Jumaat, 29 Jun 2012

MALAM MISTERI (6)



Sayembara Mei tempat ke enam.

Bersama malam yang berserak
tepian cahaya kurobek
kemudian kucoretkan lubang
sebesar sebuah pintu sejenak
masih hening malam merayap
kilas cahaya kulihat berkedip
Mungkin karena malam ini misteri

 
Oleh: Kevin Khairudin
sajak tentang keindahan malam
/31 Mei 2012 1:03 PG




31 ulasan:

Pena Utara berkata...

PEMENANG SAYEMBARA PUISI AKHIR ATAU FINAL UNTUK BULAN MEI 2012.

PUSINGAN AKHIR

Sdra. Kevin Khairudin kini layak dan berjaya juga masuk ke pusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk; MALAM MISTERI Tema keindahan malam pula nampaknya. Pengucapannya bersahaja Cuma trasa ada sadikit mengelirukan walaupun ada rasa puitis. Mesejnya semacam membicarakan tentang keindahan malam .yang penuh dengan rahsianya yang tersembunyi dan perlu kita sedilik dan terokai. Cuma andaian saja.. Setelah dinilai dan diamati Layak untuk tempat ke enam sahaja (6)

Pena Utara berkata...

KISAH DAN TAULADAN .

KEGAGALAN MEMBAWA KEJAYAAN (FB)
Petikan cerita diulis semula secara bebas
Oleh Nurimanja.


Jonhson seorang pemuda Inggeris yang tidak begitu hendsame , tetapi mempunyai seorang kekasih yang sangat jelita, sebab terlalu sayang Jonhson kepada kekasihnya, dia sangup membuat apa saja demi kekasihnya,

Setiap hujung minggu Jonhson selalu bersiar-siar di sebuah tasik, dihujung bandar tempat mereka tinggal, Sewaktu itu ada seorang penjual aiskerim di seberang tasik.Kekasihnya meminta Jonhson membelinya,

Jonhson segera mencari se buah perahu, kebetulan di tasik itu ada se buah perahu kecil bersama pengayuhnya, tidak berlengah lagi Jonhson terus berdayung sehingga ke seberang tasik.


Setelah Jonhson membeli dua batang aiskerim dia berkayuh kembali, setibanya di tebing tasik aiskerimnya habis cair, kekasih Jonhson terus menangis, Jonhson memujuknya dan sekali lagi dia berkayuh ke seberang tasik, untuk membeli aiskerim itu tetapi apabila dia kembali aiskerimnya habis cair.Kekasih Jonhson terus merajuk dan melarikan diri daripadanya.

Jonhson amat kecewa, Dia kembali kerumahnya,dengan perasaan sedih , Di rumahnya dia berfikir bagaimana untuk menjadikan perahu itu lebih laju, Di ternampak enjin mesin rumput ayahnya yang telah rosak, Dia bercadang untuk memperbaikinya mengubah suai menjadi se buah enjin perahu.

Setelah Jonhson berjaya mencipta enjin bots , berita tersebut telah tersebar kepada orang ramai, Nama Jonhson disebut-sebut, ramai pula yang mencuba bots berenjin ciptaan Jonhson, Akhirnya ada se buah syarikat yang mahu membeli enjin ciptaan Jonhson dengan kerjasama untuk dikeluarkan bagi pemasaran.

Selepas lima tahun akhirnya Jonhson menjadi jutawan produacknya mendapat sambutan hangat oleh para pelumba bot, nelayan dan pemancing ikan. Sehinggalah ke hari ini enjin bots Ciptaannya Diberi nama JONHSON

TAMAT

Sang Arjuna berkata...

LUPAKAN

bangunkan aku dari semua mimpi
ratusan tahun terlelap terdiam…
mengusik dan hancurkan
buat terjaga jiwa ini…
terlena dari seribu harapan..
walau terus mencoba mendapatkan
tetapi semua telah hilang…
aku lelah ingin tertidur lupakan ia

Sang Arjuna
sajak simbolik

Hamba Allah berkata...

HAMPA HIDUP INI

hampa hidup ini membawa
jalur hidup yang sepi….
terus membawa dalam hampa….
merasuk apa yang terbuai….
dia yang telah lama menghilang takkan pernah kembali…
aku harus mencoba bertahan
membuat aku terbuai dalam kelelapan

Hamba Allah
sajak mengenang nasib

Atan yahoo berkata...

BANGUN DAN TERSENYUM

wahai matahari terang nyalamu
betapa ceria senyummu membangunkan
manusia terlelap di pagi hari
bunga-bunga mulai mekar
semekar senyuman gadis dari surga
betapa indahnya dunia ini,
ketika semua bangun mulai tersenyum

Atan yahoo
sajak ketika waktu pagi

Lagenda Pulau berkata...

BERUNTUNGNYA

mungkin langit telah menurunkan
utusannya untuk membahagia
penyair yang malang ini
mengutus seorang bidadari
nyanyiannya mampu menyembuh sakit
sentuhan tangannya mampu
menidurkan dunia betapa
beruntungnya memiliki dirimu

Lagenda Pulau
sajak simbolik

jengking perak berkata...

cerita ni mcm pasukan bola sepak perak kalah dlu tp menang kemudian... hahahha

Adi Marhain berkata...

selalunya org yg gagal akan berjaya

Pak Hussin berkata...

pengajaran cerita ni supaya jgn putus asa

Lagenda Pulau berkata...

jgn putus asa walau apa pun terjadi

Raja Muda berkata...

eh! enjin johnson ada ke

Petualang Tiga berkata...

enjin pun ada nama ke

Pendekar Waja berkata...

enjin motoboat ke johnson tu?

Mozaire berkata...

ada ke enjin nama tu?

Teksi Manaf berkata...

kegagalan dalam kejayaan

Qalam Musoffa berkata...

walaupun dia kena kutuk dia tetap berjaya

Tinta Azimad berkata...

SEMPANG PETANG KOPI SECAWAN

ANTARA KENDURI DURIAN DAN
UBAH TRADISI KHUTEBAH JUMAAH.



Al Kisah Pada setiap tahun bila tiba musim buah-buahan di dusun masak maka para tuan punya
dusun tidak keberatan mengadakan kenduri buah-buahan di masjid kampung majid TK. dijemput
anak qareah para jemaah di sekitarnya makan bersama,setelah diba doa kesyukuran nekmat
yang diberi Allah swt.


lagi pun tanah wafap masjid ada juga sadikit dusun durian itu pada zaman UMNO AJK masjid ada ahli
berbilang parti cuma berbeza pendapat agama tetap sama, sepeti kata orang tua-tua dahulu kala
"Pisang sesikat, gulai sebelanga, hidup mufakat kerja bersama,"


Tetapi tahun ini PR pegang kononnya tak ada pula kenduri dusun tidak menjadi. Tetapi anisnya juga jumaat lepas diberi tahu, jumaat ini lain pula .Ada pula majlis makan durian dan pulut
bersama KM negeri pulau sahaja (nama tak sebut).


Kemudian Pengerusi AJK masjid mengumumkan pula mengikut majlis paktua agama bilal tidak akan lagi
memberi tahu supada diam sewaktu katib membaca khutebah. (dimansuhkan) dan selawat diantara dua khutebah pula diganti dengan doa masing-masing .


Walaupun ini bukan rukun atau wajib tetapi manusia perlu diberi peringatan berulang kali
sedangkan dalam keadaan diberi peringatan "LAGHO!!" sia-sia jumaat enkau. Itu pun mereka bercakap. tambah budak-budak lagi bising. Apa akan jadi bila di mansuhkan...


Fikir-fikirlah sendiri.
Oleh: Geletek Petang.
Petikan dari FB Pena Runcing.

Tinta Azimad berkata...

@ dan P MEREKA YANG LAYAK KE PUSINGAN KEDUA SEPARUH AHIR DAN AKHIR NANTI.

1 adi marhain@
2 gibran Agi @
3 muhamad Mualim -P
4 capricorn
5 madah Pujangga
6 supain Sipaun-P
7 yusri Nawab
8 Hamba Allah
9 Geletek Malam
10 Nabil QUldi
11 Atan yahoo
12 Gelora Maya
13 Lagenda Pulau
14 Sang Arjuna
15 Pagok Lana
16 Brader Joe

SAYEMBARA PUISI AKHIR HANYA 8 ORANG SAJA TERPILIH. 28 Jun 2012 2:37 PTG

Qalam Mutiara berkata...

Sang Arjuna berkata...

73.LUPAKAN (TBD)

bangunkan aku dari semua mimpi
ratusan tahun terlelap terdiam…
mengusik dan hancurkan
buat terjaga jiwa ini…
terlena dari seribu harapan..
walau terus mencoba mendapatkan
tetapi semua telah hilang…
aku lelah ingin tertidur lupakan ia

Oleh: Sang Arjuna
sajak simbolik/30 Jun 2012 7:41 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN KE DUA

Sdra Sang Arjuna Kini ke pusingan kedua dengan sajakya yang bertajuk: LUPAKAN Tema sembolik katanya . Pengucapannya romentik dan jiwa2. Mesejnya menyentuh soal peribadi yang dihdapinya kisah orang muda punya biasa mengharapkan sesuatu yang belum nyata. .Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Hamba Allah berkata...

74.HAMPA HIDUP INI (TBD)

hampa hidup ini membawa
jalur hidup yang sepi….
terus membawa dalam hampa….
merasuk apa yang terbuai….
dia yang telah lama menghilang
takkan pernah kembali…
aku harus mencoba bertahan
membuat aku terbuai dalam kelelapan

Oleh: Hamba Allah
sajak mengenang nasib/30 Jun 2012 7:43 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN KE DUA

Sdra Hamba Allah Kini ke pusingan kedua dengan sajakya yang bertajuk: HAMPA HIDUP INI Tema mengenang nasib diri katanya . Pengucapannya semacam rasa kecewa dan punyai jiwa2. Mesejnya menyentuh tentang soal peribadi yang dihdapinya kisah orang muda punya biasa mengharapkan sesuatu yang belum nyata. .Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Atan yahoo berkata...

75.BANGUN DAN TERSENYUM (LSS)

wahai matahari terang nyalamu
betapa ceria senyummu membangunkan
manusia yang terlelap lena di pagi hari
bersama bunga-bunga mulai mekar
semekar senyuman bidadari dari surga
betapa indahnya dunia yang ku pandang
ketika semua bangun mulai tersenyum riang.

Oleh: Atan yahoo
sajak ketika waktu pagi/30 Jun 2012 7:48 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN KE DUA

Sdra.Atan Yahoo kini kembali kepusingan kali kedua dengan sajak bertajuk:BANGUN DAN TERSEMBUNYI .Tema suasana kejadian alam nampaknya. Pengucapannya memuji keindahan dan punya artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh kisah kehidupan manusia yang menekmati pagi mungkin rasa besyukur atas segala rahmat yang diberi Allah swt. Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Lagenda Pulau berkata..

76.BERUNTUNGNYA (P)

mungkin langit telah menurunkan
utusannya untuk membahagia
penyair yang malang ini
mengutus seorang bidadari
nyanyiannya mampu menyembuh sakit
sentuhan tangannya mampu
menidurkan dunia betapa
beruntungnya memiliki dirimu

Oleh: Lagenda Pulau
sajak simbolik/30 Jun 2012 7:50 PG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN KE DUA


Sdra Lagenda Pulau masih terus kembali lagi ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertaju k BERUNTUNGNYA .Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya agak sadikit mengelirukan macam serapah jampi tetapi mungkin punya arti tersendiri. Mesejnya menyentuh suasana kehidupan alam ghaib untuk menharap satu kekuatan dan kesembuhan. .Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)

Madah Pujangga berkata...

AKU INGIN

Aku ingin mengayuhkan perahu
menikmati suasana senja
hingga matahari menutup tirai
mengutus sang rembulan berjaga
hingga dirinya terbangun
Kuingin mengharungi laut tenang
bening seperti cermin
semilir angin sejuk berhembus

Madah Pujangga
sajak fantasi

Geletek Malam berkata...

MELAWAN DERITA INI

Sesudah hari mengguncang nuraniku
Hatiku gelisah jiwa merana
mata sulit terpejam
Untuk mengobati kegelisahanku , aku sering mengasingkan diri
mengembara menyendiri di tepi
Hari-hari terus berlalu
Karena kebiasaanku saat itu
badanku lemah tak berdaya
hanya bisa terbaring
bergelut mengatasi penyakit,
berjuang melawan derita jiwaku ini

Geletek Malam
sajak ketika sakit tenat minggu lps

Pagok Lana berkata...

LETIH

Para Jiwa telah tidur terlelap
di tempat mereka masing masing
Haiwan malam telah letih melolong
Semut telah pulang kesarang
Pepohonan dan angin telah mengantuk
Tidak demikian dengan diriku
Kekuatan malam tak dapat
menidurkan aku saat
malam tak dapat buatkan
perasanku menjadi letih

Pagok Lana
sajak simbolik

Brader Joe berkata...

TERUSKAN HIDUP

tak henti kutuliskan puluhan syair
mengukirkan keindahanmu dalam syair
tak henti jemariku melukiskan
barisan kata dan takkan bosan
kedua mataku menatap sebuah cerita
mungkin bagi penyair lain
adalah biasa cerita itu
namun ia menjadi kelemahan untukku
maha dahsyat yang terdapat
perasaan marah dan benci
tapi aku masih mampu bertahan
teruskan hidup hingga saat ini

Brader Joe
sajak sedih

Qalam Mutiara berkata...

Madah Pujangga berkata...

77.AKU INGIN (TBD)

Aku ingin mengayuhkan perahu
menikmati suasana senja
hingga matahari menutup tirai
mengutus sang rembulan berjaga
hingga dirinya terbangun
Kuingin mengharungi laut tenang
bening seperti cermin
semilir angin sejuk berhembus

Oleh: Madah Pujangga
sajak fantasi/1 Julai 2012 12:40 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN KE DUA

Sdra Madah Pujangga Kini ke pusingan kedua dengan sajakya yang bertajuk: AKU INGIN Tema fantasi katanya . Pengucapannya semacm tergantung dan mengelirukan.. Mesejnya mungkin kisah orang muda punya biasa.penuh dengan fantasi dan gila.2.Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Geletek Malam berkata...

78.MELAWAN DERITA INI (P)

Sesudah hari mengguncang nuraniku
Hatiku gelisah jiwa merana
mata terlalu sukar terpejam
untuk mengobati kegelisahanku ,
aku sering mengasingkan diri
mengembara menyendiri di tepi
Hari-hari terus berlalu
Karena kebiasaanku saat itu
badanku lemah tak berdaya
hanya bisa terbaring
bergelut mengatasi penyakit,
berjuang melawan derita jiwaku ini

Oleh: Geletek Malam
sajak ketika sakit tenat minggu lps/1 Julai 2012 12:45 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN KE DUA


Sdra Geletek Malam Berjaya kembali lagi ke pusingan kedua dengan sajaknya yang bertaju k MELAWAN DERITA INI .Tema sajak semacam ditimpa musibah nampaknya.Pengucapannya bersahaja dan punya arti nya tersendiri. Mesejnya menyentuh suasana kehidupa nyang dialam nya dalam kemelut melawan penyakit dengan mengharap satu kekuatan dan kesembuhan. Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)

Qalam Mutiara berkata...

Pagok Lana berkata...

79.LETIH (TBD)

Para Jiwa telah tidur terlelap
di tempat mereka masing masing
Haiwan malam telah letih melolong
Semut telah pulang kesarang
Pepohonan dan angin telah mengantuk
Tidak demikian dengan diriku
Kekuatan malam tak dapat
menidurkan aku saat
malam tak dapat buatkan
perasanku menjadi letih

Oleh: Pagok Lana
sajak simbolik/1 Julai 2012 12:50 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN KE DUA

Sdra Pagok Lana kini ke pusingan kedua dengan sajakya yang bertajuk: LETIH Tema simbolik katanya . Pengucapannya sukar difahami dansadikit mengelirukan.. Mesejnya mungkin kisah orang muda punya biasa.terlalu banyak dengan fantasiperasaan menjadi letih dan sukar untuk tidur .Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Brader Joe berkata...

80.TERUSKAN HIDUP (LSS)

Tak henti kutuliskan puluhan syair
mengukirkan keindahanmu dalam syairku
tak henti jemariku melukiskan
barisan kata dan tanpa rasa bosan
kedua mataku menatap sebuah cerita
mungkin bagi penyair lain
adalah terlalu biasa buat mereka
namun ia menjadi kelemahan untukku
maha dahsyat yang terdapat
perasaan marah dan benci tetap bersarang
di sudut hati kecil yang terkilan ini
tapi aku masih mampu bertahan
teruskan hidup hingga ke saat ini

Oleh: Brader Joe
sajak sedih/1 Julai 2012 12:58 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012

PUSINGAN KE DUA

Sdra.Brader Joe kini kembali kepusingan kedua dengan sajaknya bertajuk:.TERUSKAN HIDUP Tema suasana kesedihan nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan punya cerita dan artinya yang tersendiri. Mesejnya menyentuh kisah kehidupan persahabatan kisah kawan lama yang pergi dengan penuh misteri. Kkecewaan dan kemarahan masih bersarang dan sukar dilupakan dengan trajedi itu. Semoga Allah swt memberkati rohnya. Amin! . Layak diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

Brader Joe berkata...

GERBANG PUTIH

ku terlihat di hujung
ada gerbang putih
ketika itu aku tak rasa sakit
walau dagingku membeku
derasnya aliran darah tadi hilang
aku masih hidup dalam kematian
tak peduli walau tanganku putus
bagi membebaskan rantai besi
menyeret sisa tubuhke gerbang putih
hingga tangan memegang gerbang itu
ketika itu aku rasa aku sudah bebas

Brader Joe
sajak bob Kuli yang masih sy simpan lagi sajak ni sebulan sebelum dia meninggal sajak yang dia pernah mimpi dia ceritakan kps sy...