Jumaat, 30 Oktober 2015

KISAH PEPOHON RENDANG ITU


 
KISAH PEPOHON RENDANG ITU


Pepohon rendang itu
Kini sedang dipukul rebut
Dari angin semuntal mabuk kuasa
Maka bergoyang pohon rendang itu
Dari batang  dahan, cabang dan ranting
Untuk melemahkan  sedikit  kuasa mutlak
Yang telah diberi pada pucuk pimpinan tertinggi

Sebenarnya pada dedaun
Sudah  panik di pepohon rendang itu
Kerana ada juga dedaun menerima hasutan
Bertiup untuk mematahkan  pucuk pepohon itu
Harap agar akar umbi batang dahan cabang dan ranting
Tetap mengukuhkan kembali kekuatan kehidupan  seharian
Demi mengekalkan kembali dedaun nan rimbun di pohon rendang itu …

Oleh: Nuri manja,
Catatan tengah hari
14/08/2014 Gambar cuma hiasan.

Khamis, 29 Oktober 2015

BERI ZAKAT ITU WAJIB KEPADA 7 ASNAFNYA




101. BERI ZAKAT ITU WAJIB KEPADA 7 ASNAFNYA


Zakat itu wajib 2,5% harta diberikan  kepada 7 asnafnya
Amil, fakir dan miskin ,  menuntut ilmu, dan si musafir
Mereka yang dalam kesusahan berjihad ke jalan Allah
Bukan mereka yang tidak layak dan patut menerimanya

Jika yang menerima itu telah mempunyai kemampuan
Dengan datang berkereta barang kemas penuh di badan
Amatlah cukup memalukan pada si fakir dan miskin ini
Kerana zakat itu hak mereka daripada harta orang kaya

Justeru itu si penerima zakat perlulah bersikap ikhlas
Bukan berpura-pura  berlakon menjadi miskin dan fakir
Kerana jikalau  manusia memberi zakat terlepas pandang
Allah S.W.T maha mengetahui, melihat dan mendengarnya

Apabila seorang terus menerima zakat bukan lagi hak nya
Mereka akan menerima satu musibah daripada Allah S.W.T
Sebagaimana orang kaya yang tidak mengeluarkan zakat
Kebakaran, kecurian, kesakitan yang sukar untuk sembuh.


Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 7.30 pagi
Hari Sabtu 24 Oktober 2015.