktu yang hilang
nada sumbang sayup terdengar
bisik di dinding hati
melintas dalam ruang dan waktu
menanti untuk menembus kesunyian
mengukur jarak menghitung waktu…
urai syair kehilangan kesunyian hati
Hadi hamzah
sajak simbolik
HATI BELUM SIAP
menyimpan rasa rasa cinta yang ada
ketika terungkap terluka perih..
mengisi ruang dimasa janji
menjaga hati sendiri
tak berupa bayang atau ilusi
kuingin ada walau samar
tapi ada hati belum siap
Ustaz Sahzan
sajak simbolik
BERPERANG DENGAN HURUF DAN WARNA
Berperang dengan kata bagaikan
kayu dari ranting batang dan akar
sudah mengakar berdiri tegar
Berperang dengan huruf bagaikan
bunga yang berwarna–warni,
lalu menyatu sebuah kata dusta
berperang dengan kaktus berduri
walaupun penuh duri
huruf mengakar penuh kelakar dengan tanda petik dan koma
serta titik – titik berdiri.
Sang Arjuna
sajak sinis isu semasa
8 LAYAK KE AKHIR JULAI 2012.
1.Yusri Nawab
2.Zain Icssa
3.Mat Toopa
4.Kembara Budiman
5.Ansyar Mujid
6.Sadaqallah Alazim
7.Hamba Allah
8.Hadi Hamzah
TAHNIAH!
13. Hamba Allah berkata
109. SUASANA BARU (LSS)
Ketika embun turun pagi ini
bersama ribuan bunga rumput liar
desir angin membawa perkhabaran
rumahku menyimpan sejuta rasa…
sinar mentari dan kicau beburung…
telah menyimpan sejuta andaian
kekosongan hati menanti tiada jemu…
jutaaan janji embun yang menitik
mencipta suasana dan semangat baru
Oleh: Hamba Allah
sajak Andaian fantasy /30 Julai 2012 6:04 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Sdra.Hamba Allah buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan separuh akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SUASANA BARU Tema sajak andaian nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatanna dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada pengakuan ikhlas dengan apa yang harapkannya mungkin apa yang harapan sebagai andaian telah mula menampakan kenyataannya.Cuma pasrah kepadaNya Amin Layak diberi peluang sayembara seterusnya (LSS)
14, Hadi Hamzah berkata...
110.MENGURAI SYAIR (P)
Akhirnya aku dalam satu garis yang sama
kesabaran teruji waktu yang telah hilang
dimana nada sumbang sayup terdengar
dari bisik di dinding hati nuraniku
melintas dalam ruang dan benak jiwaku
kini menanti untuk menembus kesunyian
mengukur jarak menghitung waktu lalu…
demi mengurai syair dalam kesunyian hati
Oleh: Hadi Hamzah
sajak simbolik/30 Julai 2012 6:06 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Sdra. Hadi Hamzah kini berjaya juga melangkah kepusingan separuh akhir dengan sajak bertajuk MENGURAI SYAIR Tema sajak simbolik katanya Pengucapannya bersahaja dan punya artinya yang tersendiri. Mesejnya membicarakan.soal hati yang yang begitu lama mencari satu tafsiran yang sukar untuk diuraikan dalam rangkap syair, kini mengharap agar jawaban munkin dapat ditemui dalam kesunyian. agaknya. Apa pun diberi peluang dan perhatian untuk seterusnya (P)
15. Ustaz Sahzan berkata...
111.HATI BELUM SIAP (TBD)
menyimpan rasa rasa cinta yang ada
ketika terungkap terluka perih..
mengisi ruang dimasa janji
menjaga hati sendiri
tak berupa bayang atau ilusi
kuingin ada walau samar
tapi ada hati belum siap
Oleh: Ustaz Sahzan
sajak simbolik/30 Julai 2012 6:08 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Sdra.Ustaz Sahzan kini telah berjaya melangkah kepusingan separuh akhir buat kali kedua dengan sajak yang bertajuk HATI BELUM SEDIA Tema sajak jiwa2 juga nampaknya Pengucapannya bersahaja dan masih tercari kekuatan tapi punya artinya tersendiri. Mesejnya membicarakan kisah orang muda punya biasa munkin ramai yang mengharap cintanya tidak terjawab.munkin hati ustaz belum terbuka dan bersedia untuk menerimanya. Harap maaf diberi peluang kepada muka baru setakat ini saja penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD).
16.Sang Arjuna berkata...
112.BERPERANG DENGAN HURUF DAN WARNA (TBD)
Berperang dengan kata bagaikan
kayu dari ranting batang dan akar
sudah mengakar berdiri tegar
Berperang dengan huruf bagaikan
bunga yang berwarna–warni,
lalu menyatu sebuah kata dusta
berperang dengan kaktus berduri
walaupun penuh duri
huruf mengakar penuh kelakar
dengan tanda petik dan koma
serta titik – titik berdiri.
Oleh: Sang Arjuna
sajak sinis isu semasa/30 Julai 2012 6:14 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN SEPARUH AKHIR
Sdra.Sang Arjuna pertama kali kini berjaya melangkah kepusingan separuh akhir dengan sajak yang bertajuk BERPERANG DENGAN HURUF DAN WARNA Tema sinis politik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan masih tercari kekuatan tapi punya simbolik artinya tersendiri. Mesejnya membicarakan kisah isu semasa yang sukar untuk ditafsirkan dan ditangkap maksudnya melainkan anda sendiri yang aham. .Nasib belum menyebelahi anda ke akhir.Harap maaf setakat ini saja penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD).
PERHATIAN!
Yusri Nawab
Zain Icssa
Mat Toopa
Kembara Budiman
Ansyar Mujid
Sadaqallah Alazim
Hadi Hamzah
Hamba Allah
Hari Mereka perlu kemukan sajak untuk menentukan tempat atau kedudukan untuk petama hingga ke lapan.
Sejian Qalam Mutiara.
eh! boleh bertukar ke
selawat byk kali boleh bertukar putih
lain kali kena byk2 kan berselawat
apa benda selawat tu?? klu org hitam mcm sy boleh jd putih jgk ka?
selawat tu benda apa?
selawat bulan2 puasa byk pahala
semoga kita smua basahkan mulut dgn selawat
selawatlah anda sebelum anda diselawatkan... hehe
selawat boleh ubat mcm2 penyakit
org bukan islam boleh selawat x?
Catat Ulasan