Jumaat, 4 Februari 2011

HUKUM KARMA



sajak pilihan ahli CR.


Bak mentari disetiap
paginya menyinari..
bak purnama menerangi kelam
malam dingin..
adakah karma yang berbunyi hingar?
ataupun hanya bunyi
riuh buatan angin dingin?
bila datang rasanya asmara,
mutlak rindu dalam mahligai benci?
ataupun dendam rasa mati?
maafkan aku menerangi malam kelammu
maafkan aku membuat onar
disunyi sepi hatimu..
Bila semuanya terjadi
diri hanya kelu..
pasti perasaan datang dari hati

 
OLEH: LUKIEE
Putrajaya
3.12.20102010 Disember 8 23:17
Nasib sajak Lukiee baru dua bulan terbit 3/02/2





PENANTIAN SATU PENYEKSAAN




 
Penantian,
sesungguhnya
kau sering menyeksaku
diruang waktu dibenak sepimu.

Penantian,
sesungguhnya
kau bagai memanjaraku
mempergadaikan usia rumajaku.

Penantian,
sesungguhnya
sampai kapan aku begini?
membunuh rumajaku sebelum tua.

 
Oleh; Nurimanja,
ctatan waktu muda belia
sajak lagenda tarikh; 27/06/1986.




Khamis, 3 Februari 2011

JODOH




 
Ibarat takdir
walau di cari lagi
jodoh pasti sama
tapi ku tak percaya
ku benci jodoh
ia ibarat menghentikan pencarianku
kerana kata orang
jangan di cari ia datang sendiri
tapi ku tetap mencari
kesana kemari
ku tempuh onak duri
demi mencari cinta sejati
sebuah perkahwinan yang kekal abadi
yang ku khuatiri hidup dan mati
ia isteriku kini....

 
OLEH: NAHUL HIDZAR
11hb, OKTOBER, 2009.
Diterbit semula tarikh: 03/02/2011.






SECEBIS CATATAN LAMA





Secebis catatan lama
yang kini tersimpan di hati
untuk kenangan hari depan,

Benarkan hari membaca
sebuah cerita yang tercalar
semoga ada pengajarannya,

Jika hati rasa gementar
bagi menyatakan kebenaran
zaman akan terus menangis,

Aku tidak mahu dihitung
lalu diheret di padang mahsyar
sebagai penyokong bersubahat.


Oleh: Nurimanja,
catatan di hujung 2008,
bila sedar dari kecelaruan minda,





Rabu, 2 Februari 2011

LUAHAN SI KODOK



sajak pilihan ahli cr.

Masihkah kau ingat
sewaktu kita di bawah tempurung
itulah dunia kita
di situ kita bermain bersama
di situ kita menangis bersama
di situ kita meniti hari
disaat kau mula menjengah keluar
aku merelakan demi bahagia
aku merelakan demi cinta
aku merelakan demi cita
kau mula melompat bebas
mula kenal isi dunia
mula mabuk lupakan segala
aku kau tinggalkan sendirian
kau mula jijik padaku
katak di bawah tempurung
jangan kau lupa
kau juga kodok sepertiku
kau tak mungkin jadi katak pisang
tolong kembalilah...

 
OLEH: HADI HAMZAH
Bandar Baru Teluk Kumbarjam 10pagi /2010 Ogos 6 23:30
Diterbit semula tarikh: 02/02/2011