Khamis, 5 Julai 2012

KITA PUN BAGAI DEDAUN




Puisi simbolik buat renungan.


Dahulu,
kita yang merendang menyongsong angin
menahan hujan panas untuk mencantekan
rimbunan pepohon dalam sebuah taman.

Dinihari,
Kita pun keguguran  bagaikan  dedaun
yang tua dan kering meningalkan ranting
jatuh melayang ke bumi menjadi kering dan layu.

 
Oleh; Nurimanja,
Catatan  sk St Xavier, Lebuh Farquhar,Penang.
13hb, Mac, 1988




30 ulasan:

Tinta Azimad berkata...

MAI KOPI SECAWAN!

ANTARA KENDURI DURIAN DAN
UBAH TRADISI KHUTEBAH JUMAAT.



Al Kisah Pada setiap tahun bila tiba musim buah-buahan di dusun masak maka para tuan punya
dusun tidak keberatan mengadakan kenduri buah-buahan di masjid kampung majid TK. dijemput
anak qareah para jemaah di sekitarnya makan bersama,setelah diba doa kesyukuran nekmat
yang diberi Allah swt.


lagi pun tanah wafap masjid ada juga sadikit dusun durian itu pada zaman UMNO AJK masjid ada ahli
berbilang parti cuma berbeza pendapat agama tetap sama, sepeti kata orang tua-tua dahulu kala
"Pisang sesikat, gulai sebelanga, hidup mufakat kerja bersama,"


Tetapi tahun ini PR pegang kononnya tak ada pula kenduri dusun tidak menjadi. Tetapi anisnya juga jumaat lepas diberi tahu, jumaat ini lain pula .Ada pula majlis makan durian dan pulut
bersama KM negeri pulau sahaja (nama tak sebut).


Kemudian Pengerusi AJK masjid mengumumkan pula mengikut majlis paktua agama bilal tidak akan lagi
memberi tahu supada diam sewaktu katib membaca khutebah nampaknya kena (dimansuhkan) dan selawat diantara dua khutebah pula diganti dengan doa masing-masing .


Walaupun ini bukan rukun atau wajib tetapi manusia perlu diberi peringatan berulang kali
sedangkan dalam keadaan diberi peringatan "LAGHO!!" sia-sia jumaat enkau. Itu pun ada lagi mangkok ayung dah tua pun mereka duk bercakap.

tambah budak-budak beringus lagi bising. Apa akan jadi bila di mansuhkan...


Fikir-fikirlah sendiri.
Oleh: Geletek Pagi
.

Tinta Azimad berkata...

CERPEN BERTAJUK: ANAK PEREMPUAN SIMPAN.OLEH: NURIMANJA

SIRI4

Man berkata dalam hati; Jika Abang Muda menjadi papanya , betapakah gembira hati, tetapi papa Man tidak begitu, jarang-jarang mahu bercakap dengan Man, asyik sebuk dengan kerjanya sebagai pemandu teksi.


Man sedar di rumahnya tidak ada perabut atau perhiasan yang mahal-mahal, makan dan minum dirumahnya juga ala kadar sahaja, kekadang makan nasi, selalunya banyak makan megge bungkus saja setiap hari.

Mamanya sering kali keluar rumah, bila ada teksi datang ambil, Man tidak tahu Mamanya kerja sebagai apa? Selalu kalau Mama keluar, Man akan dikunci dalam rumah, Man tidak boleh keluar, kena tunggu dan duduk di dalam bilik seorang diri, cukup menyeksakan..
.
Sewaktu terkurung dalam bilik itulah menjadikan Man sakit kepala dan cukup membosankan, kekadang Man menangis, ada masa Man tertidur atas pangking sehingga mama pulang.

Jika Mama tidak pergi kemana-mana barulah Man dapat bermain di luar rumah, seperti hari ahad atau sabtu. Peluang itu Man ambil untuk bertemu dengan Abang Muda di bawah pokok rambutan tua rendang yang daun- daunya jarang itu.

Kekadang Man juga sering membezakan dirinya dengan Mama, kenapa Mama seorang yang cantik, kecil molek, kulit putih kuning, mulut kecil, hidung tingginya sederhana, Cuma matanya agak sepet sadikit.seperti orang Siam Tionghua.

“Anak siapa aku ini?”
kulitnya hitam legam, rambut keras macam dawai, hidungnya agak kemek macam pelepah kelapa, matanya sepet sadikit seperti mata Mamanya.

Man membandingkan pula rupanya dengan papanya, terlalu jauh lagi pula bezanya, papanya kulit putih kemerahan, rambutnya kerenting, hidungnya tinggi juga , ada misai dan jambang seperti pelakun Hindustan.


Kini Man sudah gelisah menunggu , hati Man bertambah hampa menunggu Abang Muda tidak kunjung tiba, matahari pun kian cundung diufuk barat, dan budak-budak yang main di taman kanak-kanak itu telah pun ramai yang pulang ke rumah.

Man tidak boleh tunggu lagi Abang Muda , hatinya benar-benar khuatir dan cemas, nanti Mama marah. Man terpaksa pulang dengan hatinya yang cukup hampa.

BERSAMBUNG5.

Mozaire berkata...

IBARAT SYAIR

Kau ibarat sebuah syair
lahir dari hati suci.
Begitu indah untuk di dendangkan
Sehingga bila penyanyi melagukan
niscaya ia dapat menidurkan seluruh umat manusia,
menyembuhkan penderita sakit
Sungguh tiada kata lain
selain keindahan yang ada

Mozaire
sajak simbolik

Panglima Ketot berkata...

LUBUK HATI

Tiada nafas akan ku hembuskan,
kecuali untuk memanggil namamu
Tiada jejak kutinggalkan
kecuali mengikuti pesona dirimu
tiada waktu kan kuhabiskan,
kecuali hanya untuk bersamamu
Hingga tak biasa menuju ke hatimu
Tak mudah membawa lentera api
tak akan mudah untuk biasa
sampai di lubuk hati

Panglima Ketot
sajak memuja seseorang

Simsalabin berkata...

PADANG LUAS

Aku berjalan mengarungi padang luas
sesekali tubuhku menari
ke kanan dan ke kiri
inginku khabarkan kegembiraanku
pada bumi,langit,laut,sungai
seluruh benda benda berada disini
Begitu besar rahmat kuperoleh, seakanku sendiri tak kuat memikul

Simsalabin
Sajak tika menerima khabar gembira

Nabil Quldi berkata...

LAGU BIDADARI

ketika malam semakin pekat
Gemericik bayangan melewati,
Suara angin seakan membisik sesuatu
namun aku tak mendengar
Aku sendiri di sini bersendirian
ketika kuterbangun setelah lelah
membuaiku dari alam mimpi
Kurasakan pagi bernyanyi untukku
burung menari di ranting yang lapuk
Sedang angin dengan sepoinya
Masih terdengar jelas di telingaku suara semerdu lagu bidadari

Nabil Quldi
Sajak fantasi

Abang berkata...

HUJUNG DUNIA

Melayang tinggi jauh ke atas awan
Menerawang cakrawala langit
Menembus putih dan biru,
hingga aku lelah terus terbang
Tak pernah sesekali ku toleh mata
kecuali untuk melihat jalan
ku terus terbang jua sekalipun
rembulan menertawakan tingkahku
Hingga bintang menari mencemohku
Aku terus mencari sesuatu itu
hingga ke ujung dunia

Abang
sajak simbolik

Sohibul Wakdiamin berkata...

PASRAH HIDUP MATIKU

Ku ikuti suara hati ini, melangkahkan kaki menapak jejak
walau berliku akan kutempuh
Aku mengembara mencari cinta
Akan aku arungi laut dan samudra, hutan gunung beserta isinya
kulawan angin ombak menghalang
tunggulah aku di sana
Karena jiwaku telah letih
Telah kupasrahkan hidup matiku

Sohibul Wakdiamin
sajak simbolik

Seri Suri berkata...

MENITI PELANGI

Aku ingin lepas dari busur
cepat menembus angin
secepat kilat menuju ke tempatmu
Takkan kubiarkan waktu
mengalahkanku saat berlari
Aku telah meniti pelangi
menembus angkasa raya
Karena aku takkan pernah merelakan
secuil harapan untuk orang lain

Seri Suri
sajak simbolik

Julia berkata...

CINTA MENJALAR

perasan cinta ini menjalar,
kemudian membungkus seluruh tubuh, jiwaku dan seluruh isiny
memnuhi rongga paru-paruku kemudian mengisi dengan satu nama
jemariku terikat sementara
mataku tak pernah lepas pandang
kepergianmu hanya mencabut roh
dari jasadku mencampakkan
kemudian membuangnya
hingga aku tak pernah berdaya

Julia
sajak jiwa2

Qalam Mutiara berkata...

Mozaire berkata...

9.IBARAT SYAIR

Kau ibarat sebuah syair
lahir dari hati sucinuraniku .
Begitu indah untuk di dendangkan
Sehingga bila penyanyi melagukan
niscaya ia dapat menidurkan seluruh umat manusia,
menyembuhkan penderitaan sakit
Sungguh tiada kata lain
selain keindahan yang ada

Oleh: Mozaire
sajak simbolik/5 Julai 2012 5:15 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Mozaire kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: IBARAT SYAIR Tema simbolik tanpa penerangan nampaknya Pengucapannya bersahaja punya arti tersendiri tetapi suspen? Mesejnya samacam punya persoalan kepada siapa tidak dinyatakan munkin kepada seorang kekasih agaknya. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Panglima Ketot berkata...

10.LUBUK HATI

Tiada nafas akan ku hembuskan,
kecuali untuk memanggil namamu
Tiada jejak kutinggalkan
kecuali mengikuti pesona dirimu
tiada waktu kan kuhabiskan,
kecuali hanya untuk bersamamu
Hingga tak biasa menuju ke hatimu
Tak mudah membawa lentera api
tak akan mudah untuk biasa
sampai di lubuk hati

Oleh: Panglima Ketot
sajak memuja seseorang/5 Julai 2012 5:18 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Panglima Ketot kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: LUBUH HATI Tema memuja sesaorang nampaknya Pengucapannya bersahaja punya arti tersendiri tetapi suspen? Mesejnya samacam punya persoalan kepada siapa tidak dinyatakan munkin kepada seorang kekasih agaknya. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Simsalabin berkata...

11.PADANG LUAS

Aku berjalan mengarungi padang luas
sesekali tubuhku menari
ke kanan dan ke kiri
inginku khabarkan kegembiraanku
pada bumi,langit,laut,sungai
seluruh benda benda berada disini
Begitu besar rahmat kuperoleh,
seakanku sendiri tak kuat memikul

Oleh: Simsalabin
Sajak tika menerima khabar gembira/5 Julai 2012 5:21 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Simsalabin kini kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk: PADANG LUAS Tema terima berita gimbira tapi tanpa penerangan nampaknya Pengucapannya bersahaja tetapi beritanya tergantung.suspen? Mesejnya samacam punya berita baik dan mengembirakan tetapi tidak dinyatakan? terlepas dari ikatan atau kongkongan agaknya. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

12.LAGU BIDADARI

ketika malam semakin pekat
Gemericik bayangan melewati,
Suara angin seakan membisik sesuatu
namun aku tak mendengar
Aku sendiri di sini bersendirian
ketika kuterbangun setelah lelah
membuaiku dari alam mimpi
Kurasakan pagi bernyanyi untukku
burung menari di ranting yang lapuk
Sedang angin dengan sepoinya
Masih terdengar jelas di telingaku
suara semerdu lagu bidadari

Oleh:Nabil Quldi
Sajak fantasi/5 Julai 2012 5:29 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Nabil Quldi semalam pun ada kini kembali lagi dengan sajak bertajuk:LAGU BIDADARI Tema fantasi tanpa penerangan nampaknya Pengucapannya fantasidalam mimpi? Mesejnya sambung kisah semalam jin betina memburu anda untuk dijadikan kekasih agaknya. Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Abang berkata...

13 .HUJUNG DUNIA (LSS)
Melayang tinggi jauh ke atas awan
Menerawang cakrawala langit
Menembus putih dan biru,
hingga aku lelah terus terbang
Tak pernah sesekali ku toleh mata
kecuali untuk melihat jalan
ku terus terbang jua sekalipun
rembulan menertawakan tingkahku
Hingga bintang menari mencemohku
Aku terus mencari sesuatu itu
hingga ke ujung dunia

Oleh: Abang
sajak simbolik/5 Julai 2012 5:31 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Abang kini kembali dengan sajak bertajuk: HUJUNG DUNIA . Tema simbolik tapi berbau kepolitikan rasanya.. Pengucapannya bersimbolik dan bersahaja Mesejnya menyentuh dailong dengan isu semasa munkin banyak berlaku ditempat kerja agaknya. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Sohibul Wakdiamin berkata...

14.PASRAH HIDUP MATIKU (LSS)

Ku ikuti suara hati ini,
melangkahkan kaki menapak jejak
walau berliku akan kutempuh
Aku mengembara mencari cinta
Akan aku harungi laut dan samudra,
hutan gunung beserta isinya
kulawan angin ombak menghalang
tunggulah aku di sana
Karena jiwaku telah letih
Telah kupasrahkan hidup matiku
semuanya kerana Dia.

Oleh: Sohibul Wakdiamin
sajak simbolik/5 Julai 2012 5:34 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Sohibul Wakdiamin yang tak pernah mengaku kalah. Kini kembali dengan sajak bertajuk:PASRAH HIDUP MATIKU Tema sajaknya simbolik ketuhanan. Pengucapannya brsahaja dan punya arti tersendiri. Mesejnya menyentuh soalperibadi munkin ada sesuatu yang membelenggu diri kini Cuma pasrah. kepadaNya. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Seri Suri berkata...

15.MENITI PELANGI (P)

Aku ingin lepas dari busur
cepat menembus angin
secepat kilat menuju ke tempatmu
Takkan kubiarkan waktu
mengalahkanku saat berlari
Aku telah meniti pelangi
menembus angkasa raya
Karena aku takkan pernah merelakan
secuil harapan untuk orang lain

Oleh: Seri Suri
sajak simbolik/5 Julai 2012 5:39 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.


Sdri/Pn Seri Suri kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: MINITI PELANGI Tema simbolik agaknya Pengucapannya ada sikit nilai perasaan. Mesejnya samacam menyentuh kehidupan peribadi, mungkinapa yang dicita kini telah pun teraksana. Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

Qalam Mutiara berkata...

Julia berkata...

16.CINTA MENJALAR (P)

perasan cinta ini menjalar,
membungkus seluruh tubuhku,
kerana jiwa dan persaanku diamuk rindu
kemudian mengisi dengan satu nama
jemariku terikat sementara membekam
mataku tak pernah lepas pandang
kepergianmu hanya mencabut roh
dari jasadku mencampakkan
kemudian membuangnya
hingga aku tak pernah berdaya

Oleh: Julia
sajak jiwa2/5 Julai 2012 5:43 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.


Sdri. Julia kini kembali lagi dengan sajak bertajuk: CINTA MENJALAR Tema kisah jiwa2 yang dialami agaknya Pengucapannya nilai perasaan kurang menyakinkan . Mesejnya samacam menyentuh kehidupan peribadi, mungkin kisah orang muda punya biasa diamuk penyakit deman asmara . Apa pun diberi peluang dan Perhatian untuk seterusnya (P)

Yusmanira berkata...

CAHAYA REMBULAN

Kupasrah tubuhku di bawah bintang,
biarkan cahaya rembulan melapisi
mewarnai seluruh permukaan tubuhku
Aku heran mengapa bintang
tak tersenyum lagi kepadaku?
Apakah ia melihat sendirian
Rembulanpun tak lagi peduli
bahkan menolehkan menjauhi aku
Aku teramat sedih bilakah
aku dapat menikmati rembulan lagi

Yusmanira
sajak sedih

Saudagar Emas berkata...

KETULUSAN HATI

Kehidupanku dengan segala lamunan perasan sucinya menghadap pencipta
budi dan naluri menemukan cahaya
harus kemana ia berjalan
takkan pernah tahu,
siapakah mempunyai ketulusan hati seperti aku mencintai mereka

Saudagar Emas
sajak pasrah

Zain Issac berkata...

SECAWAN SYAIR

Jiwaku melayang perasanku melambung
Esok akan menjadi abadiku.
esok akan berakhir semua kesedihan
penderitaan yang kita alami
selama ratusan musim kita lewati
Stiap goresan jemariku
setiap kata terukir menjadi kalimat
Adalah setiap isi hatiku
setiap isi pikiranku semua
kutuangkan dalam secawan syair

Zain Issac
sajak simbolik

Prof Naquib berkata...

MENINGGI DAN MENURUN

Pikiranku tak lagi jernih,
Kurasakan kekusutan jiwa kedengkian
Betapa perasaan rindu ini
telah mengubah jiwa suci
menjadi sebuah jiwa yang kotor Betapa perasaan ini
takkan pernah pudar,
sehingga terus mendatang
Aku merasakan bahawa perasan ini
perlahan terus meninggi dan menurun

Prof Naquib
sajak simbolik

Sang Arjuna berkata...

MEMANGGIL

Kaukah memanggil namaku
dalam keheningan malam ini,
kau berbisik datanglah
Sepertinya aku tak bermimpi, karena suaramu teramat jelas
di kedua telingaku ini
Di gelapnya malam aku tak dapat
melihat dengan jelas
Aku hanya mendengar sayu suara itu

Sang Arjuna
sajak seram kerana sy selalu didatangi suara misteri

Ummu Akilah berkata...

AMBIL AKU

Inilah aku Ambillah jiwaku
kekalkanlah mimpiku
Aku telah lama menanti
Wahai maut ambillah ruhku
Kekalkanlah hayalan-hayalanku
Aku ingin bersama sang pencipta,
aku merasa terbeban di dunia ini ,
ambillah hidupku sekarang juga

Ummu Akilah
sajak tekanan

saizul maizav berkata...

HAKIKI

Aku ingin lari dari masyarakat,
meninggalkan kebisingan
berlari mengejar suara burung memanggilku menuju kedamaian
Aku bosan dengan kepalsuan duniawi,
Sungguh aku bosan dengan mereka
menjunjung tinggi kekayaan mereka
terlalu menjaga nama
walau itu semua takkan kekal
Aku ingin tertidur di bawah pohon, biarkan roh ku melayang
mencari kedamaian yang hakiki

saizul maizav
sajak sedih

Putera Damien berkata...

TERTIDUR

Wahai semua yang sedang tertidur
Aku iri dengan lelapmu
iri dengan kedamaian jiwamu
Tidak sepertiku karena setiap kerinduan kacaukan seluruh perasaan
karena aku dilanda badai cinta hingga tubuhku tak henti bergetar
Temani aku hingga rembulan pergi Jangan biarkan aku sendiri
di sini dengan kerinduanku

Putera Damien
sajak simbolik

Muhamad Badawee berkata...

kenapa bertukar nama nabil sajak LAGU BIDADARI ni????? tu sajak aku tu

Tanpa Nama berkata...

rthrthtrh

Tanpa Nama berkata...

5h56h56h56y45g

Muhamad Badawee berkata...

tolong ambil perhatian gibran agi kenapa sajak lagu bidadari nama nabil!!!!!!!!!!!!!!!!