Selasa, 31 Julai 2012

OH TUHAN, AKU MINTA PADAMU



untuk munajat dihujung malam

Jika engkau masih melanjutkan usiaku ini
jadilah aku seorang yang disenangi dan disukai
jika ada ilmu akan aku cuba perkembangkan
jika ada pengalaman akan aku kongsi bersama
jadikanlah aku orang bertawadok dan zuhud
berhati-hati dalam percakapan dan perlakuan.

Jangan engkau jadikan aku tamak haloba
memburu dan menghimpun segala harta dunia
jikalau  bertambah hartaku dan kesenanganku
jadikan aku orang yang pemurah dan bersyukur,
tidak beerti jika aku lanjut usia aku lupa dan kupur
kekalkan solatku, puasa dan membaca al Quran.

Jika engkau masih benarkan aku bernafas
seimbangkanlah kehidupan dunia dan akhirat
jangan dibenci, dicaci, anak menantu dan cucu
jika semuanya ini gagal aku dapat laksanakan
adalah sebaiknya jalan engkau matikan saja aku
agar aku tidak menyesal di akhirat nanti, amin.

Oleh: Nurimanja,
Satu pengucapan yang takut,
sebagai doa kepada Rabul Izati. 2010





30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

BICARA KELEBIHAN TAMAR ATAU KURMA
Oleh Qalam Mutiara.

Cerita dari akhbar yang penah saya baca.

Ada seorang hamba berbangsa cina beragama Islam , dia bekerja sebagai pemandu lori di Mesir dalam perojek membinaan taman perumahan di sana.

Satu hari dia kena sakit jantung, seorang sahabat berbangsa Arab memberi tahu kepadanya, amalkan makan buah kurma,beberapa biji setiap hari. Kebetulan semasa itu dalam bulan puasa sahabatnya mengzirahi dia di hospital.

Akhirnya doktor yang mengubatinya memberi tahu jantungnya kemali pulih sepeti sedia kala. Berkat buah tamar dalam bualan puasa dengan inzin Allah swt.

Tinta Azimad berkata...

TAZKIRAH

BERTAJUK : ABU SALLEH DENGAN SEBIJI EPAL

OLEH: NURIMANJA

Untuk menjadi seorang yang wahdinas subullussalam Abu Salleh seorang pemuda saufi (mungkin seperti ustaz muda)stelah jauh mngembara, dia keletihan dan berehat sebentar di tepi sungai, tiba hanyut sbiji epal yang ranum lalu dia menambil dan mmakannya .

Setelah kenyang Abu salleh baru teringat epal yang dia makan itu tentu ada tuan yang menanamnya, aku telah memakan benda yang haram kerana tanpa keizinan tuannya. Astaffirulllhalazimmm.Lalu dissulinya sugai itu hingga ke hulu, dan Abu Salleh teah menemui kebun epal itu.

Setelah bertemu dengan Abdul Sulaiman tuan kebun itu dan Abu Salleh telah menceritakannya, Dia didapati bersalah. untuk menebusdosanya, tuan kebun telah mendendakannya bekerja 12 hari di kebunnya tanpa gaji.disertakan satu syarat lagi kena berkhawin pula dengan anak dara yang cacat angotanya itu.

Setelah elesai bekerja Abu Salleh telah diberi penerangan , jodohnya itu anak Abdul Sulaiman seniri, angotanya yang cacat, kaki, tangan, mata, telinga dan mulut. Kerana takut dosanya tidak diampun Abu Salleh bersetuju saja syarat akhir itu dengan senangan hati menerima gadis yang tidak beribu itu..

Setelah berkhawin Abu Salleh amat tekejut, idapainya iterinya itu tidak cacat, malah seorang gadis dusun yang cantik rupawan, apa yang dimaksudkan cacat itu ialah, tidak pernah keluar dari kawasan rumahnya, tidak pernah mengambil barang oang, tidak pnah mlihat lelaki selain bapbanya, tidak prnah mndngar perkataan yang kotor, dan yang akhir sekali mulutnya tidak pernah mengumpat, sebab tiada kawan slain bapaknya.

Pengajaran;

seorang yang ikhlas berjuang di jalan kebenaran biasanya Allah akan memberi rezeki tanpa disedarinya.ia itu jalan subullussalam (jalan yang keamanan dan kebenaran). Isteri solehah adalah idaman seorang lelaki yang soleh buat teman bebual dan ssesama mnyelesaikan masallah dikala senang dan susah, engkaulah teman, enkaulah isteri sejati.

Zain Issac berkata...

PENJELAJAH MERAIH MIMPI

jalanku ada arahnya
tapi akankah semua itu
seindah yang dilihat
berbatu dan berliku
hingga di hujung tebingku terpaku
benar ini perjalanan dilewati
jika memilih tiada hambatan
hantarkan erti hidup sebenarnya
beri jalan menuju bahagia akhirat….
semangatlah penjelajah
meraih mimpi yang telah dicipta

Zain Issac
sajak ketuhanan

Mat Toopa berkata...

DUA KEPING HATI

syair lagu ku senandungkan
biarkan mengalun indah
melewati jiwa seirama….
lebih suci seputih
melantunkan nada syair…
seirama anugerah cinta
siraman kehangatan bagi hati…
dua keping hati

Mat Toopa
sajak pergentian syair sambungan sajak sebelum ni

Hadi Hamzah berkata...

MEREKAH KEDAMAIAN

Ombak berdebur hancur
batu karang menyambut
Deru angin tak berhenti
Hantaman ombak tetap
tegar bersimbah darah
sekali harta lenyap nyawa melayang
angin hantar kegerbang Kemenanganmu
Langit cerah menampakkan senyuman
Merekah penuh kedamaian.

Hadi Hamzah
sajak marah bergabung idea dgn pak kassim.. hehe

Hamba Allah berkata...

FAJAR TANPA SAYAP

aku seperti fajar tak bersayap
menjadi cahaya tak terbentang
memisahkan jiwa kebebasan
kekuatan tak bergerak
peradaban dunia yang beragam
kemiskinan dalam mimpi disiang hari
Sehingga keindahan telah pudar
Hari ini aku tertawa dalam telaga
kemiskinan masih merenggutku

Hamba Allah
sajak mengenang nasib

Sang Arjuna berkata...

SIAPAKAH AKU NI TUHAN?

TUHAN SIAPAKAH AKU INI???
SEHINGGA KAU MAhU MENEBUS DOSAKU
AKU HANYA MANUSIA YANG FANA
SETIAP DETIK AMELAKUKAN DOSA
TUHAN BEGITU BESAR KASIHMU
ENGKAU TELAH MENYAPA
SEHINGGA AKU MENJADI BARU
RENCANAMU SANGAT INDAH
SEHINGGA MEMULIHKAN ORANG LELAH
CAHAYAMU SUNGGUH TERANG
BAGAIKAN FAJAR YANG DATANG…..
JANJIMU SUNGGUH BESAR
BAGI ORANG YANG BERBUAT BENAR
AMARAHMU SUNGGUH SANGAT KEJAM
KEPADA ORANG YANG BERHATI KELAM

Sang Arjuna
sajak keinsafan maaf encik qalam ni sajak bulan lps msa tu komputer sy rosak huruf jd besar semuanya.

Asyar Mujid berkata...

RASA YANG TERBENGKALAI

Hati terbelenggu oleh kemarahan
Kebaikan tertutup rasa kebencian
Senyum terurai oleh beratnya beban
Hidup bagaikan tak ada guna
Aku berjalan perlahan
menyusuri lembah jalanan
Dengan percikan air mata mengikuti
Gemuruh angin menerbangkan
seluruh catatan hidup menuju
rasa bangga yang terbengkalai

Asyar Mujid
sajak tentang bebanan kerja yang ditanggung

Yusri Nawab berkata...

EGOMU

tak sadarkah kalian
dunia semakin menipu
semakin merosak hatimu,
menggundah merobek robek perasaan
usaikan sudah semua dusta
adalah sesaat takkan di kenang
tak sadarkah engkau telah
membunuh jiwa meleburkannya
dalam kemunafikan ego mu…

Yusri Nawab
sajak buat si anu

Sadaqallah Azim berkata...

SUARA TAK BERKAKI

Aku benci suara yang tak berkaki
tetapi berbunyi dalam dalam hening
hingga menghitamkan suasana
seketika tadinya mendung
Menutup suria yang tadinya bersinar
berteriak berpaling pada kata
akutetap sepi mengalir dalam lumpur
walau terlihat ada sdikit kejujuran
tetapi suara lain tetap bergemuruh

Sadaqallah Azim
sajak buat orang yang suka memecah belahkan manusia terutama penyokong disebelah sana

Qalam Mutiara berkata...

1.Zain Issac berkata...

113.PENJELAJAH MERAIH MIMPI (2)

jalanku ada arahnya
tapi akankah semua itu
seindah yang dilihat
berbatu dan berliku
hingga di hujung tebingku terpaku
benar ini perjalanan dilewati
jika memilih tiada hambatan
hantarkan erti hidup sebenarnya
beri jalan menuju bahagia akhirat….
semangatlah penjelajah
meraih mimpi yang telah dicipta

Oleh: Zain Issac
sajak ketuhanan/31 Julai 2012 3:29 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG. JULAI 2012
PUSINGAN AKHIR PENENTUAN
Sdra.Zain Issac buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: PENJELAJAH MERAIH MIMPI Tema sajak ketuhanan nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatanna dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada pengakuan ikhlas dengan apa yang dialami dan diharapkannya sukar untuk menjadi kenyataannya.Cuma pasrah kepadaNya Amin Layak diberi tempat ke dua (2)

Qalam Mutiara berkata...

2.Mat Toopa berkata...

114.DUA KEPING HATI (8)

syair lagu ku senandungkan
biarkan mengalun indah
melewati jiwa seirama….
lebih seputih suci murni
melantunkan nada syair…
seirama anugerah cinta
siraman kehangatan bagi hati…
dua keping hati bercantum mati

Mat Toopa
sajak pergentian syair sambungan sajak sebelum ni/31 Julai 2012 3:30 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG. JULAI 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdra.Mat Toopa buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: DUA KEPING HATI Tema sajak jiwa 2 nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatanna dan punya artinya tersendiri. Mesejnya meluahkan pengakuan ikhlas dengan apa yang dialami dan diharapkann agar menjadi satu kenyataannya. Layak diberi tempat ke lapan sahaja (8)

Qalam Mutiara berkata...

3.Hadi Hamzah berkata...

115.MEREKAH KEDAMAIAN (6)

Ombak berdebur hancur
batu karang menyambut
Deru angin tak berhenti
Hantaman ombak tetap
tegar bersimbah darah
sekali harta lenyap nyawa melayang
angin hantar kegerbang Kemenanganmu
Langit cerah menampakkan senyuman
Merekah penuh kedamaian.

Hadi Hamzah
sajak marah bergabung idea dgn pak kassim.. hehe/31 Julai 2012 3:31 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG. JULAI 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdra.Hadi Hamzah buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: MEREKAH KEDAMAIAN Tema sajak marak katanya Pengucapannya bersimbolik pada alam penutupnya agak meragukan dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam menyentuh isu semasa.namun di hujung penceritaannya sadikit mecacatkan. Layak diberi tempat ke enam (6)

Qalam Mutiara berkata...

4.Hamba Allah berkata...

116.FAJAR TANPA BERSAYAP (1)


Aku seperti fajar tidak bersayap
menjadikan cahaya tidak terbentang
memisahkan jiwa kebebasan
kekuatan tidak berdaya bergerak
peradaban dunia yang beragam
menjadikan harapan mimpi disiang hari
Sehingga keindahan telah pun pudar
Hari ini aku tertawa dalam rasaduka
biar pun kemiskinan merenggut hidupku ini

Oleh: Hamba Allah
sajak mengenang nasib/31 Julai 2012 3:33 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG. JULAI 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdra.Hamba Allah buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: FAJAR TANPA SAYAP Tema sajakmengenang nasib nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatanna dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada pengakuan ikhlas dengan apa yang dialami dan diharapkannya sukar untuk menjadi kenyataannya.Cuma pasrah kepadaNya Amin Layak diberi tempat pertama (1)

Qalam Mutiara berkata...

5.Sang Arjuna berkata...

117.SIAPAKAH AKU INI TUHAN? (3)

Tuhan siapakah aku ini?
Sehingga kau mahu menebus dosaku
Aku hanya manusia yang fana
Setiap detik melakukan dosa
Tuhan begitu besar kasihmu
Engkau telah menyapa
Sehingga aku jadi termanggu
rencanamu sangat indah
Dapat memulihkan rasa resah
cahayamu sungguh terang
bagai fajar yang datang
janjimu itu sungguh benar
bagi mereka yang beramal makruf
amarahmu sungguh kejam
kepada orang melakukan mungkar

sajak keinsafan maaf encik qalam ni sajak bulan lps msa
itu komputer sy rosak huruf jd besar semuanya./31 Julai 2012 3:34 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG. JULAI 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdra. Sang Arjuna buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk SIAPAKAH AKU INI TUHAN? Tema sajak keinsafan nampaknya Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada pengakuan ikhlas dengan rasa keinsafan dialami dan diharap ada penampunan daripadaNya Amin Layak diberi tempat ke tiga (3)

Qalam Mutiara berkata...

6.Asyar Mujid berkata...

118.RASA YANG TERBENGKALAI (6)

Hati terbelenggu oleh kemarahan
Kebaikan tertutup rasa kebencian
Senyum terurai oleh beratnya beban
Hidup bagaikan tak ada guna
Aku berjalan perlahan
menyusuri lembah jalanan
Dengan percikan air mata mengikuti
Gemuruh angin menerbangkan
seluruh catatan hidup menuju
rasa bangga yang terbengkalai

Oleh: Asyar Mujid
sajak tentang bebanan kerja yang ditanggung/31 Julai 2012 3:35 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG. JULAI 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdra.Ansyar Mujid buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: RASA YANG TERBENGKALAI Tema sambung sajak semalam dengan bebanan tugas nampaknya .Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada pengakuan ikhlas dengan apa yang dialami dan diharapkannyaada sadikit pembelaan dari majikan kini .cuma pasrah kepadaNya Amin Layak diberi tempat ke enam (6)

Qalam Mutiara berkata...

7.Yusri Nawab berkata...

119.KEEGOANMU (4)

tidak sadarkah kalian ?
dunia penuh dengan penipuan
semakin merosak hati nuranimu,
menggundah merobek segala perasaan
usirkanlah semua kata caci dan dusta
adalah saat yang tidak perlu di kenang
tidak sadarkah bahawa engkau telah lelah
membunuh jiwa meleburkan keadaan
dalam kemunafikan keegoan mu sendiri…

Oleh: Yusri Nawab
sajak buat si anu/31 Julai 2012 3:36 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG. JULAI 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdra.Yusri Nawab buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: KEEGOANMU Tema sajak berbau politik nampaknya Pengucapannya sadikit pembetulan namun bersahaja ada kekuatanna dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam member peringatan tegas dan perlu diingatkan apakah faedah keegoan yang anda ingin tunjukan sekadar menjerat diri kea rah keunafikan. Layak diberi tempat ke empat (4)

Qalam Mutiara berkata...

8.Sadaqallah Azim berkata...

120.SUARA YANG BERSEMBUNYI (5)

Aku benci suara yang bersembunyi
masih berbunyi dalam hening sepi
hingga menghitamkan suasana
seketika tadinya mendung berlalu
Menutup suria yang tadinya bersinar
berteriak berpaling pada kata dusta
aku tidak mengerti mencari nilai leluhur
walau terlihat ada sdikit rasa kejujuran
tetapi suara lain tetap bergemuruh

Oleh: Sadaqallah Azim
sajak buat orang yang suka memecah belahkan manusia terutama
penyokong disebelah sana/31 Julai 2012 3:43 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI & PENJAGA BLOG. JULAI 2012

PUSINGAN AKHIR PENENTUAN

Sdra.Sadaqallah Azim buat pertama kali berjaya terpilih ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk: SUARA YANG BERSEMBUNYI Tema sajak isu politik nampaknya Pengucapannya bersahaja ada kekuatanna dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam ada rasa tidak puas hati dengan pihak tertentu yang cuba mengharu birukan keadaan.kita Cuma berdoa dan pasrah kepadaNya Amin . Layak diberi tempat ke lima (5)

Tinta Azimad berkata...

KEPUTUSAN SAYEMBARA PUISI JULAI 2012

1. Hamba Allah
2. Zain Icssa
3. Sang Arjuna
4 .Yusri Nawab
5. Sadaqallah Alazim
6. Ansyar Mujid
7. Hadi Hamzah
8. Mat Toopa

TEMPAT PERTAMA HINGGA KE LAPAN.
TAHNIAH! SELAMAT BERTRAWIH....

Tinta Azimad berkata...

HADIANG SUMBANGAN DATUK HASBI


TERIMA KASIH DATUK HASBI SEMOGA PANJNG UMUR MURAH REZEKI. AMIN!
BERBAHAIAN DI SISI KELUARGA ....


Datuk Hasbi: hadiah kali ni tempat pertama sy bagi rm100... tempat kedua smpai keempat rm80.. tempat kelima smpai kelapan rm50 saja

Jeffry berkata...

untung dpt gadis cntik

Pak Bostamam berkata...

benar buah tamar byk khasiat

Kembara budiman berkata...

buah kurma boleh ubati penyakit ke

Bok Kacak berkata...

buah tamar dgn air zam2 mmg berkhasiat

Harimau Berantai berkata...

boleh amalkan mkn buah kurma ni

Raja Muda berkata...

klu hati ikhlas tuhan balas baik

Dam Catur berkata...

klu aku makan buat xthu xpyh la nak cari sapa pnya? hehe

Datuk Hasbi berkata...

rajin btol dia menyusuri sungai tu

Zainal Arifin berkata...

untung la dpt bini cntik.. hehe

Jalal rafzee berkata...

ingatkan cacat btol rupanya simbolik je