Khamis, 12 Julai 2012

MIMPI NURANI (3)





Sayembara puisi jun 2012 ke tiga

profesionalisma kita kini
abdi dalam pertukaran gaji bulanan
sebuah status dan sebuah kebanggaan
Mungkin kita cukup beruntung
hidup yang mampu memuaskan rasa
Namun itu sebuah kemewahan
perjuangan seringkali buat lemah
kita gagal dan tak mampu menang,
Hingga sebuah penyangkalan
akhirnya tersirat pikiran nuraniku
merasakan diriku  tak berdaya lagi di sini

 
Oleh: Muhamad Mualim
sajak sinis/2 Julai 2012 2:46 PTG





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra.Muhamad Mualim kini layak juga kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk:.MIMPI NURANI Tema sinis suasana tempat kerja baru yang kurang menyenangkan nampaknya. Pengucapannya bersahaja Mesejnya nyata menyentuh tentang kisah benar apa \yang berlaku ditempat pekerjaan, munkin berlaku pembulian yang berlebihan. Sebelum rasa kesabaran hilang eloklah mencari jalan yang terbaik semoga lebih selamat .Amin! Layak diberi kedudukan tempat yang ketiga (3)

Qalam Mutiara.

Tinta Azimad berkata...

CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA.
SIRI 8



Sewaktu Man mengumpul tenaga, kemarahannya sudah memuncak, bertambah parah lagi Man apabila kawan-kawannya menindih dan menekan tubuhnya ke tanah. Seluar yang dipakainya hamper terlondeh dikerjakan oleh kawan-kawannya.

Dengan perasaan cemas geram dan marah Man telah pun melepaskan satu tendangan yang kuat, tanpa disedari tendangan itu tepat mengenai perutYati, Lalu rebah, mengerekut seperti tengeling jatuh ke tanah.

“Aduhhhh!” Yati meraung kesenakan perutnya, menguling-guling di atas tanah menahan sakit .Tangisan Yati terhenti seketika, nafasnya turun naik, Man dan kawan-kawannya menjadi cemas.

Bila melihat keadaan itu Matnor, Ali, Usof, Nora dan Miri melarikan diri bila melihat keadaan itu, Man segera bangun dan memperbetulkan seluar dalamnya yang hamper terlondeh itu.

Man memandang ke arah Yati yang merengkok terbaring di atas tanah itu kemudian Man cuba merapatinya untuk membantu, tiba-tiba ada jari tangan lebih besar dari jarinya mengangkat dan memangku Yati, memecit tengkoh dan perut Yati.,

Man terpaku seketika, Melihat Yati yang lembek seperti daun pisang kering, lama juga baru nampak Yati mulai bergerak, mungkin Yati sesak nafas kerana senak perutnya akibat tendangan kuat Man tadi.

Man panik seketika bila melihat orang yang memberi pertolongan itu adalah Mamanya sendiri. Man kelihatan semakin pucat dan kecut, hatinya berdebar-debar takut. Man diam, tidak berani bersuara sepatah kata. Bila Mama melihat Yati mulai pulih sadikit.


Mama memecit-mecit bahu Yati dan membangunkannya lalu memujuknya pulang segera ke rumah kerana hari kian larut petang. Man nampak Yati terhenjut-henjut berjalan pulang.

Kemudian Man tengok Mama seperti singa lapar hendak menerkam mangsa. Man berdiri tegak, matanya terkebel-kebel menanti sasaran dari Mamanya.seperti kilat Mamanya mencekak rambut Man dengan kasar, Man memejam mata menahan sakit.


Kemudian Mama mengheret Man bawa pulang ke rumah, Man kian rapat memejamkan kedua matanya menahan sakit. Man tidak berani menjerit,takut nanti Mama akan tambah lagi penyeksa


SAMBUNGAN ESOK SIRI 9

Ziarah Makrifat berkata...

KACA TERHEMPAS

semarak kaca terhempas
pantulan cahaya membias rindu
kesamaran yang tragis umpama ombak
tiada henti meredah pantai
sebuah hati kejauhan
dimamah waktu kemesraan
dalam hening kesamaran
pada kalimat berapi

Ziarah Makrifat
sajak simbolik

Sharifah AL Habsi berkata...

KETULUSAN

diriku sepi tanpa tangis
sang belahan hati..
Biarlah kusimpan keindahan
Meski tak lagi bersama
Bilamana embun keindahan sang pagi
Maka embun hati lain
air mata ialah ketulusanku

Sharifah AL Habsi
sajak simbolik

Siti Hajar berkata...

SYUKURI DAN NIKMATI

Terkadang pabila siang,
kita merindui rembulan
Pabila malam kita bertanya mentari
Sering kita tangisi
hanya pabila ia tak lagi disisi
Aku tak mahu jadi begini,
Malamku bersama rembulan, kusyukuri kunikmati

Siti Hajar
sajak simbolik

Tuna Tatiati berkata...

PANTAS BERLARI

Apa perlu ku rasai?
Mengapa harus ku tempuhi?
Telah ku cuba hindari
Namun tetap didatangi.
Keluh kesah menyinggah
agar dapat dijauhi.
Namun telah disurat
Walau beribu alasan dihidangi
tetap tidak akan dapat dijauhi.
Semakin pantas berlari
semakin ia menghampiri.

Tuna Tatiati
sajak sedih

Malik Wariya berkata...

TULUS

rembulan menyinari bumi.
Jika memandang seakan tergetar ketulusannya seakanku terlena
kelembutan ia tersenyum…
Duniapun ikut tersenyum
Hidupnya penuh ketenangan jiwa.
Karena hatinya selalu tulus

Malik Wariya
sajak simbolik

Haji Hamdan berkata...

TERUCAP

biarkan malam menjadi saksi
biarkan siang jadi renungan
ku tatap jauh bintang yangg bersinar
walau sulit untuk kudapat kan
ku rela hati ini terkapar
oleh cahaya yang menajubkan,
hanya untaian sayang terucap
hanya dari bibirku ini

Haji Hamdan
sajak jiwa2

Pak Bostamam berkata...

PUAS

Mulai hari ini hidup
harus dengan batasan
Hubungan erat jadi lebihmenyakitkan
lembut keringat hati telah letih
sapu tangan basah
penuh dengan kemerahan darah
Sobekan pisau hati mendendam
Kesal tak cukup membuat diri puas

Pak Bostamam
Sajak marah

Gelora Maya berkata...

KERIKIL

Mati dengan kebaikan takkan ada kesempatan berbalik kembali
namun bukan hanya kekasaran
melainkan untuk apa hidup ini
adalah sebuah roda dimana
saat kita berjalan berada
di atas dan bawah hingga
jalan yang lurus banyak kerikil
membuat kita selalu
ingin menyerah dan mengakhiri hidup

Gelora Maya
sajak sedih

Tinta Azimad berkata...

CERPEN ANAK PEREMPUAN SIMPANAN OLEH : NURIMANJA.
SIRI 9



SAMPAI saja ke depan pintu, Mama tolak pintu tak berkunci dengan kaki,sekali gus Mama humbam Man tersunbgkur ke atas lantai. Man diam, tidak berani bersuara atau menangis. Kemudian Mama cekak baju Man di tengah belakang, Mama tarik Man hingga ke bilik tidur papa.


Mama tolak lagi muka Man ke lantai, Mama capai rotan yang tersangkut di dinding, Mama sentap seluar Man sehingga bogel, lalu Mama mulalah belasah buntut Man macam orang setengah gila.

Man memekek minta ampun, kerana terlalu sakit menerima beberapa kali lembasan rotan.dari sasaran Mamanya.

“Ampun Mama! Ampun!! Man tak buat lagi!”

“Anak tak tahu di untung!” Sergah Mama sambil mengengam penubuk kirinya ke muka Man.

Beberapa kali lagi rotan itu melayang hingap ke buntut Man yang terdedah itu,ada dua tiga jalur merah merentangi buntutnya. Man menekup dengan kedua belah tangannya kerana terlalu sakit, sambil memekek minta ampun.

Tetapi tidak ada seorang pun dari Jiran-jiran yang ada di sebelah menyebelah rumah setingan tempat Man tinggal tidak berani masuk campur cuma diam sahaja mendengar pekekkan suara Man itu, mereka tahu bahawa Man kena pukul lagi.

Selain buntut Man , badan Man juga penuh dengan calar bilar bekas kena lebas dengan tali pinggang Papanya, Man mengerang rasa sedih dan tertiarap di atas lantai menahan kesakitan,seluar bajunya berselerak di atas lantai dalam bilik itu.

“Anak tak dengar kata, Mama cakap jagan berkawan dengan budak-budak itu, kau degil, tak mahu dengar kata!!”

Marah Mama geram, Selepas itu Mama mengunci pintu bilik. Man terkurung di dalamnya Hari itu sampai ke malam, Man tak makan sabiji nasi pun, Man merajuk tak mahu makan. Mama pun tak panggil Man untuk makan, Man hanya menyembunyikan dirinya di bawah katil dengan hati pilu dan sedih.




SAMBUNGAN ESOK SIRI 10

Qalam Mutiara berkata...

Pak Kassim berkata...

57.HANYA AKU YANG TAHU (LSS)

hanya aku yang tahu meskipun
bersembunyi di balik keindahan
Mungkin hanya aku yang merasakan
Walau terlindung oleh
tebalnya dinding kelembutan
telah tersimpan dalam hati
Kuat mengakar dalam setiap langkah
Kadang kau hadirkan kesejukan
Namun kau juga berikan kepedihan
Kadang kau berikan aku ketenangan
Namun kau juga hadirkan kegelisahan

Oleh: Pak Kassim
sajak simbolik/11 Julai 2012 4:01 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Pak Kassim kini muncul kembali dalam ujian kelayakan dengan sajaknya bertajuk:HANYA AKU YANG TAHU Tema sajak simbolik katanya Pengucapannya bersahaja tetapi ada makna tersembunyi dan punya arti tersendiri. Mesejnya menyentuh isu semasa dalam kemelut kekalutan yang kekadang baik dan kekadang lebih banyak keburuknya. Menjadikan susana bertambah pening dan pusing.. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Ziarah Makrifat berkata...

58.KACA TERHEMPAS (TBD)

semarak kaca terhempas
pantulan cahaya membias rindu
kesamaran yang tragis umpama ombak
tiada henti meredah pantai
sebuah hati kejauhan
dimamah waktu kemesraan
dalam hening kesamaran
pada kalimat berapi

Oleh: Ziarah Makrifat
sajak simbolik/12 Julai 2012 2:03 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Ziarah Makrifat kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: KACA TERHEMPAS Tema sajak bersimbolik juga nampaknya Pengucapannya sadikit mengelirukan tapi punya arti tersendiri Mesejnya menyentuh situasi isu semasa yang penuh dengan persoalan dalam kehidupan sehariannya. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Sharifah AL Habsi berkata...

59.KETULUSAN (P)

Diriku sendiri tanpa tangis
bila sang belahan hati menyepi..
biarlah kusimpan keindahan
meski aku tak lagi bersama
bilamana embun keindahan sang pagi
beredar lalu menitik di tempat lain
biarlah air mataku ini satu ketulusan

Oleh: Sharifah AL Habsi
sajak simbolik/12 Julai 2012 2:05 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri Sharifah Al Habsi kini muncul kembali dalam ujian kelayakan dengan sajaknya bertajuk: KETELUSAN Tema sajak simbolik tetapi ada sedih nampaknya Pengucapannya bersahaja cuma sadikit benbetulan dan punya arti tersendiri. Mesejnya menyentuh soal peribadi mungkin si dia belahan hati telah menjadi embun yang menitik tempat yang lain, kini sepi sendirian menanti dengan telus hati . Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

Qalam Mutiara berkata...

Siti Hajar berkata...

60.SYUKURI DAN NIKMATI (TBD)

Terkadang pabila siang,
kita merindui rembulan
Pabila malam kita bertanya mentari
Sering kita tangisi
hanya pabila ia tak lagi disisi
Aku tak mahu jadi begini,
Malamku bersama rembulan, kusyukuri kunikmati

Oleh: Siti Hajar
sajak simbolik/12 Julai 2012 2:08 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Pn Siti Hajar kini muncul kembali dalam ujian kelayakan dengan sajaknya bertajuk: SYUKURI DAN NKMATI Tema sajak simbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan punya arti atau maksud tersendiri dan tersembunyi Mesejnya menyentuh soal isu semasa mungkin hatinya telah lama terpaut dengan sinaran rembulan jadi sukar untuk menilai sinaran sang matahari yang telah banyak berbakti Apa pun itu hak kebebasan tersendiri untuk menilainya. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Tuna Tatiati berkata...

61.PANTAS BERLARI (TBD)

Apa perlu ku rasai?
Mengapa harus ku tempuhi?
Telah ku cuba hindari
Namun tetap didatangi.
Keluh kesah menyinggah
agar dapat dijauhi.
Namun telah disurat
Walau beribu alasan dihidangi
tetap tidak akan dapat dijauhi.
Semakin pantas aku berlari
semakin dekat ia menghampirinya.

Oleh: Tuna Tatiati
sajak sedih/12 Julai 2012 2:11 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri.Tuna Tatiati kembali lagi kali ini dengan sajak bertajuk: PANTAS BERLARI Tema sajak kesedihan nampaknya Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan punya arti tersendiri Mesejnya semacam bergelut dengan kehidupan yang mungkin sering dihimpit sesengsaraan walaupun telah cuba untuk berusaha melepaskannya.Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Malik Wariya berkata...

61.TULUS (LSS)

rembulan menyinari bumi.
Jika memandang seakan tergetar
ketulusannya seakanku terlena
kelembutan ia tersenyum…
Duniapun ikut tersenyum
Hidupnya penuh ketenangan jiwa.
Karena hatinya selalu tulus

Oleh: Malik Wariya
sajak simbolik/12 Julai 2012 2:13 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Malik Wariya kini muncul kembali dalam ujian kelayakan dengan sajaknya bertajuk: TULUS Tema sajak simbolik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan punya arti tersendiri dan tersembunyi Mesejnya menyentuh soal peribadi dengan isu semasa mungkin perasaan dan hatinya telah lama bersemadi bersama sinaran rembulan jadi susah untuk menilai sinaran sang matahari.Apa pun itu hak kebebasannya. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Haji Hamdan berkata...

62.TERUCAP (TBD)

biarkan malam menjadi saksi
biarkan siang jadi renungan
ku tatap jauh bintang yang bersinar
walau sulit untuk kudapatkan
ku rela hati ini terkapar
oleh cahaya yang menajubkan,
hanya untaian sayang terucap
hanya dari bibirku ini

Oleh: Haji Hamdan
sajak jiwa2/12 Julai 2012 2:14 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Tuan Haji Hamdan kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: TERUCAP Tema sajak jiwa pula katanya Pengucapannya sadikit mengelirukan tapi punya arti tersendiri Mesejnya menyentuh soal suasana atau isu semasa yang penuh dengan persoalan dalam kehidupan sehariannya.Apa pun itu hak kebebasan peribadi. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Pak Bostamam berkata...

63.PUAS (TBD)

Mulai hari ini hidup
harus dengan batasan
Hubungan erat ja di lebih menyakitkan
lembut keringat hati telah letih
sapu tangan telah basah
penuh dengan kemerahan darah
Sobekan pisau hati mendendam
Kesal tak cukup membuat diri puas

Oleh: Pak Bostamam
Sajak marah/12 Julai 2012 2:20 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Pak Bostamam kini kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: PUAS Tema sajak marah pula nampaknya Pengucapannya semacam bernasihat tapi punya arti tersendiri Mesejnya menyentuh soal isu semasa dalam kehidupan seharian yang kini telah banyak hilang rasa kebudayaan ketimurannya.. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Gelora Maya berkata...

64.KERIKIL (P)

Mati dengan kebaikan takkan ada
untuk kesempatan berbalik kembali
namun bukan hanya kekasaran
melainkan untuk apa hidup ini
adalah sebuah roda dimana
saat kita berjalan berada
di atas dan bawah hingga
jalan yang lurus banyak kerikil
membuat kita selalu lupa
ingin menyerah dan mengakhiri hidup.

Oleh: Gelora Maya
sajak sedih/12 Julai 2012 2:24 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Gelora Maya kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:KERIKIL Tema sajak suspen kesedihan nampaknya Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan punya arti tersendiri Mesejnya semacam menyentuh soal kehidupan yang mati hanya sekali tidak akan dapat berbuat baik kembali jika selama ini tidak sempat berbuat bakti.. Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

Qalam Mutiara berkata...

MEREKA YANG LAYAK KE PUSINGAN KEDUA SAYEMBARA PUISI JULAI 2012

1. Guest
2. Mat Tooopa
3. Puteri Lilin
4. Hadi Hamzah
5. Abang
6. Sohibul Wakdiamin
7. Seri Suri
8. Julia
9. Yusmanira
10. Zain Issac
11. Sang Arjuna
12. Putera Damien
13. Ambuyak
14. Asyar Mujid
15. Utaz Sahzan
16. Yusri Nawab
17. Petualang Tiga
18. Zainal Arifin
19. Hamba Allah
20. Ungku Zubir
21. Nur Atikah
22. Capricorn
23. Ku Dania
24. Kembara Budiman
25. Emily Osman
26. Jalil janggut
27. Pak Ngat But
28. Tengku Anita
29. Pak Kassim
30. Sharifah Al Habsi
31. Malik Wariya
32. Gelora Maya

Qalam Mutiara berkata...

Buat lampan KUM 1 hingga KUM 8


Lepaskan sajak sehari 4 sahaja.okey . Harap maklum.


Oleh Qalam.

Mentari Senja berkata...

man ni anak sapa

Penglipur Lara berkata...

anak luar nikah kan man ni?

Guru yahya berkata...

cerita psl anak haram ke ni?

Ezad Emir berkata...

ayah man yang btol mana

Nurse Lisa berkata...

mak man ni pelacur ke

Salina berkata...

mak man ni kerja apa?

Saizul Maizav berkata...

cerita mcm pnh baca saja

Pak Kassim berkata...

klu x salah pnh dh baca cerita ni dlu