Sayembara puisi April tempat ke lapan
Semilir angin mengalun dingin
rintik renggang menjadi banyak…
jatuh menjadi hujan tanah basah.
Bunyi air jatuh dari atap rumah
Rintik hujan berlumba dengan air
jatuh dari pancuran atap,
membuat suasana begitu hening.
Aku hanya berdiri di bawah atap
hanyut dalam rintik mulai mengecil
Semilir angin mengalun dingin
rintik renggang menjadi banyak…
jatuh menjadi hujan tanah basah.
Bunyi air jatuh dari atap rumah
Rintik hujan berlumba dengan air
jatuh dari pancuran atap,
membuat suasana begitu hening.
Aku hanya berdiri di bawah atap
hanyut dalam rintik mulai mengecil
Oleh: Hambali Maliki
sajak simbolik/29 April 2012 6:32 PTG
sajak simbolik/29 April 2012 6:32 PTG
30 ulasan:
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012
PUSINGAN AKHIR
Sdra. Hambali Maliki ganti tempat Hamba Allah kini terpilih melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk RINTIK HUJAN Tema sajaknya bersimbolik nampaknya.. Pengucapannya gaya cerita tapi ada artinya tersendiri, Mesejnya mengambarkan simbolik pada kehidupan yang dilalui agaknya Anda layak untuk menang sayembara puisi April 2012 tempat ke lapan .(8)
KISAH ISRAK WAL MIKRAJ (FB)
ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 16 : TARIKH 7/6/2010
GAMBARAN 11.
Nabi diperlihatkan gambaran manusia yang mencakar muka dan dadanya dengan kuku tembaga; Begitulah keadaannya orang yang suka mengumpat daripada dosa besar yang wajib dijauhi, boleh memusnahkan diri sendiri dan merosakan hubungan kemasyarakatan
CERITA TAMBAHAN:
Satu hari nabi terdengar dua orang perempuan mengumpat dalam bulan puasa, lalu nabi berkata sukakah kamu makan daging saudara kamu sendiri, mereka berdua terkejut, nabi meminta mereka meludah, didapati ada darah keluar dari mulut mereka, lalu nabi berkata, pergilah kamu meminta maaf kepada orang yang kamu umpat tadi.
Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-
1. Mengumpat adalah bedosa sepatutnyalah kita jauhi
2. Mengumpat bagai senjata yang boleh makan diri sendiri
3. Boleh merosakan hubungan kemasyarakatan setempat
4. Tiap orang Islam jauhkanlah dari umpat dan mengumpat dan masjid pula bukan tempat kita menabur fitnah dan menghentam pemerentah.
Firman Allah dalam surah al hujurat ayat 12; kira maksudnya;
Dan jangan kamu memcari kesalahan orang dan jangan kamu mengumpat sebahagian daripada yang lain, Sukakah kamu memakan daging saudara kamu yang telah mati, dan sudah pastilah kamu merasa jijik kepadanya.
Oleh: Nurimanja.
BERSAMBUNG.
KISAH ISRAK WAL MIKRAJ (FB)
ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 17 : TARIKH 1/7/2010
GAMBARAN 12.
Nabi diperlihatkan gambaran Lembu yang berbadan besar keluar dari lubang sempit, kemudian bersusah payah ingin memasukkannya semula ke dalam lubang sempit yang tempat dia keluar tadi.Perbandingan gambaran ini bila saseorang yang suka bercakap besar, sumbung dan angkuh tehadap orang lain, pastinya bila dia ingin menarik balik katakata dan sikapnya selama ini memang sukar dan payah diterima, oleh masyarakat umum. Jadi kalau boleh, janganlah suka bercakap besar ataupun takbur.kata orang terlajak perahu boleh dibeluk, terlajak kata padah jadinya.
Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-
1.Sikap cakap besar, angkuh dan menyumbung diri ditegah dalam Islam.
2.Sikap mazmumah ini boleh memutuskan tali silatun rahim sesama manusia.
3.Setiap muslim patut menjauhi sifat mazmumah (terkeji) dan tidak sesuasi iamalkan jika seorang itu bergelar bijak pandai.
Firman Allah alam Al Quran, surah Loqman ayat 18. kira maksudnya:
Dan jangan kamu berpaling mukamu kepada manusia (miskin) dan jangan kamu berjalan di muka bumi ini dengan gaya berlagak sombong dan angkuh. Sesungghnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong,takbur,lagi suka mendabit dada dan membanggakan diri.
BERSAMBUNG.
KISAH ISRAK WAL MIKRAJ (B)
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 18 : TARIKH 8/7/2012
GAMBARAN 13.
Nabi Muhamad saw terdengar panggilan disebelah kanan (panggilan Yahudi) dan panggilan di sebelah kiri (pangilan Nasrani) Gambaran peritiwa ini, bagaimana budaya hari ini kita umat Islam telah pun terpengaruh dengan cara hidup orang Yahudi dan juga Nasraani. Contoh mudah: makan di atas meja kaki berjuntai, main bola sepak, rumah dua tingkat, makan dengan sudu,dan minum dengan stro.Pakaian banyak yang bergantung dalam almari itu adalah tempat sarang syaitan dan iblis. rumah yang di petekkan getar itu tiap kali dipetek dimainkan sekor iblis akan lahir, bertopi sodok (cap) bukan berserban.buang janggut dan misai,ibubapa jadi hamba abdi kerana menjaga cucu, bila anak menantu keluar pergi bekerja.banyak lagi dlln.(maaf ini pandangan ustaz yang saya dengar sewaktu beri ceramah)
Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-
1. Yahudi dan Nasrani adalah musuh ketat dan tradisi bagi orang Islam
2. Golongan ini sentiasa berusaha membuat berbagai perancangan untuk menghancurkan umat Islam dengan berbagai pengaruh yang melekakan. (Bolak sepak selalu bermula waktu assar dan maghrib)
3. Setiap orang Islam mesti peka dan waspada dengan taktik dari kedua gelongan ini untuk memesungkan akidah agama kita.
Firman Allah dalam Al Quan surah Al Baqarah ayat 120; Kira ertinya:
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan meredhai engkau, sehinga engkau mengikut jejak langkah mereka (iaitu cara hidup mereka hari ini)"
Sebab mereka dahulu pernah jadi bangsa yang ditindas, merempat tiada negeri,hari ini mereka bangun untuk menjadi bangsa yang akan menindas bangsa di dunia.khususnya umat Islam.
BERSAMBUNG.
KISAH ISRAK WAL MIKRAJ (FB)
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 19 TARIKH 14/6/2012
GAMBARAN 14.
Nabi Muhamad saw terdengar panggilan seorang wanita yang sangat cantik ditubuhnya penuh dengan perhiasan yang mahal dan indah Gambaran peristiwa ini ialah DUNIA di ibaratkan seperti seorang perempuan cantik, yang sering memperdaya dan terpesona dengan gaya lenganglengok dan keghairahnya yang sering membuat ramai lelaki tesungkur kerana cinta berahinya kepada seorang wanita yang cantik dan mogel. Hari ini pun wanita sering jadi mangsa, setiap barangan yang hendak dijual, ikhlannya mesti diletakan gambar seorang wanita, yang cantek , lihat saja dalam Tv ada yang sanggup mendedahkan sebahagian dar isimbol-simbol sexnya. Semuanya itu gambaran tarikkan dunia yang meruntunkan hawa nafsu dan keimanan kita. judi, arak , wang, harta dlln.Tidak hairanlah hari ini berapa ramai anak yang tidak berbin atau bintikan. amat membimbangkan.
Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-
1. Godaan dunia boleh melalaikan tanggangjawab kita kepada Allah seabagai hamba dan khalifah di dunia ini.
2. Malah lelaki yang tidak ada pegangan akidah yang kuat boleh runtuh imannya melihat wanita yang mengiurkan. malah ada pula gulungan ini yang mengambil kesempatan merosakkan kaun hawa ini dengan mengautkan kunungan berganda.
3. Setiap wanita muslimat patutulah menjaga diri dan kehormatan dan maruah diri , agar tidak untuk diambil pula kesempatan pihak tetentu untuk diperdagangkan
Firman Allah dalam Al Quran surah An Naziat ayat 37-39 ; Kira etinya;_
"Adapun orang-orang yang melampau (perbuatan durhakanya) serta dia utamakan kehidupan dunianya semata-mata, maka sesungguhnya NERAKA JAHIMLAH tempat kediamannya,"
BERSAMBUNG.
KISAH ISRAK WAL MIKRAJ (B)
PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ SIRI 20 :
TARIKH 10/6/2012 kerjanya cuba menganggu manusia di dunia.
GAMBARAN 15.
Nabi Muhamad saw telah dihalang di pertengahan jalan oleh sorang tua yang cuba meng halang dan mengemukankan beberapa soalan kepada nabi Muhamad saw sebagai percubaan menghalang perjalanan nabi.
Gambaran peristiwa ini ialah, orang tua itu merupakan syaitan yang cuba menganggu manusia dimana saja berada. kerana syaitan telah bersumpah sebelum Allah menhukumnya, berilah dia peluang untuk mngoda setiap umat manusia terjerumus kejalan yang dilaknati Allah.Syaitan juga boleh berjagai bermacam rupa bentuk dan gaya, malah boleh masuk melalui saloran darah ke dalam hati dan jiwa manusia, kecuali hati orang-orang yang benar beriman, contoh seperti khalifah Abu Bakar Al Sidiq, bila ia melalui sesuatu jalan itu, syaitan tidak akan berani melaluinya lagi.Manusia mudah mengoda manusia dengan peninaan Sebab itulah bila kita duduk berdua terutama teruna dan dara, akan ada orang yang ketiga jadi pemujuk berahi iaitu SYAITAN
Iktibar dari gambaran peristiwa ini:-
1. Umat manusia sepatutnyalah berwaspada dengan bujukkan syaitan yang melakukan berbagai cara dan muslihat ini.
2. Iblis dan syaitan ini mempunyai berbagai muslihat dan cara untuk menggoda dengan tipu daya untuk melemahkan iman manusia,
3. Bersikap istiqamahlah dalam hal ibadat, agar dapat menyekat daripada godaan iblis dan syaitan laknatullah ini.(malah bagi orang yang beriman Iblis cuba mengerahkan segala bala tenteranya untuk menghancurkan hati yang telah kebal keimanan . Terutama saorang, tuk guru, orang alim, ustaz dan ustazah, yang kita dengar berbagai hal belaku hari ini)
Firman l Quran dalam surah Yassin ayat 60, kira maksudnya;
"Bukankah aku telah memerentahkan kamu wahai anak-anak Adam supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia adalah musuh kamu yang nyata,"
BERSAMBUNG
MELAMBAI SEPI
Berkobar berkelip cahaya
ikut bergoyang bagai lambaian
tangan yang menyapa
melintas tanpa kata
berayun melambai kemudian sepi,
Asyar Mujid
sajak simbolik
HATI KASIH TAK TERPISAH
Kata berbuah senyum,
Tatap mata terpancar
hinggap pada ketegaran bersatu
kemudian menghilang dalam samar bayang siang telah berlabuh
tertambat senyum mengerti,
menjadi hati kasih tak terpisahkan.
Madah Pujangga
sajak simbolik
CANDA TAWA
Senyum masih tersimpan
bersambut oleh sepi menjadi riang.
Canda tawa terderai bersama
lahir pada sebuah perjumpaan.
tiada dapat dilupakan
Puan Rosnah
sajak terkenang
LUKISAN RINDU
nafas menderu didalam kerinduan
tirai bahagia tanpa secarit dusta
berpijak dalam bahtera cinta
walau terkadang air mata
mewarnai setiap liku jiwa
namun balutan kasih sayang bersenandungkan ketulusan
sebuah lukisan selalu tergores rindu
Badrolshah
sajak sedih
RANTING PATAH
Naluri bening disudut mata
terjatuh seraut wajah
membawa raga berjalan tergesa…
disudut hati nyanyian angin
mengembara tiada disudut bibir..
menghitung datang dan pergi
bersama ranting patah
Haji Hamdan
sajak sedih
BAGAI HANTU
cinta aku tanpa terkata.
tanpa terungkap. lebih menyiksa?
tanpa suara. lebih memilukan?
menangis aku tanpa isak.
lebih menyedihkan?
terluka aku tanpa keluh.
lebih menyakitkan?
hidup bagai hantu tiada arah tuju
Emily Osman
sajak sedih
AKU MERINDU
Kalau tadi ku kata cinta
semalam, benar aku rindu ..
seharian ku sunyi tanpa rengetan
Tak bisa lari dari penjara sepi?
rintihanku membawa kau pergi?
mempersonakansungguh aku merindu
Muhamad Akmal
sajak jiwa2
Tanpa Nama Capricorn berkata...
BOHONG
Bukan aku yang cengeng
sering mengutuk dan mengeluh
Namun nyata sudah bahawa
selama ini kita hanya berputar
pada akhirnya hanya kembali
segala restu yang diberikan
tak lebih dari bualan siang bohong
Capricorn
sajak kecewa
Asyar Mujid berkata...
13.MELAMBAI SEPI -P
Berkobar berkelip cahaya
ikut bergoyang bagai lambaian
tangan yang menyapa
melintas tanpa kata
berayun melambai kemudian sepi,
Oleh: Asyar Mujid
sajak simbolik/14 Jun 2012 2:37 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra Asyar Mujid kini kembali dengan sajak bertajuk: MELAMBAI SEPI Tema simbolik katanya. Pengucapannya agak rengkas .Mesejnya menyentuh perasaan dan harapan hati yang ingin mengisi kekosongan , namun hingga kini tidak juga kesampaian Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)
Madah Pujangga berkata...
14.HATI KASIH TAK TERPISAH (LSS)
Kata berbuah senyum,
Tatap mata terpancar
hinggap pada ketegaran bersatu
kemudian menghilang dalam samar
bayang siang telah berlabuh
tertambat senyum mengerti,
menjadi hati kasih tak terpisahkan.
Oleh: Madah Pujangga
sajak simbolik/14 Jun 2012 2:40 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra Madah Pujangga dengan sajak bertajuk:HATI KASIH TAK BERPISAH Tema simbolik katanya. Pengucapannya mudah dan bersahaja. Mesejnya menyentuh soal peribadi mungkin sedang memupuk kasih sayang diantara satu sama lain agaknya Anda Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)
Puan Rosnah berkata...
15.CANDA TAWA (TBD)
Senyum masih tersimpan
bersambut oleh sepi menjadi riang.
Canda tawa terderai bersama
lahir pada sebuah perjumpaan.
tiada dapat dilupakan
Oleh: Puan Rosnah
sajak terkenang/14 Jun 2012 2:41 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Pn Rosnah dengan sajak bertajuk: CANDA KETAWA Tema cuma kenangan katanya. Pengucapannya bersahaja ada eati tersendiri. Mesejnya menyentuh kisah peribadi mungkin mengenang kisah lama sewaktu muda2 dahulu yang sukar dilupakan. agaknya .. .Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini , (TBD)
Badrolshah berkata...
16.LUKISAN RINDU (TBD)
nafas menderu didalam kerinduan
tirai bahagia tanpa secarit dusta
berpijak dalam bahtera cinta
walau terkadang air mata
mewarnai setiap liku jiwa
namun balutan kasih sayang
bersenandungkan ketulusan
sebuah lukisan selalu tergores rindu
Oleh: Badrolshah
sajak sedih/14 Jun 2012 2:44 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Badrolshah dengan sajak bertajuk:LUKISAN RINDU Tema kesedihan katanya. Pengucapannya bersahaja ada ati tersendiri. Mesejnya menyentuh kisah peribadi mungkin dilanda kekecewaan untuk mencari buah hati yang sepadan masih belum ditemui..Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini , (TBD)
Haji Hamdan berkata...
17.RANTING PATAH (TBD)
Naluri bening disudut mata
terjatuh seraut wajah
membawa raga berjalan tergesa…
disudut hati nyanyian angin
mengembara tiada disudut bibir..
menghitung datang dan pergi
bersama ranting patah
Oleh: Haji Hamdan
sajak sedih/14 Jun 2012 3:12 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra.Haji Hamdan dengan sajak bertajuk: RANTING PATAH Tema kesedihan katanya. Pengucapannya sadikit mengelirukan tapi ada arti tersendiri. Mesejnya menyentuh kisah periadi mungkin melihat sesaorang ingin bermesra .tetapi kelu lidah untuk menyapa Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini , (TBD)
Emily Osman berkata...
18.BAGAI HANTU -P
cinta aku tanpa terkata.
tanpa terungkap. lebih menyiksa?
tanpa suara. lebih memilukan?
menangis aku tanpa isak.
lebih menyedihkan?
terluka aku tanpa keluh.
lebih menyakitkan?
hidup bagai hantu tiada arah tuju
Oleh: Emily Osman
sajak sedih/14 Jun 2012 3:16 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Emily Osman dengan sajak bertajuk: BAGAI HANTU Tajuk kurang menarik .Tema kesedihan nampaknya. Pengucapannya bersahaja ada ati tersendiri. Mesejnya menyentuh kisah peribadi juga, mungkin kisah orang muda punya biasa.mencari sebuah cinta yang belum terjawab terasa diri bagai bunga terbuang layu.. Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)
Muhamad Akmal berkata...
19.AKU MERINDU (TBD)
Kalau tadi ku kata cinta
semalam, benar aku rindu ..
seharian ku sunyi tanpa rengetan
Tak bisa lari dari penjara sepi?
rintihanku membawa kau pergi?
mempersonakan sungguh aku merindu
Oleh: Muhamad Akmal
sajak jiwa2/14 Jun 2012 3:19 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra Muhamad Akmal kini kembali dengan sajak bertajuk: AKU MERINDU Tema jiwa2 nampaknya. Pengucapannya rengkas.bersahaja Mesejnya menyentuh tentang penyakit jiwa2 kisah orang muda punya biasa. Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini , (TBD)
Capricorn berkata...
20.KOSONG DAN BOHONG (LSS)
Bukan aku yang cengeng
sering mengutuk dan mengeluh
Namun kini ternyata sudah
bahawa kisah kita hanya berputar
segala restu yang diberikan
akhirnya kembali semula
bagaikan bualan kosong dan bohong
Oleh: Capricorn
sajak kecewa/14 Jun 2012 3:21 PTG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Capricon dengan sajak bertajuk:KOSONG DAN BOHONG Tema kecewa katanya. Pengucapannya ada sadikit diperbetulkan. Mesejnya menyentuh soal peribadi yang mungkin pernah dikecewakan dengan janji kosong dan bohong,.. Anda Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)
NAGA HIJAU
kau biarkanku berpetualang
sendiri di rimbun ini walau
hanya sebilah naga datang melintas
Lantas aku terjebak dalam lalang
Jangan mencemarkan aku dengan dosa
ketika aku khusyuk di pagi hari
mengangkang dengan riang
sebagai ahli surga disini aku
saudagar emas
sajak dari ahli citra rasa iaitu sahabat sy sndiri kami berkawa masa di kolej cosmopoint skrg dia di wad sakit jiwa selalu ckp sorg2 tp kata2 dia doktor2 ayat2 dia pelik sy pun xthu apa maksud sajak ni tp dh xda idea sy tulis je bulat2 dia ckp...
BERTANYA
Tanpa sapa kau bertanya…
tapi tatapanmu telah ceritakan tentang keangkuhanmu..
mengadu disaat hadir gundahku,
menghadirkan pilu bukan kedamaian seperti yang kuingin tanpa sadar
Mona
sajak jiwa2
TERLERAI
cinta yang kian membara
telah merajam ngilu ulu hatiku..
tak peduli setiap kata kau urai
membuat nafasku mendengus perih..
meratap dinding hati yang sunyi..
sekian lama jalinan kita semai,
kini terlerai sudah
tanpa salam perpisahan
Haji Hamdan
sajak kenangan
TENAT
alunan lagu rindu menjadi kelu dan perlahan mengeras membatu..
Haruskah aku mengadu padaMu
apakah jalan ini sudah tak sehaluan
sangat jelas untuk dihempaskan,
biarlah berputih mata
tak perlu melontarkan cerita
kerana aku semakin tenat disini
pak Bostamam
sajak marah
saudagar emas berkata...
21.NAGA HIJAU - (P)
kau biarkanku berpetualang
sendiri di rimbun ini walau
hanya sebilah naga datang melintas
Lantas aku terjebak dalam lalang
Jangan mencemarkan aku dengan dosa
ketika aku khusyuk di pagi hari
mengangkang dengan riang
disini aku sebagai ahli surga
tanpa ada kira bicara di sisiMu ….
Oleh: Lelangit Biru /Saudagar Emas
sajak dari ahli citra rasa iaitu sahabat sy sndiri kami berkawa masa di kolej cosmopoint skrg dia di wad sakit jiwa selalu ckp sorg2 tp kata2 dia doktor2 ayat2 dia pelik sy pun xthu apa maksud sajak ni tp dh xda idea sy tulis je bulat2 dia ckp.../16 Jun 2012 1:36 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Saudagar Emas dengan sajak sahabatnya Lelangit Biru bertajuk:NAGA HIJAU Tema pesakit jiwa nampaknya . Pengucapannya begitu tertekan dengan perasaan . Mesejnya menyentuh soal peribadi yang dialami selama ini, mungkin jiwanya diamuk kecelaruan yang amat sangat menjadikan dia sukar untuk berfikir dengan waras, Cuma andaian saja. Apa pun kami berdoa agar beliau cepat sembuh. Amin.!, Apa pun diberi Perhatian untuk seterusnya (P)
Mona berkata...
22.BERTANYA
Tanpa sapa kau bertanya…
tapi tatapanmu telah ceritakan
tentang keangkuhanmu..
mengadu disaat hadir gundahku,
menghadirkan pilu bukan kedamaian
seperti yang kuingin tanpa sadar
Mona
sajak jiwa2/16 Jun 2012 1:38 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Pn Mona dengan sajak bertajuk: BERTANYA Tema jiwa2 nampaknya. Pengucapannya rengkas.bersahaja punya erti tersendiri , Mesejnya menyentuh soalan peribadi, mungkin apa yang diharap, lain pula yang didapat . Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini , (TBD)
Haji Hamdan berkata...
23.TERLERAI (TBD)
cinta yang kian membara
telah menerjam ngilu ulu hatiku..
tak peduli setiap kata kau urai
membuat nafasku mendengus perit..
meratap dinding hati yang sunyi..
sekian lama jalinan kita semai,
kini terlerai sudah akhirnya
tanpa salam perpisahan
Oleh: Haji Hamdan
sajak kenangan/16 Jun 2012 1:39 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. JUN 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Pak Haji Hamdan kembali dengan sajak bertajuk: TERLERAI Tema terkenang nampaknya Pengucapannya menarik kelohan kecewa punya arti tersendiri. Mesejnya samacam menyentuh kehidupan peribadi Apa yang diharap dan dibena selama ini , terlerai atau runtuh akirnya Harap maaf kerana persaingan hebat, maka penyertaan anda, terpaksa berhenti.di sini usaha lagi lain kali..(TBD)
Pak Bostamam berkata...
24.TENAT (LSS)
alunan lagu rindu menjadi kelu
dan perlahan mengeras membatu..
Haruskah aku mengadu padaMu
apakah jalan ini sudah tak sehaluan
sangat jelas untuk dihempaskan,
biarlah berputih matadan tulang
tak perlu melontarkan cerita
kerana aku semakin tenat disini
Oleh: Pak Bostamam
sajak marah/16 Jun 2012 1:42 PG
SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG. MEI 2012
PUSINGAN KELAYAKAN.
Pak Bostaman kini kembali dengan sajak bertajuk: TENAT Tema rasa nak marah nampaknya. Pengucapannya rengkas, pendek .bersahaja Mesejnya menyentuh tentang isu semasa kisah politik tanah air yang kian tenat bagi puak-puak yang angkuh mengunakan berbagai cara tidak memperdulikan apa saja demi smenjayakan agenda politik mereka. Layak untuk sayembara seterusnya (LSS)
Catat Ulasan