Rabu, 18 April 2012

WAKTU BERPIHAK (5)




Sayembara puii mac tempat ke lima

Aku sama sekali tidak faham,
Kepada siapa waktu berpihak…..
Tetapi tak perlu catat apapun
Karena memang waktu menjadi milik semesta….
Kemudian pada halaman buku aku lipat setengah
Sebuah kata aku tebalkan pada dua tanda
sekali tak mewakili di mana-mana
sebab hanya perlu sebuah jawaban
seperti kehilangan setengah waktu
Semesta kata cuma duka cita !
ketika peluru pertama meledak,
tiada lagi hari esok untuk kita

 
Oleh: Penglipur Lara
sajak perjuangan sinis/28 Mac 2012 3:48 PTG





30 ulasan:

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI AKHIR MAC MENENTUKAN TEMPAT PETAMA HINGGA LAPAN

MENANGKAP MAKSUD

Sdra.Penglipor Lara ke pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: WAKTU BERPIHAK Tema perjuangan sinis nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima ada artinya tersendirit Maksudnya mengambarkan diri yang memilih jalan tengah tidak memihak pada sesiapa melainkan tunggu hari pembalasan sahaja. .Layak diberi kdudukan tempat ke lima daripada lapan orang yang dicalunkan ke peringakat akhir.Tahniah!! (5)

Pena Utara berkata...

CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 5 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA PERAK.
_____________________________________________________________________


PAGI AHAD, hujan turun dengan lebatnya. Semua pekerja buruh di estate tidak bekerja. Monindy bercadang hendak pergi ke rumah sakit Parit Buntar, kerana sudah dua minggu dia tidak pergi melawat isterinya Monacy. Lagi pun semalam baru sahaja dia terima gaji.

Sementara menunggu hujan reda , Moniandy bersiap-siap mengenakan pakaiannya, tetapi makannan pagi belum lagi tersedia. Lucky belum lagi bangun. Moniandy terpaksa membuatnya sendiri.

“Kenapa Lucky belum bangun? Letih agaknya. Orang baru nak belajar kerja, tambah pula ambil lebih masa, sampai ke petang baru pulang,” bisik hati kecil Moniandy kesian juga bila melihatnya.

Selepas sarapan pagi, hujan masih juga belum reda. Jam di dinding telah menunjukkan pukul sepuluh setengah pagi. Malah Luckmy masih juga belum bangun lagi. Biasa kalau tidak bekerja sebelum pukul sepuluh Luckmy sudah bangun mengemas rumah. Malah hingga kini belum bangun lagi.

kekenyangan perutnya pagi itu, membuatkan matanya jadi mengantuk, maklum lama dia tidak pernah makan roti bakar bersalut telor, seperti pernah yang disediakan oleh Monacy .

Monindy tersandar di kerusi malasnya di hadapan tingkap, hujan yang turun di luar rumah, masih lagi tidak berhenti. Walaupun tidak selebat awal pagi tadi:

Dalam keadaan dia berfikir begitu, dia tidak sedar dia telah terlena di kerusi malasnya seketika tadi. Dia cuba menjeguk ke dapur, Luckmy masih tiada. Dia melangkah pergi ke bilik tidur Luckmy. Belum pun sempat dia mengetuk pintu bilik tidur Luckmy, pintu itu tidak berkunci.

Pelahan-lahan Monindy menolak daun pintu bilik itu. Moniandy pelahan-lahan menapak masuk sebelah kakinya, di dapati Lackmy sedang tertiarap di atas katil bujang , membelakangkannya. Baju tidurnya yang jarang tersingkap ke atas sehingga menjelaskan pangkal peha dan pinggulnya yang bulat meninggi itu.

Rambutnya kusut masai seperti orang dalam kesakitan, sebelah tangannya tertekan ke perut, di bawah dadanya ada sebiji bantal, kepalanya diikat dengan tuala kecil dan tertunduk ke bawah. Malah bertentangan dengan mulutnya ada sebiji besin besar dan sekoley air sejuk. Beberapa ekor lalat hitam berterbangan mengelilingi besin besar itu.

BERSAMBUNG ESOK.

Sufian Al Zahri berkata...

TITIP

kaca jendela matamu
kutemui bayang wajahku
Inilah bentuk rindu yang kupungut satu persatu dari ribuan terserak
Temukan repihan-repihan jiwa disana
Simpan dalam lalu titip pada malam
Agar kuurangkum barisan malam ini
Kutulis dan kutitipkan pada pagi

Sufian Al Zahri
sajak jiwa

Tinta Bayu berkata...

PASIR PUTIH

bicara pada mentari dapat kusaksi
terangnya saat fajar nanti
Makhluk mana yang cemburu
Saat menghias bulan seterang fajar
Merengkuh awan senja yang merah
di ufuk sana bersembunyi
di balik rimbun hutan
bergelung dalam ombak di lautan
bertemu diputih pasir

Tinta Bayu
sajak simbolik

Petulang Tiga berkata...

LELAH HATI MEMBUSUK

adalah berbeda untuk dipersatukan.
mata mulai lelah hati membusuk,
sanggupkah sauh yang patah ini
ku jadikan permata menyelimuti
helai kasih yang pudar ini
Perlahan hiba menghangatkan tubuhku… membakar cemburu… mengoyak amarahku…

Petulang Tiga
sajak sedih selepas putus tunang

Sohibul Wakdiamin berkata...

TULUS

pahit menjadi madu
biar tak terkuak sekalipun,
ketika arah menjadi pecah
ketika waktu menjadi mati
ku berserah bersimpuh tulus hati begitu dusta kuucapkan
tidak seorangpun memahami
jiwaku telah bergetar mewarnai

Sohibul Wakdiamin
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

Sufian Al Zahri berkata...

53.TITIP (TBD)

kaca jendela matamu
kutemui bayangan wajahku
Inilah bentuk rindu yang kupungut
satu persatu dari ribuan terserak
Temukan repihan-repihan jiwa disana
Simpan dalam lalu titip pada malam
Agar kurangkum barisan malam ini
Kutulis dan kutitipkan pada pagi

Oleh: Sufian Al Zahri
sajak jiwa/18 April 2012 1:51 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Sufian Al Zahri kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk TITIPAN Tema sajak jiwa2 nampaknya .Pengucapan berkias tapi ada terasa sadikit mengelirukan perlu diperbaiki lagi. Mesejnya semacam ada daya luar fikitan tentang mencari pasangan tetapi perbandingannya agak mencelarukan. Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Tinta Bayu berkata...

54.PASIR PUTIH (LSS)

Bicara pada mentari dapat kusaksi
harap terangnya saat fajar nanti
Makhluk mana yang cemburu
Saat menghias bulan seterang fajar
Merengkuh awan senja yang merah
di ufuk sana bersembunyi diri
atau di balik rimbun hutan dan paya
atau bergelung dalam ombak di lautan
apa munkinkah bertemu di pasir putih?

Oleh: Tinta Bayu
sajak simbolik/18 April 2012 1:53 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Tinta Bayu kini kembali lagi dengan sajaknya yang bertajuk:PASIR PUTIH.Tema sajak simbolik nampaknya.Pengucapannya sadikit pembetulan dan punya artinya tersendiri. Mesejnya membicarakan keadaan isu semasa apakah pergolakan yang berlaku punya ageda yang dapat menyatukan kekusutan atau lebih parah lagi..Cuma andaian. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Petulang Tiga berkata...

55.MATA KABUR HATI MEMBUSUK (LSS)

Kini terasa cukup berbeda
untuk kita dipersatukan.
bila mata mulai kabur
dan hati pun membusuk,
begitu lumrah alam
bila sauh sudah patah
perahu engan menerima lagi

Dimana permata kata janji ?
bila helai kasih telah pudar dan lusuh
perlahan-lahan diri rasa dicengkam hiba
sesekali menghangatkan tubuhku
lantas membakar, rasa cemburu
dan mengoyak amarah hatiku…..

Oleh: Petulang Tiga
sajak sedih selepas putus tunang/18 April 2012 1:55 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Petualang Tiga kini kembali lsemula dengan sajaknya yang bertajuk:MATA KABUR HATI PUN EMBUSUK. Tema sajak sinis bersimbolik nampaknya.Pengucapannya sadikit pembetulan dan punya artinya tersendiri. Mesejnya mengenangkan musibah yang menimpa diriorang tersayang juga melarikan diri, sebenarnya ada hikmah dan pengajaran disebaliknya. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Sohibul Wakdiamin berkata...

56.MENCARI KETULUSAN (TBD)

pahit menjadi madu
biar tak terkuak sekalipun,
ketika arah menjadi pecah
ketika waktu menjadi mati
ku berserah bersimpuh tulus hati
begitu dusta kuucapkan
tidak seorangpun memahami
jiwaku telah bergetar mewarnai
menilai perjalanan liku hidup
yang penuh dengan pendustaan ini

Oleh: Sohibul Wakdiamin
sajak simbolik/18 April 2012 1:57 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Sohibul Wakdiamin kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk MENCARI KETULUSAN Tema sajak bersimbolik nampaknya .Pengucapan bersahaja namun sadikit benbetulan pada penutupnya.Mesejnya mungkin ingin menyatakan rasa kurang senang dengan situasi kehidupan para tokoh yang kurang menyenangkan hati.Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

nabil Quldi berkata...

TERGESA BERLARI

Tergesa berlari dahului mentari
Berjalan seperti berlari
Tak cukup waktu memilihlebih lapang
cukup memandang langit pagi
menikmati menghirup udara
Sampai juga sedikit jalan becak
Sudah panas sudah walau masih pagi
Hingga waktu beranjak ke malam
kembali pulang ke rumah

nabil Quldi
sajak ketika terlambat ke skolah

Hambali Maliki berkata...

MELANJUTKAN KISAH

adakah mungkin itu segalanya
kamulah yang melantunkan
bintang bulan menjadi saks
tatkala mimpi telah pertemukan satu kesempatan telah
disiapkan untuk berlabuh..
mimpi kini berubah menjadi nyata
karena melanjutkan kisah
tak akan pernah hilang selamanya.

Hambali Maliki
sajak simboliki

Atan Yahoo berkata...

TIADA BERKATA-KATA

semenjak mengetahui disana
semua hati sedang bergalau
tiada terkata menyelimuti rasa kebekuanku yang mencair,
entah berapa kali purnama
disini mahu kelam cahaya
mengapa tiada sahut terdengar?
adakah kuasa yang lebih besar membungkam mulutmu agar
tiada berkata-kata disana

Atan Yahoo
sajak sinis

Bulan terang berkata...

KELAM

aku hanya manusia biasa tidak kebal
perasaanku tidaklah seperti itu
tubuhku tidaklah sempurna
auraku tidak berkobar bagai bendera
semangatku hanya terpendam di jiwa
mata tidaklah seindah mentari
namun aku tahu dia tertawa disana
aku menangis disini
aku tak paham dengan kehidupan
semua sangatlah kelam

Bulan terang
sajak terkenang zaman remaja

Qalam Mutiara berkata...

Nabil Quldi berkata...

57.TERGESA BERLARI (TBD)

Tergesa berlari dahului mentari
Berjalan seperti berlari
Tak cukup waktu memilih lebih lapang
cukup memandang langit pagi
menikmati menghirup udara
Sampai juga sedikit jalan becak
Sudah panas sudah walau masih pagi
Hingga waktu beranjak ke malam
kembali pulang ke rumah

Oleh: Nabil Quldi
sajak ketika terlambat ke skolah/19 April 2012 3:35 PTG


SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra. Nabil Quldi kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk TERGESA BERLARI Tema sajak semacam kekalutan nampaknya .Pengucapan agak perlu sadikit benbetulan pada penceitaannya.Mesejnya mungkin ingin menyatakan rasa kekalutan dengan situasi kehidupan sebagai sorang pelajar. Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Hambali Maliki berkata...

58.MELANJUTKAN KISAH (LSS)

Mungkin adakah itu benar segalanya
kerana kamulah yang melantunkan
cerita bintang bulan menjadi saksi
tatkala mimpi telah dipertemukan
satu kesempatan telah berlaku kini
setelah disiapkan untuk berlabuh..
mimpi kini berubah menjadi nyata
karena melanjutkan kisah yang lalu
harap tak akan pernah hilang selamanya.

Oleh: Hambali Maliki
sajak simboliki/19 April 2012 3:38 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra Hambali Maliki kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk: MELANJUTKAN KISAH . Tema sajak bersimbolik nampaknya.Pengucapannya sadikit pembetulan dan punya artinya tersendiri. Mesejnya semacam isu semasa dan boleh diandaikan kepada dua makna politik dan jiwa2 nampaknya Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Atan Yahoo berkata...

59.TIADA BERKATA-KATA (TBD)-P

semenjak mengetahui disana
semua hati sedang bergalau
tiada terkata menyelimuti
rasa kebekuanku yang mencair,
entah berapa kali purnama
disini mahu kelam cahaya
mengapa tiada sahut terdengar?
adakah kuasa yang lebih besar
membungkam mulutmu agar
tiada berani berkata-kata disana

Oleh: Atan Yahoo
sajak sinis/19 April 2012 3:42 PTG


SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdra. Atan Yahoo kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk TIADA BERKATA-KATA Tema sajak sinis tajam nampaknya .Pengucapan bersahaja namun,sadikit benbetulan pada penceitaannya.Mesejnya isu semasa mungkin sinis pada satu kumpulan yang bagaikan terkunci mulutnya kerna gertakkan satu kumpulan lain. Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini berusaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Bulan terang berkata...

60.KABUR DAN KELAM (LSS)

aku hanya manusia biasa tidak kebal
perasaanku tidaklah seperti itu
tubuhku tidaklah sempurna
auraku tidak berkobar bagai bendera
semangatku hanya terpendam di jiwa
mata tidaklah seindah sinar mentari
namun aku tahu dia tertawa disana
bila aku menangis disini sendiri
aku tak paham dengan kehidupan ini
semuanya sangatlah kabur dan kelam

Oleh: Bulan Terang
sajak terkenang zaman remaja/19 April 2012 3:44 PTG
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.
Sdra Bulan Terang kini kembali semula dengan sajaknya yang bertajuk:KABUR DAN KELAM. Tema sajak terkenang nampaknya.Pengucapannya sadikit pembetulan dan punya artinya tersendiri. Mesejnya mengenangkan kisah lama zamn rumaja belum cukup matang, kini baru teasa apa yang berlaku mungkin ada hikmah dan pengajarannya. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

Hamba Allah berkata...

SAMPAI BILA

aku berjalan ke tengah
berhenti berpikir
dalam waktu sedetik itu.
Apakah aku harus melangkah
atau tetap berdiri
aku Bercakap-cakap sendirian
berbicara tentang kisahku
sambil bila harus begini

Hamba Allah
sajak mengenas nasib

Putera Damien berkata...

PENGKIANATAN

Pengkhianatan selalu datang
dari orang dekat.
Aku tidak tahu pada saat bila
mereka menghilang seperti
bayangan ditelan kegelapan.
Hingga akhirnya khabar angin
berhembus kencang menjadi nyata ketika aku harus menjawab pertanyaan yang membelenggu

Putera Damien
sajak dilema

Kembara Budiman berkata...

PERTANYAAN

Aku tidak mengelak dari pertanyaan
Hidup kadangkala seperti
membuka sebuah pintu
selepas masuklah ke dalam
lupakan bahwa pintu itu pernah ada Kita takkan boleh memutar waktu. Tetapi kita boleh bertemu kembali
masa silam di masa depan

Kembara Budiman
sajak kehidupan

Pagok lana berkata...

MENATAP DINGIN

Aku menatapnya dingin
yakin aku masih bisa memukul jatuh Namun aku memutuskan tidak melakuka
Sampai akhir melangkah perlahan tanpa melepaskan pandangan
menunduk saat melewati

Pagok lana
sajak simbolik

Syed Faizal berkata...

KUM 1

1 Nasruq Haq
2 Lukiee
3 Megat Iskandar
4 Raju Linggam

==========================

KUM 2

2 Tok mahat
3 Pak Bostamam
6 Jalil Janggut
8 Syed Faizal

==========================

KUM 3

1 Sarah
3 Nur ATikah
1 Sharifah AL habsi
2 Ummu AKilah

==========================

KUM 4

1 Ungku ZUbir
2 Qalam Musoffa
2 Pendekar Waja
3 Pak Hussin

==========================

KUM 5

1 Man Pendek
2 Tuan Haji
3 Pak Ngah BUt
4 Paloi Atang

==========================

KUM 6

1 Mei Ling
2 Hajjah Jamilah
3 Mia Safiyah
4 Nurul Lisa Kim

==========================

KUM 7

1 Saizul Maizav
2 Capricorn
3 Petualang Tiga
4 Tinta Bayu

==========================

KUM 8

2 Hambali Maliki
4 Bulan Terang
2 Hamba Allah
3 Putera Damien

Dam Catur berkata...

cerita pasal estet je nampaknya

Mozaire berkata...

cerita hantu xde ke?

Ummu Akilah berkata...

muniady ni tua ke muda

Atan Yahoo berkata...

muniandy ni x berkwin ke

Zainal Arifin berkata...

panjang jgk cerpen ni

Dayang berkata...

cerpen kali ni berkisar tentang apa

Saizul Maizav berkata...

cerpen lama ke baru ni sbb rasa mcm xpnh baca lagi