Rabu, 5 Januari 2022

WARUNG TERPENCIL DITENGAH HUTAN?










WARUNG TERPENCIL DITENGAH HUTAN? 
 
 
Biar pun Tinggi gunung
Tinggi lagi cita-cita seorang Wanita tua ini ?
Berani dia menaruh nasib membuka kedai di punca gunung.warung ditepian jalan
 
Waruh kecil tepi jalan
Punya gayanya yang tersendiri terbuka saja
Sesekali kelihatan penghuni anak muda bermotosikal melintasi di Kawasan di sini .
 
Lihatlah kehidupan ini
Selagi kita rajin berusaha rezeki tetap  ada
Selain  membuka warung kopi dia juga berkebun membantu suami di sebelah pagi.
 
Warung di tepian jalan
Terlalu aneh  menghairankan si pengunjung
Kerana terlalu jauh pengankutannya sekadar berniaga  kopi dan makanan rengan
 
Apa pun itulah citranya
Seorang Wanita tua mempunyai nekad kuat
Mengharungi kehidupan bersama suami di puncak gunung dikelilingi hutan rimba
 
 
Catatan
Oleh: Pensel Kontot .
jam 8.45 pagi hari Ahad,
19/12/2021. Perlu sedikit pembetulan
 

Sabtu, 25 Disember 2021

WARNA YANG KITA TEMPAH?





WARNA YANG KITA TEMPAH?
 
Kekaguman 22 tahun
Kuasa Atok memerintah kini dirindui
Tetapi ketelajakkan usia melewati di hujung senja
Satu kerinduan yang di tempah warnanya telah pun berubah
Maka berlakulah berbagai kepincangan kedudukkan negara kita menjadi huru hara bala musibah ?
 
Itulah warna ditempah
Apabila sekian lama mereka merindui
Kerajan pentakbiran Atok yang dulu dikagumi dunia
Hari ini telah menjadi hancur wawasan 2020 entah kemana ?
Kerangkusan nafsu serakah sebagai wadah untuk memperbetulkan negara satu dogengan semata ?
 
Kini apa yang kita terima ?
satu kehancuran dan kemusnahan saja .
Kesedihan rakyat bagaikan bergayut di mana-mana ?
Malah bersepah merata-rata di pelusuk tanah air negara kita ?
Itulah yang Atok canangkan seluruh kampung, daerah, negeri , pekan, bandar dan ibu kota  negara ?
 
Catatan
Oleh: Pensel Kontot .
jam 8.45 pagi hari khamis,
16/12/2021. Perlu sedikit pembetul


RUMAH KAMPUNG DIRERENG BUKIT.






RUMAH KAMPUNG DIRERENG BUKIT. 
 
 
Pendesaan Jawa Barat
Tinggal di hutan desa terpencil lereng bukit
Berjalan di Lorong bukit menyedut udara bersih dan yaman terasa
Singah di sebuah perkampungan melihat sepasang suami isteri menternak bebek
Ziarah mesra silatun rahim di sebuah gubuk Caret desa puspasari keselamatan kabut Patin Tasek Malaya
 
Disini kehidupan biasa
Tiada api letterik menerangi gubuk mereka
Parasuri gubuknya menjalankan pekerjaan tangan membuat ayaman
Ada juga setengahan darinya cuba bertani menanam cabek  terung dan sayuran
Di sini ada juga gubuk beratap genting dan berdinding ayaman bertam bersulam kelaras berwarna warni.
 
Bila tiba musim hujan
Suri gubuk menahan air hujan simpanan
Sebuah telaga  kecil khas untuk kegunaan untuk minuman seharian
Para suami mereka ada yang bekerja membelah buluh buat dinding gubuk ayaman
Malah ada juga yang suka  pergi memburu babi hutan bersama dengan anjing beruan peliharaan mereka.
 
 
Catatan Suara Pulau
Jam 10.30 pagi
Hari Khamis Tarikh 16/12/2021


 




PUISI CETRA BALIK KAMPUNG






 
PUISI CETRA BALIK KAMPUNG 
 
Kalau Di kampung
Hidup aman damai dan tenteram
Sebelum subuh ayam jantan bersahutan berkokok
Lebih tenang jiwa  bila mendengar azan mendayu berkumandang.
Kemudian di susuli dengan kicauwan beburung berterbangan keluar dari sarang.
 
Di malam harinya
Udaranya rasa yaman dan bersih
Bila jauh malam terdengar suara ular tedung sela
Berketok  meneran telur atau suara burung hantu atau pungguk,
Bersahutan mencari makan begitu juga bunyi suara anjing dan kucing berkeliaran.
 
Ada citra bunyian
Pada burung berbunyi  riisaauuu!
Kerana ibu tiri memaksa cuci baju terlalu banyak.
Pada burung berbunyi  berirama Diam Kau Tuah Keris  Aku Ada,
Kononnya cerita berbalahan keris Tamin Sari antara Hng Jebat dengan Hang Tuah?
 
Sebelum matahari
Jatuh tengahari atau pun petang,
Ada bunyi burung belatok tebuk pokok pinang mati
Di kaki bukit ada air terjun ikan lampan dan toman berkeluncatan.
Begitu segar mandi disini makan nasi ala kadar baliklah sesekali ziarah kampung ?>

 
Catatan Pena Utara
Jam 10.30 pagi
Rabu Tarikh 15/12/2021



DULU KECELARUAN MINDA KINI KERAGUAN HATI









 DULU KECELARUAN MINDA KINI KERAGUAN HATI 
 
Mulai tahun 2014 hingga 2018
Kami mulai terasa kecelaruan minda
Kerana kerenah saka tua mulai meragu politik Malaysia?
 
Kononnya dulu kata Sang Saka
Dia tidak mahu lagi masuk gelanggang
Cukup sajalah bermain diluar sebagai pemerhati politik?
 
Kini Sang saka tua mulai masuk
Cuba menganggu gugat politik tanah air
Mencabar parti tempat dia memunggut kekayaan harta ?
 
Lantas agenda terancangnya itu
Berjayalah menumbangkan kerajaan BN
Entah kenapa marah sangat dia dengan PM6 penganti PM5?
 
Hari ini siapa pun tidak menduga
Sang Saka Tua Berjaya pula menjadi PM7
Berkuasalah dia selama 22 bulan lamanya kemudian gugur?
 
Catatan Pena Runcing
Agenda mabuk kuasa belagak sanggup menipu ?
Tak kata sesungguhnya . 13/12/2021.