Ahad, 10 Mac 2024

PERSIAPAN MENUJU RAMADAN

 








PERSIAPAN MENUJU RAMADAN

 

Bulan Ramadhan adalah ladang luas

Yang banyak dengan pohon pohon pahala

Sesiapa yang meminta memetek buah keampunan

Kepada Allah SWT nescaya akan dapat keampunannan Ny

Marilah bersama merebut peluang bulan yang banyak bonus pahala ini

 

Pada bulan malam pertama Ramadan

Didapati semua pintu neraka akan tertutup

Dan pintu- pintu  syurga pula terbuka dengan luas

Segala Iblis dan syaitan di belengggu sdi epanjang bulan ini

cMaka rebutlah peluang Ramadan ini yang datang setahun Cuma sekali

 

Kemuliaan dan kelebihan Ramadan lnl

jangan lepaskan peluang berlalu begitusaja

Rebutlah peluang yang banyak tawaran pahala ini

Sesiapa menghidupkan bulan Rmadan lelaki atau perempuan

Allah SWT membalasnya dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda,


 

Oleh Qalam Mutiara

Catatan 2.30 petang

Jumaat Tarikh  8hb Mach  2024

 

 

 



PENANTIAN SATU PENYEKSAAN?








PENANTIAN SATU PENYEKSAAN?

 

 

Bila kecewa

Sememangnyalah

Penantian satu penyeksaan

Lebih parah penantian tidak tertunai

Ianya akan bertukar menjadi satu pembunuhan

 

Soal issu air

Kononnya berjanji

Cuma bagi masa 48 jam siap

Tetapi kini sudah 60 jam belum siap

Dulu janji 4 hari tapi 3 hari siap paip pecah lagi

 

Harapan hati

Para penguna kini

Amat kecewa kerja gagal pula

Terasa penyeksaan buat kali kedua

Kalau selalu begini bagaikan hilang kekayinan

 

 

Oleh Suara Pulau

Catatan 5.30 pagi

Jumaat Tarikh 26hb Januari 2024



BATU MAUNG DAN BATU KAWAN

 






BATU MAUNG DAN BATU KAWAN

Jika pemimpin merompak wang rakyat
Satu jambatan pun tidak boleh buat.

Batu Maung
Dan Batu Kawan
Kini merentang laut
Berjabat mesra perhubungan
Dalam merakam sejarah Pulau Mutiara
Buat perjalanan di jambatan Abdul Halim Muazam Shah.
Asia Tenggara
Kau melengkar megah
Sebagai Jambatan terpanjang
Kini memberi kemudahan mesra alam
Dalam usaha rakyat melakar kehidupan harian
Dari sebiji motosikal sehinggalah sebuah keinderaan berat.

Oleh: Nurimanja,
Catatan bersejarah Feb/ 2014
Siar semula 20/1/2023 Photo cuma hiasan


KITA PUN MEMBISU

 





KITA PUN MEMBISU
 
Sudahku bilang dahulu
Kita jangan terburu-buru
Jangan cuba menjatuhkan
Seorang yang tertentu
Nanti kita sendiri yang malu
Ini bukan kerja mainan
Soal hal maruah seorang
Terlibat agama bangsa dan Negara
Kini dimana mahu letak muka?
Jika semuanya pakat membisu
Mengapa kita mesti menindakkan
Soal kebenaran tugas seorang
Daya keikhlasan perkhidmatannya
Boleh menundukan melemahkan
Setiap musuh kawan dan lawan
Sepatutnya kita perlu muhasabah
Dan bersabar menilai kebaikkan
Buang yang keruh ambil yang jerneh
Supaya tugasan senang dijalankan

Oleh: Nuri Manja,
Catatan jam 8.45. pagi
Tanggal 23hb Januari 2016.


HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK

 





HATI INI SELALU BERDOLAK DALIK
 
Hati ini
Jangan dibiarkan
Berdolak dalik setiap hari
Jika kita ingin dipercayai selalu
Kerana orang ramai sering menilainya.
 
Hati ini
Suka berubah
Dan berdolak dalik saja
Ungapan hari ini esok berubah
Kerana tabiatnya suka berubah-ubah.
 
Hati ini
Tidak dikawal
Ianya akan menguasai
Segala kehendak hawa nafsu
Menjadikan diri kita ini leteh dan lesu.
 
Hati ini
Kena diawasi
Pada setiap tindakannya
Jikalau ikhlas baiklah jadinya
Jikalau jahat buruklah jadi padahnya.
 
 
Oleh : Qalam Mutiara
Catatan jam 7 .10 pagi
Sabtu Tanggal 28hb Januari 2017