Khamis, 23 Jun 2011

PERISTIWA ISRAK WAL MIKRAT





Isra dan Mairat
Satu cerita samiyat
Perjalanan rasullullah
Dari masjid haram
Ke Masjid Al Aqsar
Hingga ke Sedratulmuttaha

Peristiwa penuh simbolik
Dan pengajaran
Untuk umat  sejagat
Berbagai insiden terakam
Tentang ketauhidan Tuhan
Tentang keibadatan insan
Tentang keperibadian kehidupan
Duniawi dan okhrawi
Bagi menghayati alam jagat
Buat pengabedian hambaMu
Yang bernama manusia .


Oleh; Nurimanja,
Bandar Baru  FERDA,
Sajak Lagenda Telok Kumbar  29\9\2001



RAMA-RAMA




Aku bagaikan si rama-rama
warna cantik memukau mata
terbang bebas ke mana sahaja
tiada musibah datang melanda
mahu hirup madu di sana
mahu menatap indahnya bunga
dan biasanya bunga-bunga itu
tetap melambai minta diusap
tetap merayu minta dibelai
banyak mata iri memandang
banyak mulut terjuih mencela
namun aku tetap begini
selagi aku masih bernafas
Akan aku nikmati sepuasnya
segala nikmat jelma di mata
kerna ku tahu ketentuan
hayatku takkan lama di sini
aku mahu nikmati sepuasnya


Oleh: Balqish
saja simbolik/13 Mac 2011 3:40 AM






Isnin, 20 Jun 2011

BERSIH, GODAM DAN UTUSAN MELAYU





PM jangan beri  pengiftiraanf bersih
jika dijamin ternyata BN tidak tidak bersih
kerana selama ini pun mereka bukannya  bersih
ada undi melayu di rumah cina dan begitulah sebaliknya.

Pengodam perlu  dihentam
Kerana ada petualang pengkianat negara
rakyat  patut bangun jangan terlalu mudah  percaya
agenda politik kotor tidak sepatutnya ada  putar belit dunia.

Utusan melayu hak kita semua
mengapa mesti diharamkan  pihak gila kuasa
Di Amarika tidak kira parti utamakan hak AMAREKA
Ternyata di sini orang melayu langsung tidak membela bangsa.

 
Oleh Suara Pulau.
Catat an berbau politik patut direnungkan
Bangsa Melayu sendiri untuk membunuh melayu.
20/06/2011





KARENAH ADIK BERADIK KU DULU




sajak pilihan warga Cr.


Bangun pagi mamai kelabu
Sarapan tersedia diatas meja
Mandi dulu bukan selalu
Sebelum makan bersama-sama
Kacau si adik marah si kakak
Seulas bawang dibawa lari
Habis dikejar selaju gagak
Lelah jadinya tiada terperi
Abang lagak bijak bestari
Mual adik lihat gelagat
Nasihat orang itu
Adik anggap suara lalat
Ayah mak pergi kerja
Amanah yang tua jaga rumah
Tiba masa jadi raja
Habis semua barang bersepah
Bila malam ulang kaji
Rasa malas bertalu-talu
Petang sudah penat mengaji
Timbul rasa makin berbulu
Gurau senda raih rahsia
tutur lusuh muka selamba
harap manja perli menyapu
bila terkena segan silu
Bila belanja tak pernah tak mahu
Mintak pula lebih dari satu
Tiba masa lama tak ketemu
rumah jadi sunyi membisu
tusuk rasa ingin bertemu
Terimbas kembali kenangan dulu
Suka sedih segan malu
Rencah beradik sehati sejitu


Oleh: Bos Kacak.,
kenangan masa kecil dahulu/2010 September 27 13:31
Dicatat oleh Nurimanja di 12:29 AM






Ahad, 19 Jun 2011

KOTAK KATIK




sajak pilihan warga CR.

 
Untuk kotak aku tak muat
masukkan aku dalam katik.
aku tak punya sifat anjal
untuk kecilkan diri aku
untuk masuk dalam kau punya kotak.
aku tak punya kuasa
kecilkan aku untuk masuk
dalam kau punya katik
kau pendek aku tinggi.
aku rasa tak perlu teman macam aku.
sebab kau mahu katik kau juga.
aku terlalu tinggi untuk kau katik.
untuk kau rendahkan aku.
untuk itu.aku harap
jangan kotakkan dan katikkan aku.
sebab aku tak punya dua itu jadi.
ya.aku menang.kau kalah.
aku mahu kotak dan katik kau pula.
 
 
Oleh: nuri ketitel
Kuala Pilah, Negeri 9.
1pagi  20/09/2010