Isnin, 16 Julai 2012

PENJAGA SEJATI (5)




 
Sayembara puisi jun 2012 ke lima

ku masih bertahan dari putus asa
bertahan dari ketidakpastian…
sejauh angan berharap…
tiada jua kunjung tiba
akankah penantiannya akan berakhir
tetapi aku akan tetap disini
menjadi penjaga yang sejati…
 
Oleh: Supain Sipaun,
sajak terkenang bekas tunang
/2 Julai 2012 3:06 PTG.


  
  

30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra. Supain Sipaun kini berjaya jugaanda melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk:.PENJAGA SEJATI Tema terkenang kisah lama nampaknya. Pengucapannya bersahaja ada kisah yang punya arti. Mesejnya nyata menyentuh tentang kisah sebenar apa \yang berlaku bila pertunangan telah putus munkin ada kesilapan dan keraguan di antara keduanya bagi. mencari satu penyelesaian putus tali pertunanganlah jalan sebaiknya.semoga lebih selamat Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ke lima (5)

Tinta Azimad berkata...

2. NAMPAK KEDEKUT HATI DERMAWAN.

Ada dua orang hamba Allah pengutip derma untuk bina masjid Datang ke sebuah rumah seorang Pak haji di kampong Hulu Langat Klang. Dengan senang hati Pak haji menjemput mereka masuk.


Semasa mereka hendak mengeluarkan buku pungutan derma Mereka melihat Pak Haji mengeluarkan se kotak rokok, dan di hulurkan seorang Se batang, bila seorang daripa mereka hendak mengambil mancis api di atas meja Pak Haji menghalangnya, lalu diberinya api daripa putting rokok yang sedang Dihisapnya.

Kedua pengutip derma masjid itu terkejut, dan berkata pada di dalam Hatinya, pasti Pak Haji ini seorang yang kedekut, lalu mereka meminta diri. Lantas Pak Haji bertanya kedatang mereka, Setelah diceritakan tujuan mereka, Pak Haji Tersenyum mesra, sambil mengeluarkan wang tunai seratus ringgit Malaysia.


Saya tak suka membazir, kalau hendak derma , bila-bila masa saja boleh Insyak Allah . kata Pak Haji sambil tersenyum . Kedua Perderma itu pun berundur, Terasa malu di dalam hati,kerana tersalah sangkaannya.TAMAT.

Zain Issac berkata...

RAPUH

berat,kosong jiwa resah,
gelisah walau bukan sendiri
hati meronta jiwa merintih
apakah perlu dalam lorong gelap
kau beri sinar dalam malam suram
kau sudah hadirkan rembulan
tapi aku masih perlukan bintang
dadaku sempit isinya sedikit
tabahnya bagai menunggu rapuh

Zain Issac
sajak ketuhanan

Ku Dania berkata...

OLEHNYA

Apa yang kita dapatkan sekarang
akan menentu apa kita di masa depan.
Apa yang kita lihat
apa yang kita perlihatkan,
tidak lain hanya mimpi dalam mimpi
Cahaya penerang dimiliki olehNya

Ku Dania
sajak simbolik

Jalil Janggut berkata...

SAMPAN TERASING

sampan terasing di laut tanpa arah
satu sinar di ufuk timur
tetapi jauh tak tercapai
gelora laut bawa ke sana
biar seribu tahun makan masa
mahu mencari rezeki
buat makanan hati
perlu sinar dalam legam malam

Jalil Janggut
sajak simbolik

Petualang Tiga berkata...

ROSAK

aku tinggalah sepi sendiri
tak ada yang menemani
Permata tlah pergi
jauh entah kemana
Angin bawa kuterbang
seperti burung terbang keawan
tak bisa meraihnya dengan mudah…
sulit untuk menjaga jika
terlalu kuat menggenggamnya…
maka ia akan rusak

Petualang Tiga
sajak sedih

Qalam Mutiara berkata...

Zain Issac berkata...

73.RAPUHNYA (LSS)

Bila terasa runsing
jiwa kosong resah gelisah,
walaupun bukan bersendirian
namun hati meronta jiwa merintih
apakah perlu dalam perjalan gelap ini
kau telah beri sinar dalam malam suram
kau sudah hadirkan cahaya rembulan
tapi aku masih perlukan sinar bebintang
dalam dadaku terasa sedikit sempit isinya
bagi menahan tabah bagai menunggu rapuh
jika aku gagal mengawal rasa keimanan kepadaNya.

Oleh: Zain Issac
sajak ketuhanan/17 Julai 2012 2:21 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

Sdra Zain Issac kini terpilih kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: RAPUHNYA Tema sajak ketuhanan katanya Pengucapannya terpaksa dilakukan sadikit pembetulan tetapi punya artinya tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang hati yang kosong dan ditambah rasa resah kekadang boleh mengugat rapuh rasa keimanan kepadaNya. Apa pun perbanyaklah menuntut ilmu mengenal sifat Allah swt untuk iman lebih kukuh dan yakin. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Ku Dania berkata...

74.OLEHNYA (TBD)

Apa yang kita dapatkan sekarang
akan menentu dimana kita di masa depan.
Apa yang kita lihat
apa yang kita perlihatkan,
tidak lain hanya mimpi dalam mimpi
Cahaya penerang dimiliki olehNya

Oleh: Ku Dania
sajak simbolik/17 Julai 2012 2:24 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

Sdra. Ku Dania kini kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajak bertajuk: OLEHNYA Tema sajak simbolik lagi nampaknya Pengucapannya bersahaja perlu sadikit pembetulan tapi punya arti tersendiri Mesejnya semacam ingin berfalasafah, tetapi hujung penutupnya mengelirukan pembaca..Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Jalil Janggut berkata...

75.SAMPAN TERASING (TBD)

sebuah sampan terasing
di tengah laut tanpa arah
terdapat satu sinar di ufuk timur
tetapi jauh tidak tercapai
gelora laut bawa ke sana
biar seribu tahun memakan masa
mahu mencari rezeki buat makanan hati
perlu sinar dalam legam malam

Oleh: Jalil Janggut
sajak simbolik/17 Julai 2012 2:26 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

Sdra. Jalil Janggut kini kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajak bertajuk: SAMPAN TERASING Tema sajak simboliki nampaknya Pengucapannya bersahaja gambaran menarik punya sadikit mengelirukan tapi ada arti tersendiri Mesejnya semacam ingin menerangkan arti dalam kehidupan Cuma andaian saja..Harap maaf diberi peluang kepada merela belum ke final, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

76. Petualang Tiga berkata...

HANCUR (P)

aku tinggal sepi sendirian
tidak ada siapa menemaninya
Permata hati pun telah pergi
jauh menghilang entah kemana
Angin bawalah dia bersama terbang
seperti beburung terbang ke awan
tidak bisa meraihnya dengan mudah…
sulit untuk menjaga dan memeliharanya
jika terlalu kuat aku menggenggamnya…
maka pasti ia akan hancur dan binasa

Oleh: Petualang Tiga
sajak sedih/17 Julai 2012 2:31 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

Sdra Petualang Tiga kini dua kali kembali kepusingan ke dua dengan sajaknya bertajuk: HANCUR Tema sajak dalam kesedihan nampaknya Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan dan punya artinya tersendiri Mesejnya menyentuh soal peribadi baru ditimpa musibah pembedahan si permata hati pula hilang menjauhkan diri. Apa pun jika digenggam mati di tangan, biarlah dia bebas seperti beburung terbang di awan.Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

Tinta Azimad berkata...

KISAH DAN TAULADAN.

BOTAK KETUA PEROMPAK TENGKORAK.
Oleh : Nurimanja



BOTAK seorang ketua perompak yang amat digeruni dan ditakuti dikawasan gurun sahara itu, setelah berpuluh tahun dia merompak berbagai macam barang dagangan khalifah yang melentasi kawasan itu , dia menjadi kayaraya, dan ingin bertaubat.


Pengikutnya seramai 40 orang itu tidak pernah membantah apa saja kata Botak sebagai ketua mereka, Mereka hidup tidak mengenal erti kemanusiaan ,setiap saudagar yang lalu mereka akan merompak dan membunuhnya.


Pada seuatu hari tiba-tiba datang seorang saudagar yang kayaraya dan tidak dikenalinya telah menyerahkan segala harta dan wang ringgitnya kepada Botak dengan harapan Botak dapat menyimpannya daripada dirompak penyamun di situ.

Botak dengan rasa hairan dan terkejut, Akulah perompak itu kenapa diserahkan segala harta dan wang ringgitnya kepada aku? Aku tak sepatutnya menginanyanya saudagar itu, kata Botak dalam hatinya. Selama ini aku terlalu jahat dan kejam., Aku ingin bertaubat, Ya Allah Ampunkan dosa-dosaku selama ini.


Setelah Botak berfikir panjang, Dia mengumpulkan semua penyamun di bawah arahan berkumpul , setelah diberinya bahagian daripa harta rompakan itu, dia menghistiharkan bersara dan bertaubatlah kamu semua supaya jangan merompak
lagi.Aku akan tidan mahu jadi ketua perompak lagi. TAMAT.


Ulasan; Sejahat-jahat manusia apabila mereka menerima hidayat dari Allah SWT dia akan berubah, sebaik-baik perubahan biarlah sebelum ajal sudah hamper.


TAMAT

Tinta Azimad berkata...

JANGAN PERCAYA ASAL USUL INI.


Kononya ada sepasang suami isteri yang baru berkawin, suami dari CANGLON dan Isteri dari KODIANG, mereka berdua tinggal di GURUN sebab suaminya ini pemalas dan hasil tanaman padi pula tidak menjadi tanh jadi kering kontang . Mak si suami setiap hari kerjanya pergi menahan MERBUK,

Satu hari isterinya telah mengamuk Dia bawa pisau di TIKAM BATU , namun si suami buat tak tahu saja. Dia rasa tak puas lagi terus dia melumpat di padang hingga rumput semua menjadi lumat ,maka jadilah PADANG LUMAT. Dengan perasaan geram, dia angkatnya belangga yang penuh kuah di BALING suaminya tak kena BELANGGA PECAH,

KUAH dari belangga pecah itu tumpah terkena dinding kota, Apa lagi semut pakat hurung kuah langsung semut buat sarang jadilah KOTA SARANG SEMUT. Kerana terlalu takut suaminya bersembunyi dalam Tongkang. Bila dia jumpa saja suaminya. Apa lagi dia mengamuk habis semua TONGKANG PECAH

Di rumah dia masih tunggu suaminya tak juga balik, dia geram diambilnya beras di bakar jadi pula BERAS TERBAKAR. Kebetulan di lihat oleh seorang namanya Matsirat kerana terlalu takut dia lari ke tengah pandang. Jadilah dia PADANG MATSIRAT.

Cerita lama dari GELETEK.

Nur Atikah berkata...

KOTAK WAKTU

gerimis turun perlahan..
rinai hujan basahi kaca
kutatap kelam angkasa di ujung sana
bayu pun mulai bertiup
menambah perih kubungkam mulut
bicara kenangan menguburkan
dalam sebuah kotak waktu

Nur Atikah
sajak sedih

Pak Ngah But berkata...

BUNUH WAKTU

ingin kubunuh waktu
dengan sebilah angan
terselip di pinggang
sampai terkapar bosan
hingga detiknya bercucuran
kutinggalkan sendirian
karena senja mulai temaram

Pak Ngah But
sajak marah

malik Wariya berkata...

PUTIH TERLIHAT

hembusan angin merejam jiwa
dingin merasuk ke tulang
apa yang terbayang hanya putih terlihat namun mata
tak mampu kupejam
harap terlintas di kegelapan
walau sekejap namun takkan
aku teruskan lagi kerana
menambah perih sepi ini…..

malik Wariya
sajak ketika diganggu dgn makhluk putih

Ustaz Sahzan berkata...

PERLINTASAN

terang perlahan menjilat gelap
jadi kuusap kelelahan kemarin belum hilang letihku
tapi pagi telah datang menjemput
kurentang kan kaki tangan ku
berharap letih itu pergi segera ….
kukejar hariku demi kehidupan
kerana ia adalah satu perlintasan
menuju tempat asal semula

Ustaz Sahzan
sajak simbolik kehidupan

Qalam Mutiara berkata...

Nur Atikah berkata...

77.KOTAK WAKTU (TBD)

gerimis turun perlahan..
renyai hujan membasahi kaca
kutatap kelam angkasa di ujung sana
bayu pun mulai bertiup sepoi bahasa
menambah perih kubungkam mulut
bicara kenangan menguburkan
dalam sebuah kotak waktu

Oleh:Nur Atikah
sajak sedih/18 Julai 2012 1:41 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

Sdri/Pn. Nur Atikah kini kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajak bertajuk: KOTA WAKTU Tema sajak bersedih nampaknya Pengucapannya menarik 4 baris pertama tapi sadikit mengelirukan pada penutupnya Mesejnya semacam soal peribadi dalam kehidupan Cuma andaian saja..Harap maaf diberi peluang kepada merela belum ke final, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Pak Ngah But berkata...

78.INGINKU BUNUH WAKTU (LSS)

Inginku bunuh waktu
pernah mencalar hidupku
dengan sebilah azam lara
lama tersimat di dadaku ini
sehingga terkabar kemarahan
hangus detiknya berterbangan
biarkan aku bebas bersendirian
karena senja mulai menguasai diri.

Oleh: Pak Ngah But
sajak marah/18 Julai 2012 1:42 PG
Inginku bunuh waktu akan jadi tajuk antologi puisi Julai 2012.

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

Pak Ngat But kini terpilih kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajaknya yang bertajuk: INGIN KUBUNUH WAKTU Tema sajak rasa kemarahan nampaknya Pengucapannya terpaksa dilakukan sadikit pembetulan tetapi punya artinya tersendiri. Mesejnya menyentuh tentang hati yang lara, mungkin dulu pernah tercalar. Bila usia dihujung senja terasa inginkan kembali untuk membunuh waktu yang lalu, supaya terasa damai menguasai diri Layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Malik Wariya berkata...

79.PUTIH TERLIHAT (TBD)

Hembusan angin merejam jiwa
dingin merasuk ke tulang temulang
apa yang aku lihat hanya bayangan putih
Menyebabkan mata tak mampu kupejam
harap terlintas di kegelapan
walau sekejap namun takkan
aku teruskan lagi kerana
menambah perih sepi ini…..

Oleh: Malik Wariya
sajak ketika diganggu dgn makhluk putih/18 Julai 2012 1:44 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

Sdra. Malik Wariya kini kembali lagi kepusingan ke dua dengan sajak bertajuk: PUTIH TERLIHAT Tema sajak misteri nampaknya Pengucapannya bersahaja gambaran menarik tapi sadikit mengelirukan pada penutupnya Mesejnya semacam ingin menerangkan kisah misteri bayangan putih menganggu tidur malamnya. Hanya disini saja penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Ustaz Sahzan berkata...

80.PERLINTASAN (P)

terang perlahan menjilat gelap
jadi kuusap kelelahan kemarin
belum hilang letih di tubuhku
tapi pagi telah datang menjemput
kurentang kan kaki tangan ku
berharap letih itu pergi segera ….
kukejar hariku demi kehidupan
kerana ia adalah satu perlintasan
buat menuju tempat asal semula

Oleh: Ustaz Sahzan
sajak simbolik kehidupan/18 Julai 2012 1:48 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KEDUA SUKU AKHIR

Sdra Ustaz Sahzan kini dua kali kembali kepusingan ke dua dengan sajaknya bertajuk: LINTASAN atau PERLINTASAN Tema sajak simbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan dan punya artinya tersendiri Mesejnya menyentuh soal kemelut tugas dalam kehidupan seharian , memang letih kalau kerja banyak pula bertanguh, kerana kerja itu ibadah, laksanakanlah. Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

mentari Senja berkata...

terus dia jadi balik plak?

Zainal Arifin berkata...

xleh nilai org dari luaran

jengking perak berkata...

dia bagi rm100 tu

Kembara Budiman berkata...

x sangka ingatkan kedekut

Paloi Atang berkata...

mcm ali baba dgn 40 penyamnun plak

Lagenda Pulau berkata...

semua jadi baik sekali ke

Warga Emas berkata...

trus dia insaf ke

Raja Muda berkata...

x sangka dgn cara tu trus dia insaf

Tanpa Nama berkata...

jtrjrjrtj

Tanpa Nama berkata...

rjrrregdgfgd