Sayembara puisi April tempat ke tujuh
setitis air mampu menghidupkan
semua tumbuhan yang telah mati..
disetiap titisan air
mampu mengenyangkan perut
disetiap aromanya
mampu mengubah semua yang buruk
Ada sebuah pelajaran tersendiri..
Saat aku harus kehilangan..
Itu yang dinamakan keikhlasan
sesulit mencengkam di langit
Keikhlasan bukan hanya melepaskan
Melainkan penuh pengorbanan tulus
Oleh: Megat Iskandar
sajak pengajaran/29 April 2012 6:38 PTG
sajak pengajaran/29 April 2012 6:38 PTG
31 ulasan:
SAYEMBARA PUISI CITRARASANURI UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012
PUSINGAN AKHIR
Sdra. Megat Iskandar Thahniah! kini Berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk SETITIS AIR Tema sajaknya pengajaran katanya. Pengucapannya kabur tapi punya artinya tersendiri, Mesejnya semacam memberi perigatan dan pengajaran pada pihak tertentu rasanya. Anda layak untuk sayembara puisi April 2012 tempat yang ke tujuh (7)
Oleh: Qalam Mutiara.
KISAH ISRAK WAL MIKRAJ
ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 14 : TARIKH 4/6/2012(B)
GAMBARAN 9.
Nabi diperlihatkan pula dengan seorang hamba Allah yang mengikat kayu yang banyak, bila saja dia hendak memikulnya , kayu itu akan terburai, bagai tidak sempurna jadinya. Begitu jugalah bagi seorang yang cuba mengangkat atau memikul beban yang berat, walaupun dia tidak terdaya, tetapi ditambahnya lagi beban itu.
Perbandingan gambaran di atas, memang benar ada berlaku kehidupan kita seharian di dalam masyarakat kampung atau pun di kota. malah di seuatu jabatan, petubuhan dan sehingga kepada kementrian, dan wakil YB.
Contoh benar: di sebuah kampung ada seorang itu begitu punya tamak hendak memegang jawatan, dia jadi iman, dia jadi tok ketua, dia juga nak jadi tukang masak kenduri khawin,dia juga nak jadi pengerusi PIBG dan AJKK. Ini dinamakan tamak, didunia boleh lagi kita minta tolong, diakhirat kita kena tanggong sendiri.Begitu juga yang lain,Sudah di Perlemen kita jadi calon,DUN pun kita hendak juga.orang yang faham akan menilai ketamakkan kita.
Iktibar daripada peristiwa ini;
_
1. Balasan Dahsat bagi orang yang suka memikul amanah yang diberi tetapi tidak dapat dilaksanakan. malah sedia menerima lagi jika ada orang yang sudi menawarkan seberang jawatan kepadanya.
2. Amanah satu tanggungjawab yang mesti kita laksanakan kepada masyarakat dan hak orang ramai dengan jujur dan ikhlas, jangan suka dengan jawatan yang banyak tetapi tidak dapat dilaksana dengan sempurna.
3. Sikap tamak kepada sesuatu jawatan, tetapi tidak pula dapat dilaksanakan dengan sempurna Islam amat mengutuknya.
Dalil Al Quran, surah An nisa ayat 58; maksudnya
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerah segala jenih amanah kepada orang yang ahli denga tugas itu (mahir) mrekalah yang berhak menerimanya."
BERSAMBNG.
Oleh: Nurimanja.
KISAH ISRAK WAL MIKRAJ
ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 15 : TARIKH 5/6/2012
GAMBARAN 10.
Nabi diperlihatkan gambaran manusia menggunting lidahnya dengan gunting api neraka, setelah diguntin bercantum semula, dan begitulah keadaannya. rengkasnya kata orang yang bercakap tidak serupa bikin. Cuma pandai bercakap tetapi tidak dapat melaksanakannya,janji kosong, banyak dusta atau banyak auta sahaja.kata pepatah "Sungguh pandai bermain lidah dan tanam tebu di bibir sahaja".
Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-
1. Islam mengutuk orang yang pandai bercakap tetapi tidak dilaksana apa yang diucapkannya. Dengan kata lain: jangan cakap tak selpa bikin.
2. Setiap orang Islam mesti bercakap benar dan melaksanakan apa yang dikatakannya, jangan cuba bermain putar belit, manusia benci Allah mengutukkannya.
3. Orang yang bercakap dusta adalah ciri-ciri orang yang munafik, umat manusia sepatutnya menjauhkan diri dari orang-oang yang seperti ini, dikhuatiri bersubahat dan berdosa.
Dalil Al Quran, dalam surah Ast Sad ayat 2 dan 3. kira maksudnya;
Wahai orang yang beriman , Mengapa kamu perkatakan apa yang tidak dapat kamu lakukan, Amat besar kebencian Allah kepada orang yang berkata sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan atau dilakukannya.
BERSAMBUNG.
Oleh : Nurimanja
Harap maaf!
Blog cara bentuk baru, saya pun jadi bercelaru. Dah dua hari tak tahu nak buka. Tunggu Admin ajar dulu.
Aku tak tahu Admin tukar apa benda, nampaknya ada juga sadikit perubahan..
Harap mereka yang berjaya telah dapat hadiah Daripada Datuk Hasbi.
terima kasih datuk. Mungkin tidak
terlewat sebab saya baru tahu: selamat pengantin baru!!
En nuri kata Syaitan Iblis semua menangis! Sebab gagal untuk Goda
Datuk Hasbi terus membujang....
Harap maaf!
Blog cara bentuk baru, saya pun jadi bercelaru. Dah dua hari tak tahu nak buka. Tunggu Admin ajar dulu.
Aku tak tahu Admin tukar apa benda, nampaknya ada juga sadikit perubahan..
Harap mereka yang berjaya telah dapat hadiah Daripada Datuk Hasbi.
terima kasih datuk. Mungkin tidak
terlewat sebab saya baru tahu: selamat pengantin baru!!
En nuri kata Syaitan Iblis semua menangis! Sebab gagal untuk Goda
Datuk Hasbi terus membujang....
TENTANG CINTA
sebelum kamu membuka mata
apa saja yang telah dilakukan
tentang apa yang ditinggalkan
torehkan di masa lalu
apa saja yang hatimu
lakukan tentang Cinta
Guest
sajak sedih
SENYUMMU BAGAI REMBULAN
sesiapa yang pernah di hatimu
ibarat terpejam sejenak
merebak hangat dalam fikiran
biarkan penyesalan dan air mata
tetapi tetap terpejam dalam hening
jika ada senyum merona,
senyumlah seperti rembulan
Mozaire
sajak jiwa2
GAMBARKAN SEBUAH PANTAI
ku gambarkan sebuah pantai
dalam jiwa dan ragaku
ku lukiskan matahari yang terbenam
dimana ombak menderu,
sampai ku mampu mendengar deburan
dimana kakiku merasakan pasir
dimana burung laut berlagu merdu,
angin mendesir menerpa jiwaku
Seri Suri
sajak fantasi
MANUSIAWI
ketika ku menemukan diriku sendiri
pada masa hadapan nanti
dimana penyesalan adalah risiko
dimana kesalahan yang ku buat
adalah fitrah manusiawi
kepada orang-orang yang kamu sayangi
Pak Hussin
sajak simbolik
Guest berkata...
1.TENTANG CINTA
sebelum kamu membuka mata
apa saja yang telah dilakukan
tentang apa yang ditinggalkan
tolehkan peristiwa di masa lalu
cerita apa saja yang ada hatimu
lakukan tentang cinta dan kasih sayang
Guest
sajak sedih/8 Jun 2012 3:04 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Guist dengan sajak bertajuk: TENTANG CINTA. Tema sedihkisah orang muda agaknya . Pengucapannya biasa sahaja mungkin mengenang kisah lalu . Mesejnya tentang falaafah cinta atau pun kasih sayang di anatara makhluk bernama manusia Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini (TBD)
Mozaire berkata...
2.SENYUMMU BAGAI REMBULAN
sesiapa yang pernah di hatimu
ibarat terpejam sejenak
merebak hangat dalam fikiran
biarkan penyesalan dan air mata
tetapi tetap terpejam dalam hening
jika ada senyum merona,
senyumlah seperti rembulan
Oleh: Mozaire
sajak jiwa2//8 Jun 2012 3:08 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Mozaire dengan sajak bertajuk: SENYUMU BAGAIKAN REMBULAN .Tema jiwa2 katanya. Pengucapannya bias sahaja Mesejnya menyentuh kisah orang muda punya biasa, yang mengharap sebuah senyuman yang tidak pudar mapaknya.Harap maaf kerana persaingan hebat, cuma disini penyertaan anda, usaha lagi terpaksa berhenti.di sini , (TBD)
Seri Suri berkata...
3.GAMBARKAN SEBUAH PANTAI
ku gambarkan sebuah pantai
dalam jiwa dan ragaku
ku lukiskan matahari yang terbenam
dimana ombak menderu,
sampai ku mampu mendengar deburan
dimana kakiku merasakan pasir
dimana burung laut berlagu merdu,
angin mendesir menerpa jiwaku
Seri Suri
sajak fantasi/8 Jun 2012 3:12 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Cikgu Seri Suri dengan sajak bertajuk: GAMBRAN SEBUAH PANTAI Tema fantasi kehidupan Pengucapannya bersimbolik pada kejadian alam nampaknya. Mesejnya samacam menyentuh kehidupan beibadi, mungkin sajak lama agaknya.Kini tak perlulagi berfantasi, layan saja suami lebih mulia dan berpahala Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)
Pak Hussin berkata...
4.MANUSIAWI
ketika ku menemukan diriku sendiri
pada masa hadapan nanti
dimana penyesalan adalah risiko
dimana kesalahan yang ku lakukan
adalah fitrah biasa manusiawi
kepada orang-orang yang kamu sayangi
Pak Hussin
sajak simbolik/8 Jun 2012 3:15 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Pak Hussin dengan sajak bertajuk: MANUSIAWI Tema keinsafan kehidupan Pengucapannya bersimbolik dan bersahaja Mesejnya menyentuh hidup di dunia ini Apa yang dilakukan perlu pasrah kepada Nya, kerana di akhirat nanti baik buruk akan dihitung semuanya. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)
Harap kalau boleh letakkan senarai
nama mereka yang dicalunkan sayembara pusingan pertama ujian kelayakan yang anda kata 8 KUM itu.
Harap maklum.
QALBU
ternyata pahit harus ditelan
jiwa abadi disetiap titis air mata
namun sepenggal gelisah
tetap ada dalam hembus kehidupanku
kurasakan kehidupan
hanyalah sekedar kepalsuan
goresan rindu hanya segalanya
dapat dalam qalbuku
Gibran Agi
maaf en qalam sy letak jgk sajak sy sbb teringin jgk mau masuk hrp terima sajak sy klu x terima pun x mengapa asalkan qalam sudi membacanya
DAWAI SEMBILU
sedu tangis mendera goresan pilu
peluh membanjir dihati terkoyak
masih berpangku mendawai sembilu
menghirup tangis sendu
saat rindu kian memburu
hati ini terenggut binasa
penantian terbungkus luka
kukira manis hendak kusapa
Zainal Arifin
sajak kesedihan
MENYEKSA JIWA
Malam begitu indah cerah
namun tak seindah rasa didalam hati
hari kulalui penuh dengan sepi
malam kian larut
rembulan telah berpulang
panas menjalar namun
berat mata ini untuk dipejamkan
sekian lama menyiksa jiwa
Putera Damien
sajak simbolik
SINGKAP DARIMU
hati teringat kekasih
manis rayuan putus ditengah jalan
kemudian badai asmara teka-teki,
terasa sulit untuk ditebak
memang tidak lucu namun dibalik itu terselip takdir harusku
singkap darimu….
Bulan terang
sajak simbolik
ANGIN MALAM BERDEBU
Beku udara malam dingin,
kering dan angin menyayat.
bagai telah beranjak sepi.
Sungguh malam ini
terlalu santun jalang,
lihatlah di sudut hujung
sepasang angin malam yang berdebu
Panglima Ketot
sajak simbolik
INGKAR
Kenapa engkau ingkar
ketika semua bersepakat
untuk hidup melarat
terbuang di hutan belantara
Kenapa miskin yang kita jalani
sebagai kesetiaan pada keyakinan
Supain Sipaun
sajak dari rakan entahlah sy pun x pasti sajak psl apa ni? yg sy thu dia kata sjak psl pejuangan tp x pasti perjuangan apa
DEMIKIAN
tergoda olehku padamu
sedangkan aku juga tahu
sebatas mana engkau kuat
menanggung setia.
Kita akan terpisah lama
aku tahu itu setelah
engkau dapat api suci itu.
salahkah aku yang kehendaki demikian
Puteri Lilin
sajak sedih
HARAPAN
saat tatapan kubiaskan
sesungguhnya kerinduan ini
ingin menyampaikan sebuah rasa
meski kata terbatas keberanian
saat kita berdua menatapi senja
ada harapan dalam degup jantung…
semua didadaku tersimpan harapan…
dihatiku bersemayam keinginan…
kembara budiman
sajak sedih
Gibran Agi berkata...
5.QALBU -P
ternyata pahit harus ditelan
jiwa abadi disetiap titis air mata
namun sepenggal aku gelisah
terpilu dalam nafas kehidupan
larna kurasakan kehidupan ini
hanyalah sekedar kepalsuan
yang megores segala kerinduan
cuma bersemadi di dalam qalbuku
Oleh: Gibran Agi
maaf en qalam sy letak jgk sajak sy sbb teringin jgk mau masuk hrp terima sajak sy klu x terima pun x mengapa asalkan qalam sudi membacanya/12 Jun 2012 1:11 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra Gibran Agi buat pertama kali hadir dengan sajak bertajuk: TERPLU DI QALBU. Tema tidak dinyatakan ? Pengucapannya bersimbolik nampaknya.Cuma ada sadikit pembetulan dari kami. Mesejnya samacam menyentuh kehidupan peribadi kah orang muda punya biasa Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)
Zainal Arifin berkata...
6.DAWAI SEMBILU
sedu mendera goresan pilu
luka bersarang dihati terkoyak
terasa bagai ditikam dawai sembilu
puas menghirup tangis sendu
saat rindu kian membara
hati ini terenggut binasa
penantian terbungkus luka
kukira manis hendak kusapa
Oleh: Zainal Arifin
sajak kesedihan/12 Jun 2012 1:12 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Zainal Arifin dengan sajak bertajuk:DAWAI SIMBILU .Tema kesedihan katanya. Pengucapannya sahaja uba diperbetlkan agak keliru. Mesejnya menyentuh kisah peribadi , yang mengharap sesuatu yang hilang untuk kembali agaknya. .Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini , (TBD)
Putera Damien berkata...
7.MENYEKSA JIWA (LSS)
Malam begitu indah cerah
namun tak seindah rasa di hati
hari kulalui penuh dengan sepi
biar pun malam rasa kian larut
rembulan telah pun pulang
panas resah masih menjalar
berat mata ini untuk dipejamkan
sekian lama kurasai menyeksai jiwa ini..
Oleh: Putera Damien
sajak simbolik/12 Jun 2012 1:13 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Putera Damien dengan sajak bertajuk: MENYEKSA JIWA. Tema kecewa juga nampaknya. Pengucapannya bersimbolik dan bersahaja Mesejnya menyentuh hidup di dunia ini Apa yang dilakukan perlu pasrah kepada Nya, kerana apa yang berlau sebagai ujian kimanan kita.semuanya. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)
Bulan terang berkata...
8.SINGKAP DARIMU
hati teringat kekasih
manis rayuan putus ditengah jalan
kemudian badai asmara berteka-teki,
terasa sulit untuk ditebak
memang tidak lucu namun
dibalik itu terselip takdir harusku
singkap darimu….
Oleh: Bulan terang
sajak simbolik/12 Jun 2012 1:15 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra.Bulan Terang dengan sajak bertajuk:SINGKAP DIARIMU .Tema simbolik katanya. Pengucapannya singkatbersahaja, tapi sadikit mengelirukan. . Mesejnya menyentuh kisah peribadi yang perlu diperbetulkan kembali rasanya. .Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini , (TBD)
Panglima Ketot berkata...
9.ANGIN MALAM YANG BERDEBU (LSS)
Bekunya udara malam dingin terasa,
hembusan bayu kering dan angin menyapa
bagaikan telah beranjak dan terkuak kesepian
Sungguh malam ini dilempahi kisah misteri
terlalu santun kehadiran jalang jalanan,
lihatlah di setiap sudutdi hujung malam
ramai pasang kekasih berpadu yang ternoda
Dengan kerangkusan angin malam yang berdebu
Oleh: Panglima Ketot
sajak simbolik/12 Jun 2012 1:18 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Pangkima Ketot dengan sajak bertajuk:ANGIN MALAM BERDEBU Tajuk menarik Tema simbolik katanya. Pengucapannya ada sadikit diperbetulkan agak keliru. Mesejnya menyentuh kehidupan malam, yang mungkin penuh dengan kisah misteri dan haru biru terutama anak muda yang suka berpeleseran hingga jauh malam.. Anda Layak sayembara seterusnya (LSS)
Supain Sipaun berkata...
10.INGKAR (LSS)
Kenapa engkau ingkar
ketika semua bersepakat
untuk hidup terus melarat
terbuang di hutan belantara
Kenapa miskin yang kita jalani
sebagai kesetiaan pada keyakinan
Oleh: Supain Sipaun
sajak dari rakan entahlah sy pun x pasti sajak psl apa ni? yg sy thu dia kata sjak psl pejuangan tp x pasti perjuangan apa/12 Jun 2012 1:20 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra Supain Sipaun kini kembali dengan sajak bertajuk: INGKAR Tema perjuangan hidup nampaknya. Pengucapannya sinis tetapi rengkas .Mesejnya menyentuh hidup di dunia ini Janji yang untuk diperjuangkan bersama tidak dapat dilaksanakan., cukup rasa kecewa. Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)
Puteri Lilin berkata...
11.DEMIKIAN (TBD)
tergoda olehku padamu
sedangkan aku juga tahu
sebatas mana engkau kuat
menanggung kesetiaan ini?.
Kita akan terpisah lama
aku tahu itu setelah
engkau dapat api suci itu.
salahkah aku sekiranya
berkehendakan demikian
Oleh: Puteri Lilin
sajak sedih/12 Jun 2012 1:22 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Puteri Lilin hadir dengan sajaknya bertajuk:DEMIKIAN. Tema kesedihan nampaknya. Pengucapannya bersahaja Cuma perlu sadikitpembetulan. Mesejnya menyentuh kisah peribadi Apa yang dilakukan perlu pasrah kepada Nya, kerana apa yang berlau sebagai ujian . .Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini , (TBD
kembara budiman berkata...
12.HARAPAN
saat tatapan kubiaskan
sesungguhnya kerinduan ini
ingin menyampaikan sebuah rasa
meski kata terbatas keberanian
saat kita berdua menatapi senja
ada harapan dalam degup jantung…
semua didadaku tersimpan harapan…
dihatiku bersemayam keinginan…
Oleh: kembara budiman
sajak sedih/12 Jun 2012 1:25 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Kembara Budiman dengan sajak bertajuk: HARAPAN Tema kesedihan katanya. Pengucapannya bersahaja ada ati tersendiri. Mesejnya menyentuh kisah peribadi mungkin dilanda kekecewaan untuk bersama ., kisah orang muda punya biasa.. .Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini , (TBD)
MELAMBAI SEPI
Berkobar berkelip cahaya
ikut bergoyang bagai lambaian
tangan yang menyapa
melintas tanpa kata
berayun melambai kemudian sepi,
Asyar Mujid
sajak simbolik
Catat Ulasan