Sabtu, 7 April 2012

BERDALIH DALAM KESENYAPAN (1)


 
Tempat pertama  puisi  Mac 2012
 
Kini bintang di lingkungan matahari
Dalam hujan dan gelap malam
Mengelilingi matahari
penuh di dalam lingkaran
menguburkan berjuta kepercayaan
kini hanya tinggal rembulan
masih tetap berdalih dan kabur
ketika semakin larut dihujung sepi
dan terbenam dalam kesenyapan

Oleh: Irham Kesuma
sajak sinis/28 Mac 2012 3:51 PTG




30 ulasan:

Pena Utara berkata...

SAYEMBARA PUISI AKHIR MAC MENENTUKAN TEMPAT PETAMA HINGGA LAPAN

MENANGKAP MAKSUD

Sdra. Irham Kesma layak ke pusingan akhir dengan mengetengahkan sajaknya yang bertajuk: ALUBERDALIH DALAM KESENYAPAN.Tema sinis simbolik berbau politik nampaknya Pengucapannya bersahaja dan boleh diterima punya artinya yang tersendiri. Maksudnya mengambarkan kekalutan politik tanah air dini hari mencari pengaruh untuk PRU13.dalam usaha merebut kuasa berbagai cara licik akan dilaksanakan. Layak diberi kedudukan untuk tempat PERTAMA daripada lapan orang peserta yang dicalunkan ke peringakat akhir.Tahniah!! (1)

Pena Utara berkata...

CERPEN 1 MALAYSIA SIRI 2 BERTAJUK: ESTATE OLEH NURIMANJA
_____________________________________________________________________


HARI ini Moniandy benar-benar berasa letih. Dua hari yang lalu dia telah minta cuti dengan pengurus estate, untuk menghantar isterinya ke hauspital Parit Buntar. Monacy sakit keguguran. Ini merupakan keguruan kali kedua selepas empat bulan yang lalu..

Yang anih dan peliknya tiap kali dia mengandung atau ingin lekat keguguran akan berlaku. Dan berminggu pulalah lamanya Monacy tinggal di hauspital Parit Buntar tempat sakit hendak bersalin.

Sebab itulah badan Monacy kelihatan kurus dan kering seperti orang kekurangan darah dan tidak bermaya. Malah kaki dan tangannya selalu saja kebas-kebas , mukanya pucat lesi dan kalau ditoreh mungkin tidak berdarah.

Inilah yang membuat Monaidy terasa sunyi dan kesepian. Dia juga bagai tidak terdaya lagi hendak berulang balik saja dari bekerja pergi pula ke bandar Parit Buntar, malam baru balik, melihat isterinya di hauspital. wangnya juga banyak yang habis.

Lebih parah lagi Monacy bukan sajak keguguran, dia juga didapati diserangi deman kuning, menjadikan berminggu dan berbulan kena tinggal di hauspital. Dari wad bersalin, tukar pula ke wad sakit penyakit berjangkit.

Inilah yang membuat Monandy tidur seorang diri dalam kesejukan malam kerana tiada tubuh dapat memanaskan badan. Sebenarnya Monacy cuma isteri pada zahirnya sahaja, tapi pada batinnya tiada siapa yang tahu.

Sesekali Monacy menangis bila mengenangkan nasib malang dirinya, Dia amat kecewa untuk memberi layannan yang memuaskan kepada suaminya Moniandy. Sesekali dia juga risau kalau hati Moniandy turut berubah.

Semasa Monacy berada terlantar di Hauspital Luckmy yang menyediakan makan dan minum Moniandy . Dia membekalkan makan pagi untuk pergi kerja dan menyediakan pula makan tengahari sewaktu pulang kerja.

Monacy bersyukur kepada tuhan kerana Luckmy dapat membantu abang iparnya sewaktu dia tiada, kalau tidak adanya, pastilah segala makan minum Moniandy tidak akan terurus dan siapalah yang akan melayaninya.

Moniandy juga pernah terdengar Monacy bercakap seorang diri sewaktu di katil wad bilik sakit. “ Tuhan kenapa aku jadi begini? Aku menyesal dan gagal melayani suamiku dengan sempurna, kalau begini, aku tak tahan lagi, biarlah aku mati,” Moniandy jadi sebak dada bila mendengar rintihan isterinya itu.

BERSAMBUNG.ESOK

Sarah berkata...

LIDAH TANPA SUARA

Diam bukan karena hening
tak sanggup untuk riuh
karena tak mampu
menanggung kebisuan
sejak matanya adalah mulut
seperti suara menyampaikan bahasa.
tapi berlidah tanpa suara.

Sarah
sajak simbolik

Nur Atikah berkata...

BINASA

ketika sampai nanti
tak akan mampu suara yang berharga walau sungguh dalam dunia
adalah menyakitkan dan menakutkan.
tapi apakah bangsanya
juga paham dengan kebisuan?
ditindas dan dibinasakan?

Nur Atikah
sajak simbolik

Mona berkata...

HILANG TAK MUNCUL

setiap hariku gagah tanpa luka
namun ketakutan berhenti
sejenak memandang kukatakan
baik saja cintaku ini
terserah akan kau sampaikan
kepada siapa yang dapat bersuara
kemudian kau hilang tidak muncul

Mona
sajak sedih

Mawar Harum berkata...

PETANG

Suatu ketika kulihat sejenak
terhenti menatapku lembut matanya
hening dan bersinar,
menikmati setiap ayunan langkah
menikmati petang yang beranjak senja.

Mawar Harum
sajak kecewa

Qalam Mutiara berkata...

7 April 2012 6:54 PG
Sarah berkata...

17.LIDAH ADA TANPA SUARA (LSS)

Diam bukan karena takut
Tetapi tak sanggup untuk bising
karena hati ini tak mampu lagi
menanggung beban dengan bahasa kebisuan
sejak matanya adalah menjadi mulut
sepeti bahasa isyarat menyampaikan kata.
aku kian tidak mengerti bila ada berlidah tanpa suara.

Oleh: Sarah
sajak simbolik/8 April 2012 12:53 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri. Sarah kini muncul dengan sajaknya yang bertajuk: LIDAH TANPA SUARA Tema sajak simbolik nampaknya. Pengucapannya ada sadikit pembetulan untuk lebih menyakinkan pengertian. Mesejnya. semacam diri rasa ditekan dengan sikap sesaorang agaknya.Bila engan bercakap melainkan dengan bahasa isyarat. ? Diberi peluang layak untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Nur Atikah berkata...

18.BINASA (LSS)

Hatiku berat!
ketika sampai nanti
aku tak akan mampu lagi
untuk bersuara dengan lebih bermaya
betapa peritnya hidup di dunia maya ini
cukup menyakitkan dan menakutkan.
tetapi apakah jenis keturunan bangsanya
boleh mengerti dan paham dengan bahasa kebisuan?
setelah akukian lama tertindas dan dibinasakan?

Oleh: Nur Atikah
sajak simbolik/8 April 2012 12:55 PTG


SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri.Pn. Nur Atikah kini muncul dengan sajaknya yang bertajuk: BINASA Tema sajak bersimbolik nampaknya.Pengucapannya bersahaja ada sadikit pembetulan tapi punya artinya tersendiri. Mesejnya mungkin soal peribadi rasa kecewa dengan pihak tertentu yang kurang menyenangkan, sebaiknya hati jangan menjawab melainkan diam. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Mona berkata...

19.HILANG TAK MUNCUL (TBD)

setiap hariku gagah tanpa luka
namun ketakutan berhenti
sejenak memandang kukatakan
baik saja cintaku ini
terserah akan kau sampaikan
kepada siapa yang dapat bersuara
kemudian kau hilang tidak muncul

Oleh: Mona
sajak sedih/8 April 2012 1:01 PTG
SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri.Pn.Mona kini muncul dengan sajaknya yang bertajuk: HILANG TAK MUNCUL Tema sajak bersedih nampaknya. Pengucapannya agak mengelirukan. Mesejnya juga gagal mengzahirkan cerita. Mungkin terlalu rasa sedih dengan sikap sesaorang agaknya. ? Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Mawar Harum berkata...

20.PETANG (TBD)

Suatu ketika kulihat sejenak
terhenti menatapku
lembut matanya
hening dan bersinar,
menikmati setiap ayunan langkah
ketika petang yang beranjak senja.

Oleh: Mawar Harum
sajak kecewa/8 April 2012 1:04 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN. (PTA*) Politik Tanah Air


Sdri Mawar Harum kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk PETANG Tema sajak kecewa. dan jiwa2 nampaknya. Pengucapannya bersahaja tapi agak mengelirukan Mesejnya semacam mengambar simbolik dalam suasana petang dan senja. Berbagai andaian boleh dibayangkan. Apa pun kami gagal menangkap maksud dan ceritanya yang sebenar. Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

Sharifah AL habsi berkata...

OMBAK

ombak yang masih berdebur disamudra
jika tengok gelombang laut
diibarat gelora tak pernah padam
walaupun hati terluka,
nestapa dalam diri namun
ku kan mencoba tegar melangkah merintis sisa takdir bersama semangat yang masih ada
diantara duka dijiwa yang hampa

Sharifah AL habsi
sajak sedih

Puteri Lilin berkata...

MENAHAN SEBAK

suatu masa dulu disanubari
memecahkan kesunyian dan kesepian
tiada lelah dengan canda keceriaan
kegembiraanku tergambar jelas
namun semua berakhir dengan gurisan
teramat pedih payah menahan sebak membayangkan kemanisan
saat kita bersama dulu

Puteri Lilin
sajak jiwa2

Nurse Lisa berkata...

TERTIMBUS

kala gelita mengecup dikala malam, mataku lelah namun tak jua terlelap
hingga membawa anganku
pada lembar diari penuh ceria
tetapi ia hanyalah satu ilusi
akan terus merawat segala sisa
kenangan sebagai tanda kejujuran, kesetiaan dan ketabahan bagi
tali kasih yang masih tertimbus

Nurse Lisa
sajak menunggu sesuatu yang penting

Ummu AKilah berkata...

OMBAK BUIH

jika suatu hari
terlihat ombak buih setia
melanda tiap butir pasir di pantai
Membuatku mengerti kertas dan pena
Menuliskan sebuah bait kata indah
menjelma sebuah gambaran
Menjadikannya sebuah lagu merdu

Ummu AKilah
sajak simbolik

Qalam Mutiara berkata...

Sharifah AL habsi berkata...

21.OMBAK (LSS)

ombak yang masih berdebur disamudra
jika tengok gelombang laut
diibarat gelora tak pernah padam
walaupun hati terluka,
nestapa dalam diri namun
ku kan mencoba tegar melangkah
merintis sisa-sisa takdir
bersama semangat yang masih ada
diantara duka dijiwa yang hampa

Oleh: Sharifah AL habsi
sajak sedih/9 April 2012 1:40 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri. Sharifah AL Habsi kini muncul dengan sajaknya yang bertajuk: OMBAK Tema sajak sedih nampaknya.Pengucapannya bersimbolik dan punya artinya tersendiri. Mesejnya mengambarkan perbandingan alam dengan rasa sedih dengan apa yang dihadapinya kini mungkin. kurang menyenangkan hati,rasanya. Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

Qalam Mutiara berkata...

Puteri Lilin berkata...

22.MENAHAN SEBAK(TBD)

suatu masa dulu disanubari
memecahkan kesunyian dan kesepian
tiada lelah dengan canda keceriaan
kegembiraanku tergambar jelas
namun semua berakhir dengan gurisan
teramat pedih payah menahan sebak
membayangkan kemanisan
saat kita bersama dulu

Oleh: Puteri Lilin
sajak jiwa2/9 April 2012 1:41 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN. (PTA*) Politik Tanah Air


Sdri Puteri Lilin kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk MENAHAN SEBAK.Tema sajak kecewa dan jiwa2 nampaknya. Pengucapannya bersahaja punya arti tersendiri Mesejnya semacam mengambar kecerian kisah lalu yang berakhir dengan perpisahan Cuma andaian saja Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Nurse Lisa berkata...

23,TERTIMBUS (TBD)

kala gelita mengecup dikala malam,
mataku lelah namun tak jua terlelap
hingga membawa anganku
pada lembar diari penuh ceria
tetapi ia hanyalah satu ilusi
akan terus merawat segala sisa
kenangan sebagai tanda kejujuran,
kesetiaan dan ketabahan bagi
tali kasih yang masih tertimbus

Oleh: Nurse Lisa
sajak menunggu sesuatu yang penting/9 April 2012 1:59 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN. (PTA*) Politik Tanah Air


Sdri.Pn Nurse Lisa kini kembali dengan sajaknya yang bertajuk TERTIMBUS Tema sajak menunggu nampaknya. Pengucapannya bersahaja tapi agak bersimbolik sadikit Mesejnya semacam mengambar harapan mengunung bersama rasa kecurigaan di hati agar dapat dikikis. Berbagai andaian boleh dibayangkan.pasrah saha kepada Allah swt.. Harap maaf kerana ada persaingan hebat anda terpaksa berhenti di sini . berusaha lagi (TBD)

Qalam Mutiara berkata...

Ummu Akilah berkata...

24,OMBAK BUIH (LSS)

jika suatu hari nanti
kau terlihat ombak buih setia
melanda tiap butir pasir di pantai
membuatku mengerti kertas dan pena
menuliskan sebuah bait–bait puisi indah
bagi menjelmakan sebuah gambaran setiaku
agar lebih sepurna menjadikannya sebuah lagu merdu

Ummu AKilah
sajak simbolik/9 April 2012 2:02 PTG

SAJAK SAYEMBARA CITRARASA UNTUK AHLI DAN PEKERJA PB. APRIL 2012

PUSINGAN KELAYAKAN.

Sdri. Pn Ummu Akilah kini muncul dengan sajaknya yang bertajuk: OMBAK BUIS DAN PASIR Tema sajak simbolik nampaknya.Pengucapannya bersandarkan pada kejadian alam dan punya artinya tersendiri. Mesejnya mengambarkan perbandingan alam dengan rasa kesetiaannya pada sebuah cinta dan kasih sayang yang dialaminya kini . Diberi peluang untuk sayembara seterusnya (LSS)

Ungku Zubir berkata...

MULAI MENGERTI

Aku tak mengerti apa-apa..
Lemah dan sungguh tak ada impian
Terkadang tak mengerti kuhendaki
Dengan sejuta impian mereka,
Ada kebahagian tersendiri disana...
aku mulai menggunakan kakiku..
berjalan dan berlari..

Ungku Zubir
sajak kehidupan

Qalam Musoffa berkata...

KEKUSUTAN

Perjalanan yang harus aku ketahui, pengetahuan yang tak ada batasnya..
Hari berlalu dengan cepatnya..
membuatku kehilangan akal
Tuhan nampak dekat sekali
Aku bicara dalam hening doa
Tentang sejuta kekusutan
jawaban setiap pertanyaan..

Qalam Musoffa
sajak dalam dilema

Ambuyak berkata...

BESARNYA CINTA

Cinta itu adalah sebuah kehidupan mendengar, melihat, dan merasakan..
Cinta itu adalah perasaan logika
Adakesabaran ketulusan kepercayaan,
Tak pernah menghitung kesalahan
besarnya cinta saat akan kehilangan

Ambuyak
sajak jiwa2

Saudagar Emas berkata...

PERHUBUNGAN KITA

Tak cukup puas dengan hanya merasakan pasir pantai
Kau harus mampu mendengar ombaknya merasakan hangat senja..
Melihat burung laut bersautan,
buih putih di pantai..
Ada yang sulit namun harus lakukan
Untuk Keikhlasan perhubungan kita..

Saudagar Emas
sajak perpisahan

Saizul Maizav berkata...

cerita estet yg dia jmpa roh bini dia ke?

Zainal Arifin berkata...

cerita sedih ke cerpen ni

Emily Osman berkata...

cerita love story ke muniandy ni

Prof Naquib berkata...

mcm filem mamat khalid plak estst ni

Simsalabin berkata...

apa jd kt munacay tu

Kembara Budiman berkata...

munacy tu mati ke nnt

Mozaire berkata...

aik! cerpen ni mcm baru sbb xpnh baca lagi ni

Mona berkata...

apa la jd kt muncay tu