Isnin, 30 April 2012

DULU- KINI- AKAN DATANG.?




 
-buat warga mas-

Dimana kita dulu?
Aman damai dalam rahim ibu,
Cuma bersiap siaga menunggu hari
Menerjah keluar di dunia penuh pancaroba

Dimana kita kini?
Terlalu mudah untuk dijawap,
Berdiri di depan cermin lihat wajah
Tegangkah kulit hitamkah rambut dikepala.

Dimana kita akan datang?
Lihatlah tanah perkuburan kita,
Bagaimana mayat masuk ke dalam kubur
Dibacanya talkin buat peringatan yang terakhir.

 
Oleh Nurimanja,
Khemah Ibadat SKSS,
Kuala Kurau, Perak. Hujung 1986.




30 ulasan:

Qalam Mutiara berkata...

Sajak en nuri kali ini ada catatan
tersendiri, mungkin sewaktu membri cramah kuliah subuh di SKSS kuala kurau Perak agaknya.

Mengambarkan hidup ini ada tiga peringkat pada pandangannya. Dalam rahim, di dunia fana, dan alam kubur
(barzah) Kita bolh bayangkanlah kmana kita kini?

Ulasan Oleh Qalam Mutiara.

Pena Utara berkata...

KISAH MESTRI siri3. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA


Walaupun empat anaknya yang bawah daripada yang sulung telah meninggal dunia, hanya tinggal cucu saja lagi menjaga nya bila anaknya yang sulung diserang sakit kencing manis dan darah tinggi. Sewaktu itu cucu daripada anaknya yang sulung mengelolakan mayat tuk ayah dengan menjemput AJk kampung dan AJK masjid.

Setelah orang ramai datang menziarahinya,setelah dimandikan dan dikapan sebelum di laksanakan sembanyangkan mayat, mereka bercadang untuk di bawa ke masjid. Dalam perjalanan itulah, mayat tuk ayah di dalam keranda yang sedang diusung oleh orang ramai anak dan cucunya, mereka terasa bagai ada benda pula bergerak-gerak di dalam keranda, tetapi tidak pula dihiraukan oleh ahli keluarga mengusung mayat.

Dua tiga orang cucu cicitnya yang masih muda amat terasa sedih dan managis di atas kematian atuk ayah. Tiba-tiba belum pun sampai ke masjid untuk di sembayangkan, papan penutup kerandaitu telah terbang, orang ramai pun terkejut ,semuanya bertempiran lari, ada di antara mereka yang terkencing dan terberak dalam seluar kerana ketakutan , mereka menyangkakan hantu mayat tuk ayah bangun dari keranda untuk menyerang mereka, Malah ada pula yang mengatakan tuk ayah ada memakai ilmu hitam dan berbagai lagi.

Nasib baiklah mengusung keranda itu cepat-cepat mereka meletaknya ke atas tanah di tepi parit, sebab terlalu takut jika tidak sempat melarikan diri. Nasib tuk ayah agak baik kalau dihumbannya keranda itu ke dalam parit seksa tuk ayah.


Sambungan

Qalam Mutiara berkata...

Raju Linggam berkata...

97.JAWAPAN DARI TUHAN (HP) - 1

Menghempaskan impian ke tanah
harus melakukan yang terbaik..
Namun sesuatu yang terbaik
bukan berarti sempurna..
terbaik berarti sesuatu
jawaban suci dari Tuhan..
Adalah sebuah titik sebuah takdir.
aku kembali mendapati diri sendiri
setelah semua yang telah terjadi
kini ternyata telah pun terjawap ..

Oleh: Raju Linggam
sajak peribadi/29 April 2012 6:30 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra. Raju Linggam (Redwan Luqman) Thahniah! kini Berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk JAWAPAN DARI TUHAN Tema sajaknya terlalu peribadi nampaknya.. Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri, Mesejnya semacam menerima satu anugerah Agung yang diterima dari Tuhan dengan terjawapnya apa yang dicari selama ini. Anda layak untuk sayembara puisi April 2012 tempat yang pertama.(1) (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Tok Mahat berkata...

98.TIANG BERDIRI (HP) - 3

Menunggu dalam langkah bimbang
samar kulihat tiang tegak berdiri
walau kian menjadi serpihan
tak berharga namun ia tetap
tegar melawan usia semakin
merapat kegerbang senja

Oleh: Tok Mahat
sajak kehidupan/29 April 2012 6:31 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Tok Mahat Thahniah! kini berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk TIANG BERDIRI Tema sajaknya kisah kehidupan nampaknya.. Pengucapannya samar dan bersimbolik munkin punya artinya tersendiri, Mesejnya mengambarkan kehidupan ini ada pegangan pada agama, ketauhidan kepada Allah hingga ke hujung hayat. Anda layak untuk menang sayembara puisi April 2012 tempat yang ke tiga .(3) (HP)

Qalam Mutiara berkata...

Hambali Maliki berkata...

99.RINTIK HUJAN (DR) -8

Semilir angin mengalun dingin
rintik renggang menjadi banyak…
jatuh menjadi hujan tanah basah.
Bunyi air jatuh dari atap rumah
Rintik hujan berlumba dengan air
jatuh dari pancuran atap,
membuat suasana begitu hening.
Aku hanya berdiri di bawah atap
hanyut dalam rintik mulai mengecil

Oleh: Hambali Maliki
sajak simbolik/29 April 2012 6:32 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra. Hambali Maliki ganti tempat Hamba Allah kini terpilih melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk RINTIK HUJAN Tema sajaknya bersimbolik nampaknya.. Pengucapannya gaya cerita tapi ada artinya tersendiri, Mesejnya mengambarkan simbolik pada kehidupan yang dilalui agaknya Anda layak untuk menang sayembara puisi April 2012 tempat ke lapan .(8) (DR)

Qalam Mutiara berkata...

Pendekar Waja berkata...

100.BAYANG CERMIN (DR) -5

bayangan cermin menemani diri
berjalan dahaga mencari air
bagi penawar rasa dahaga
mawar hitam laksana embun
menutupi diri dengan duri tajam
akhir pertanyaan suatu jawaban
walau terkadang suatu pertanyaan
keresahan yang membimbangan
diingin hanyalah suatu kenangan
hadir dengan suara ceria
muncul dengan wajah berseri
menyapa dikala dahaga menghampiri

Oleh: Pendekar Waja
sajak simboik/29 April 2012 6:34 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra. Pendekar Waja Tahniah! kini berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk BAYANG CERMIN Tema sajaknya bersimbolik nampaknya.. Pengucapannya sadikit mengelirukan tapi mungkin ada cerita tersendiri, Mesejnya mengambarkan simbolik pada kehidupan yang dilalui agaknya Anda layak untuk menang sayembara puisi April 2012 tempat yang ke lima .(5) (DR)

Qalam Mutiara berkata...

Tinta Bayu berkata...

101.SATU POHON DI TENGAH GURUN (HP) - 4

satu pohon hidup di tengah gurun
mendabakan hujan namun hujan
tidak pernah hadir kerana kemarau
Angin datang dengan kesejukan
menghapus keringat sang pohon..
daun yang bertuliskan kepercayaan,
Jika basah kering maka semuanya pudar
bahkan lebih buruk ia takkan ada apa

Oleh: Tinta Bayu
sajak simbolik sinis/29 April 2012 6:36 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra. Tinta Bayu Thahniah! kini Berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk : SATU POHON DI TENGAH GURUN Tema sajaknya sinis bersimbolik nampaknya. Pengucapannya kabur tapi punya artinya tersendiri, Mesejnya semacam member perigatan atau sinis kepada satu pihak tertentu rasanya. Anda layak untuk sayembara puisi April 2012 tempat yang ke empat (4) (HP)

Qalam Mutiara berkata...

Nasruq Haqq berkata...

102.PERJALANAN MENCARI BINTANG (HP) - 2

dengarkanlah bisik kerinduan ini
berlagu mencari ketetapan
kemana harus kutambatkan dermaga
sebelum habis kikisannya
perjalanan jantung ini sunyi
berdetak berlari kehilangan arah
kemana sebaiknya kubilas debu
yang melekat disanubari
pencarian panjang tanpa sedar
menghabiskan sisa perjalanan
dalam perjalanan mencari sebutir bintang

Oleh: Nasruq Haqq
sajak tentang kehidupan/29 April 2012 6:37 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra.Nasruq Haqq Thahniah! kini berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk PERJALANAN MENCARI BINTANG Tema sajaknya tentang kehidupan nampaknya. Pengucapannya bersahaja dan punya artinya tersendiri, Mesejnya semacam menerima satu anugerah Agung yang diterima dari Tuhan dengan terjawapnya apa yang dicari selama ini. Anda layak untuk sayembara puisi April 2012 tempat yang ke dua.(2) (HP)

Qalam Mutiara berkata...

megat Iskandar berkata...

103.SETITIS AIR (DR) -7

setitis air mampu menghidupkan
semua tumbuhan yang telah mati..
disetiap titisan air
mampu mengenyangkan perut
disetiap aromanya
mampu mengubah semua yang buruk
Ada sebuah pelajaran tersendiri..
Saat aku harus kehilangan..
Itu yang dinamakan keikhlasan
sesulit mencengkam di langit
Keikhlasan bukan hanya melepaskan
Melainkan penuh pengorbanan tulus

Oleh: Megat Iskandar
sajak pengajaran/29 April 2012 6:38 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra. Megat Iskandar Thahniah! kini Berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk SETITIS AIR Tema sajaknya pengajaran katanya. Pengucapannya kabur tapi punya artinya tersendiri, Mesejnya semacam memberi perigatan dan pengajaran pada pihak tertentu rasanya. Anda layak untuk sayembara puisi April 2012 tempat yang ke tujuh (7) (DR)

Qalam Mutiara berkata...

.

Syed Faizal ...

104.AROMA TANAH (DR) - 6

Aroma tanah tersiram air
mengisitiap ruang udara yang kosong
terkoyak tabir masa lalu
terkunci rapat berdebu dan usang
tetap melangkah walau bertatih
namun Kurangkai kembali
sisa kenangan masih setia menemani

Oleh: Syed Faizal
sajak kenangan bersama rakan-rakan/29 April 2012 6:41 PTG

SAYEMBARA PUISI CITRARASA UNTUK AHLI DAN PENJAGA BLOG . APRIL 2012

PUSINGAN AKHIR

Sdra. Syed Faizal Thahniah! kini Berjaya melangkah kepusingan akhir dengan sajaknya yang bertajuk : AROMA TANAH Tema sajaknya kenangan nampaknya. Pengucapannya kabur tapi punya artinya tersendiri, Mesejnya semacam terkenang memori lama sebagai pengajaran dalam hidup yang dilalui selama ini yang penuh cabaran dan dugaan. Anda layak untuk sayembara puisi April 2012 tempat yang ke enam (6) (DR)

Qalam Mutiara berkata...

MEREKA YANG LAYAK KE FINAL SAYEMBARA PUISI APRIL 2012 DAN MENDAPAT KEDUDUKAN TEMPAT PERTAMA HINGGA LAPAN SEPERTI BERIKUT DI BAWAH INI.

1.Raju Linggam (HP)
2.Nasruq Haqq (HP)
3.Tok Mamat (HP)
4.Tinta Bayu (HP)
5.Pendekar Waja (DRS)
6.Syed Faizal (DRS)
7.Megat Iskandar (DRS)
8.Hambali Maliki (DRS)

SEKIAN THAHNIH! TIRAI DITUTUP!

Pena Utara berkata...

KISAH MESTRI siri4. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA

Setelah usia tuk ayah menjangkau ke usia seratus dua puluh, anak dan cucu sulungnya telah lama meninggal dunia, dia cuma tinggal dengan cicit perempuan cucu sulung dari anak keduanya. Ada yang di antara mereka dan genderasinya semua telah meninggal dunia, tidak ingat lagi cerita tuk ayah, hanya cicit dan piutnya saja masih ada yang sanggup atau sudi membela dan menjaganya, Mujurlah tuk ayah ini tidak banyak kerenah, mudah dijaga.


Tetiba dia dikatakan meninggal dunia setelah beberapa hari tidak bergerak, nadinya juga lemah dan nafasnya bagai terhenti. setelah dibuat laporan polis dan disahkan doktor dikatakan sakit tua.


Maka cucu dan piutnya pun buatlah persediaan untuk acarapenkebumian, setelah dimandi , kapan, dibawa ke masjid di sembahyangkan mayat, dan dibawa ke kubur untuk dikebumikan.


Setelah keranda di turunkan ke dalam lubang, orang ramai pun menghampirinya untuk melihat buat kali terakhir dan ada diantaranya masih ingat lupa sejarah tuk ayah mengatakan mati dua kali. hidup semula, kali kini mungkin mati betul dan sebenarnya.

Tetiba belum pun sempat tanah di turunkan, Tuk ayah sekali lagi melompat bangun dan memekek.

"Aku belum mati lagi..."

Orang ramai sekali lagi panik bertempiaran lari, lentang pukang kerana takut dan terkejut untuk meninggalkan tanah perkuburan itu. ada yang mengidap penyakit darah tinggi terus rebah dan pengsan.....


Mungkin kali yang ke empat dia tuk ayah benar-benar meninggal dan tidak bangkit lagi .......


SEKIAN.
sebab penceramah itu berhenti cuma disitu, anda pun boleh berfikir dan buat berbagai andaian. apa terjadi?

Jalal Rafzee berkata...

Peserta bulan 5 siap sedia dgn sajak masing2

1 Hamba Allah
2 Qalam Musoffa
3 usop nayan
4 muhamad rabbi
5 Ambuyak
6 Paloi Atang
7 putera damien
8 zain issac
9 Ungku ZUbir
10 Pak Ngah BUt
11 Bulan Terang
12 pak bostamam
13 capricon
14 richard sirosa
15 Pagok Lana
16 Kembara Budiman
17 malik wariya
18 Atan Yahoo
19 nabil quldi
20 gelora maya
21 guest
22 mozaire
23 jalil janggut
24 geletek malam
25 hadi hamzah
26 asyar mujid
27 ustaz majusi
28 EN Sanusi
29 Panglima Ketot
30 madah pujangga
31 lagenda pulau
32 Saudagar Emas
33 Nuri Jaguh
34 sang arjuna
35 simsalabin
36 badrolshah
37 Sufian AL Zahri
38 Sohibul Wakdiamin
39 Pak Hussin
40 salikin samsudin
41 salleh muhamadon
42 muhamad rabbi
43 muhamad akmal
44 harimau berantai
45 ezad emir
46 ustaz nasarudin
47 prof naquib
48 kevin khairudin

senarai 48 peserta muka yang sama jgk la nampaknya xda ke penyertan org baru ni?????

Jalal Rafzee berkata...

xda kumpulan aku lpas yang mana hntr sajak dulu jadi korang smua kena bersiap sedia

Pak Kassim berkata...

semua pakat lari ke ada x mcm do re mi pnya cerita tu? hahahhaa

Jalal Rafzee berkata...

1 Hamba Allah
2 Qalam Musoffa
3 usop nayan
4 muhamad rabbi
5 Ambuyak
6 Paloi Atang
7 putera damien
8 zain issac
9 Ungku ZUbir
10 Pak Ngah BUt
11 Bulan Terang
12 pak bostamam
13 capricon
14 richard sirosa
15 Pagok Lana
16 Kembara Budiman
17 malik wariya
18 Atan Yahoo
19 nabil quldi
20 gelora maya
21 guest
22 mozaire
23 jalil janggut
24 geletek malam
25 hadi hamzah
26 asyar mujid
27 haji hamdan
28 saizul maizav
29 Panglima Ketot
30 madah pujangga
31 lagenda pulau
32 Saudagar Emas
33 Nuri Jaguh
34 sang arjuna
35 simsalabin
36 haji khali
37 Sufian AL Zahri
38 Sohibul Wakdiamin
39 Pak Hussin
40 salikin samsudin
41 salleh muhamadon
42 pak kassim
43 muhamad akmal
44 harimau berantai
45 ustaz rahman
46 ustaz nasarudin
47 prof naquib
48 kevin khairudin


senarai 48 peserta muka yang sama jgk la nampaknya xda ke penyertan org baru ni?????

Atan yahoo berkata...

mayat hidup balik teringat do re mi? hahahha

Nahul Hidzar berkata...

sajak yang senang paham

Emily Osman berkata...

mati hdiup balik? pelik

Lukiee berkata...

ilmu apa dia pakai

Satria Juragan berkata...

dia makluk asing kot?

Dam Catur berkata...

aik! mmg snang paham la sajak ni

Dayang berkata...

sajak ringkas tp maksud mendalam

Ezad Emir berkata...

sajak paling senang paham hehhee

Penyair Agung berkata...

ringkas dan padat sajak ni

man pendek berkata...

aik! 2 kali dh dia mati hidup balik aneh btol

Jalil janggut berkata...

liat jgk nyawa dia

Salikin Samsudin berkata...

selalunya org yg susah nak mati ni ada membela

Nuri jaguh berkata...

entah2 yang mati tu saka dia

Geletek Malam berkata...

mngkin dia dh mati tp saka dia yang dok hidup lagi tu